Followers

Gamers

Monday, March 28, 2011

Galatic Power - Transform....!

Dulu masa kecil, hampir semua jenis kartun aku layan.




Dan tentu sekali salah satunya Sailormoon... This animation sure brings back memories... huhu...

Friday, March 18, 2011

Bahan Bola

Baru-baru ni aku chat dengan member aku. Perempuan... ceritanya...

Chat dengan seorang mamat ni la pasal bola. Bila ditanya support team mana, dia jawab Arsenal. Bila ditanya siapa striker Arsenal dia memang takleh jawab...

Sebabnya dia memang tak tengok bola pun.

Tak pasal-pasal kena bahan dalam facebook. Sentap...!

Huhu... Aku tak gelak, cuma tak faham lelaki tu. Kau nak bahan pun perempuan. Berapa ramai sangat la perempuan yang tengok bola mamat oi. Kau bahan dia macam la dia pergi stadium tengok bola dan tak tau apa ke benda yang ditengok pun. Bagi la ruang sikit.

Lelaki cam kau ni la buat perempuan putus asa nak mencuba untuk layan minat lelaki.

Bila fikir balik, nak tergelak gak aku... Huhu...

Aku tak nafi, memang ada perempuan tengok bola. Dan minat bola. Sebab aku pernah jumpa. Fan Man U, Chelsea, Arsenal, Livelpool memang ramai. Dan yang mana minat bola ni kau boleh ajak berdebat, or bergaduh jika kau suka.

Tapi yang tak tengok, lagi ramai. Tapi aku salute juga kepada mereka yang ada juga nak amik tahu sket. Taknak ketinggalan katanya.

Aku jarang borak dengan perempuan pasal bola sebab aku bukan tengok sangat. Hanya baru-baru ni semenjak melepak dengan member tengok bola. Tergerak juga nak ambil tahu. Aku faham dorang, tak perlu la sampai nak membahan kan...? huhu..

Nak bahan boleh bahan aku. Aku fan Man U. Dalam Premier League Man U no satu. Tapi Arsenal berbaki 1 lagi perlawanan. Tak jauh nak kerja Man U. Pemain feverat aku Dimitar Berbatov still top scorer beza satu goal dengan pemain Man City, Carlos Tévez.

Haha... kawan-kawan perempuan ku. Boleh semak di di sini untuk tengok jadual, scoreboard dan macam-macam lagi. Huhu...

Aku sedang risau melihat banyak pemain Man U yang injured. Adakah Man U masih mampu menjuarai semua piala-piala yang ada... Kita saksikan... Muahaha..

Dan kau lelaki, nak bahan pun biar la kena dengan orangnya. Cian aku tengok kawan aku ni.

Dan kau perempuan, bola adalah isu sensitif bagi lelaki. Jangan cuba menjadikannya bahan lawak. True story...

Dan kau... aku ucap selamat... Glory glory.... hahaha...

Thursday, March 17, 2011

The Biggest Blogger

Kalaulah aku ada coach macam ni...



Aku fikir blog ni takkan pernah sunyi dengan pembaca macam kau orang dan 100++ entri setiap hari... huhu...

Selamat...

Thursday, March 3, 2011

Well, sekarang apa pulak. Aku nak tulis entri jiwang tapi baru-baru ni aku rasa blog aku ni telah diperhatikan oleh laknat-laknat yang bermulut busuk mengata aku macam-macam dibelakang... Kau memang takde life kan skodeng life aku.

Well, Nina dalam Blogger Boy sebut "skodeng" seksi... Cair...

Anyway, Manusia memang susah tengok orang senang kan?

Sekarang aku secara mentalnya stabil. Ke bukan mental. Bukan-bukan, emosi stabil. Memang betul. Untuk masalah-masalah hati macam ni hanya masa mampu mengubati.

Suatu malam aku keluar, lihat bulan amat terang. Mengingatkan aku tentang Dia. Apa agaknya dia buat sekarang? Sihat? Aku sentiasa fikir dia dulu macam selalu sakit. Perempuan kan.

Bulan dan dia memang aku tak mampu pisahkan. Melihat bulan tak pernah gagal untuk aku melihat dia dalam khayalan aku. Yup, dia selam terlalu dalam di dalam hati aku. Yang kejamnya, dia takkan keluar. Barangkali mati di dalam hati aku. Entah...

Bila fikir balik, aku tak patut salahkan semuanya atas dia. Dia buat aku macam ni kerana mesti ada sebabnya. Aku kenal dia. Dan dia tak pernah sekejam itu.

Dan kalau nak salah, letakkan pada aku. Kerana tidak cukup caring terhadap dia.

So, what's now. Aku tak tahu. Tapi sekarang seperti aku sedang menunggu dia. Tak guna nafi kalau aku tahu aku sedang menjadi sesuatu. Bodoh? kau tak faham perasaan aku macam mana.

Dia perempuan hebat. Aku tahu dia buat ini atas sebab dia terlalu ihsan. Ihsan kepada orang lain, yang dia fikir lebih memerlukan. Mungkin? Kau tanya aku tentang betul ke tidak tindakan dia. Aku hanya boleh kata, dia bukan Tuhan.

Sehebat mana pun dia, dia bukan Tuhan. Still, dalam hati aku aku rasa sedikit lega dia buat aku begini. At least salah aku pada dia tertebus sedikit. At least dia sedarkan aku yang aku betul cintakan dia. At least, dia buat aku sedar sekarang aku perlu get life.

Lambat, betul. Tapi itulah hidup. Kadang kau terpaksa buang beberapa bulan atau tahun untuk sedar akan sesuatu.

Get Life...!

Aku mahu dia bahagia. Pada teman baik aku juga aku ucap kata yang sama. Aku mahu dia gembira.

"Bercinta tak semestinya memiliki..."

Kesian aku. Haha...

Tidak mengapa. Aku ada janji. Janji yang membuatkan aku dan dia takkan jauh. Aku harap aku mampu tunaikan sebelum sampai masanya.

Cheer untuk aku. Aku ucap selamat untuk aku. Get Life... dan terima kasih untuk semua ini.

Kerana sekarang baru saya sedar, kamu bukan calang-calang orang di hati saya...

Terima kasih dan saya ucap selamat...

Cari Makarov

Kawan-kawan aku di UTM mungkin tahu aku amat suka game yang bercorakkan peperangan. Game seperti Command n Conquer series, Supreme Commander (Ni aku tak habis main), Tom Clancy series dan banyak lagi. Dan aku mampu menghabiskan beberapa jam sehari untuk cuba menghabiskan semua game ini sehingga ke tahap dewa sekalipun.

Satu lagi game yang aku tak miss main adalah siri Call of Duty, mula dari Modern Warfare. Aku taknak cerita panjang sebab aku pernah cerita tentang game ni dulu. FPS dengan grafik yang superb.

Dan aku habiskan Modern Warfare 1,2 dan World at War sehingga ke veteran. Tanpa menggunakan apa-apa cheat sekalipun.

Baru-baru ini aku terbaca di Wiki tentang siri Call of Duty yang akan datang. Modern Warfare 3.. Exited gler... Baca punya baca katanya ada satu website ni yang kononnya nak mempromosikan game ni. Hoax...

Buka je website tu, ada countdown. Haha.. kena la tunggu. Lama gak aku tunggu. Ada la dalam 3 hari camtu. 3 hari cam 3 tahun...

So, malam ni, tiba la masanya... Buka je website tu, terus dia link ke Youtube...



Live action? Trailer? Nak buat filem ke? Anyway, semua scene dalam video ni ada dalam Modern Warfare 1 dan 2. Aku terpegun dengan ketelitian mereka me-remake scene menjadikan ia realiti.

Syok!!

Tak sabar nak tunggu movie or game ni keluar...

Maaf, aku terlebih excited...

pS : PC tak power. Aku mimpi je la malam ni men game tu... Aku ucap selamat... Ok Makarov, here i come...

Wednesday, March 2, 2011

Selamat tinggal...!

Salam semua...

Hm... entri kali ni hanya untuk peringatan kepada aku. Aku hanya nak beritahu yang aku akan berundur sementara dari Forex. Baru-baru ni aku agak tertekan, seperti apa je aku buat mesti ada yang tak kena.

Tapi aku takkan tinggalkan kosong. Macam aku cakap, ini adalah sementara...

Jadi, sebelum betul-betul aku berundur ni, aku nak tinggalkan sesuatu untuk aku di masa hadapan. Aku yang mungkin berpaling melihat forex kembali. Huhu...

---

Salam msuhaimi2007 masa depan. Aku fikir ketika kau membaca ini, bermakna kau sudah bersedia untuk teruskan apa yang kau tinggalkan lama dulu. Kajian kau.

Dalam pc kau, atau peti simpanan online kau terdapat semua fail-fail yang kau pernah gunakan dulu. Tapi apa yang aku nak tekankan di sini, ketika aku tinggalkan semua ni, ada 3 kajian tak habis kau yang aku sekarang fikir ada potensi untuk berjaya.

1) SR Line n CS formation
Asasnya ada pada CSR100. Dan kekalahan kau yang terakhir dan terbesar adalah kerana CS formation. Ingat ni kau akan ingat semua...

2) Pin Bar
Agak kerap aku guna teknik ni. Nampak sahaja pin bar, aku masuk order, SL pada ekor pin bar + 10pips. Kau boleh teruskan teknik ni kalau kau mahu. Cuma sentiasa ingat, pin bar ibarat lampu brek kereta. Lampu menyala, tapi kereta masih lagi ke depan. Masih tak berhenti...

Oh, dan TP kau boleh tarik Fibo pada 50, atau 61.8 camtu... Cuba dulu ya...

3) Big dog breakout.
Ni teknik yang paling terakhir aku guna. Dia ada potensi. Cuma aku masih tak tau bagaimana mahu menggunakannya dengan betul.

Kajian aku terakhir adalah pada waktu yang sesuai untuk letak PO. Aku perasan tak semestinya menggunakan 11:00 GMT hingga 13:00 GMT untuk menentukan high dan low. Ada masa lain yang mungkin lebih profit. Kita hanya perlu cari.

Walaubagaimanapun, aku stuck untuk menentukan TP yang sesuai. Last aku cuba TP10 dan TP15. Memang senang kena namun sukar nak tebus balik kerugian yang dulu. Mungkin kau boleh mula di sini dahulu dalam kajian lanjut kau.

Dan cuba cari pair lain. Aku lihat EU ada potensi.

Oh lagi satu...
  • 1st... 8, 10, 12, 13, 14
  • 2nd...4, 6, 7, 8, 9,
  • 3rd... 22
Aku yakin kau akan faham ni...

End of list

Dan tolong... Kalau kali ni kau lebih serius dari aku sekarang, belajar programming MQL4... atau aku yakin masa kau dah pakai MQL5... Serius beri banyak kemudahan untuk kau dalam mem'backtest' segala benda yang kau fikir. Cepat dapat keputusannya.

Dan tolong... jangan terlalu bergantung kepada wooksheet. Worksheet is great. Its the best. Tapi kalau kau terlalu bergantung, kau akan lupa benda lain yang lebih hebat dari worksheet, contoh macam MQL4...

Aku ucap selamat kepada kau. Aku tahu kau sekarang lebih nekad dari aku sekarang, dengan komitmen yang kau ada sekarang. Percaya, semua ni bukan waste. Kita hanya perlu minda yang hebat untuk teruskan permainan ini.

Oh, lupa... semak emel kau bila kau ada masa. Ada hadiah sempena menyambut kepulangan kau dalam dunia forex. Hadiah dari seorang rakan lama... huhu...

Well, aku ucap selamat untuk kau sekali lagi...

---

So, apa aku nak buat sekarang... hm... bercuti mungkin. Aku terlalu lama duduk di bilik. Aku mahu keluar tengok apa dunia dah ubah semenjak aku tak ada...

Aku ok sekarang. Semua dah ok. Tapi aku sangat percaya aku akan kembali... Huhu...

Kali ni aku ucap selamat kepada kau semua...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...