Followers

Gamers

Friday, June 28, 2013

Langkah kajian semula

Aku takut aku lupa, jadi aku tulis kat sini kaedah kerja untuk kajian sistem trading aku. Kerap aku ulangkaji benda yang sama untuk lihat sama ada aku ada buat benda silap, atau ada ruang untuk pembaikian. Memandangkan aku kerja seorang diri, buat silap tu dah macam 'second nature'. Kena selalu ulangkaji untuk kurang buat silap.

Langkah kerja
  • Ambil data mentah
  • Proses semua data
  • Pilih TP/SL terbaik mengikut indeks profit.
  • Kaji masa trading terbaik.
  • Proses semula data berdasarkan masa trading yang telah di kaji sahaja
  • Pilih kurang dari 10 jenis TP/SL terbaik dari data baru berdasarkan
    • - Indeks profit yang tinggi
    • - Bilangan bulan yang rugi yang rendah
  • Proses jumlah floating setiap TP/SL yang di pilih.
  • Pilih TP/SL terbaik berdasarkan indeks profit.

Dari data mentah sehingga memilih TP/SL terbaik untuk sistem trading mekanikal. Setakat kira-kira boleh selesai dalam 10 minit memandangkan aku guna spreadsheet. Yang jadi lama bila nak proses data. Itu boleh ambil 1 hari.

Aku kaji semula sistem trading pertama aku memandangkan sistem ke dua lebih mudah nak ikut dan kelihatan macam aku kurang buat silap bila kaji semula sistem ke dua dari sistem pertama.

Keliru... itu musuh utama bila aku ulangkaji. Padahal benda yang sama. Lagi satu lebih baik aku satukan semua cara trading aku memandangkan beza antara 2 sistem trading ni adalah pemilihan TP/SL, masa trading, instrument dan jenis order yang aku buat.

Buat masa ni, walaupun aku dah jalankan sistem pertama aku dua bulan, aku masih tak berapa yakin memandangkan bila aku ulangkaji, mesti ada benda tak kena. Ditambah dengan perbezaan nilai TP dan SL yang agak jauh. Jika sekali rugi, aku perlu paling kurang 2 kali menang.

Yang buat aku yakin pada mulanya adalah kerana Win/Loss ratio dia lebih dari 3. Tapi kalau 2-3 kali ulangkaji dapat nilai lain-lain, mean ada benda tak kena kan?

Sistem ke dua setakat ni kurang masalah memandangkan sistemnya kurang kompleks dan lebih cepat untuk dilaksanakan. Satu lagi yang aku lebih sukakan sistem ke dua aku adalah kerana nilai TP lebih tinggi dari nilai SL. Jadi, jika aku rugi sekali, aku tak rasa perit sangat.

Setakat ni aku dah ulangkaji 2 kali sistem ke dua aku. Baru 2 hari aku mula forward-test. Melihat ia beraksi dengan baik buat aku terfikir mungkin aku boleh permudahkan sistem pertama aku.

Hm... tengah ada floating pada sistem pertama aku. Aku harap kalau rugi tak banyak sangat. AKu harap aku dapat siapkan kajian aku sebelum hari Isnin. Aku ucap selamat.

Monday, June 24, 2013

Kui...

Aku bekerja seorang kalau kau pernah terfikir... Dan bekerja seorang adalah sesuatu yang sunyi. Aku sunyi, kasihan? tak perlu. Aku senang begini. Senang menyerap masuk diri aku ke dalam dunia kerjaya aku.

Bila bekerja, aku sering melihat diri aku dari perspektif ke 3. Ibarat aku keluar dari jasad aku, dan lihat hidup aku seharian. Yup, itu sunyi...

Aku pernah di beri amaran, bekerja sendiri adalah kerjaya yang sunyi. Memandangkan aku jenis ada tu ada la, kalau takde tu takde la dari segi sosial. Jadi aku tak kisah sangat.

Sunyi beri aku ruang untuk berfikir, memandangkan kerjaya aku tidak perlu pergerakan yang banyak. Aku lihat, berfikir. Seharian kerja aku mudah. Bangunkan sistem, uji, cari ralat, troubleshoot, forward-test. Sama sahaja bila kita buat kerja sains masa sekolah dulu. Ada teori, hipotesis, kaedah kerja, hasil, kesimpulan.

Bezanya. Aku tidak buat secara bertulis. Banyak benda aku terjemahkan dalam spreadsheet aku. Urutan nombor yang aku reka sesuai dengan cara aku berfikir. Hanya aku yang faham apa yang aku baca. So far, kalau aku tidak alami amnesia atau sewaktu dengannya, aku masih boleh faham walau aku sudah tua kelak.

Namun jauh dalam hati aku, bila orang dapat lihat spreadsheet ini, orang akan faham bagaimana aku fikir, dan boleh berbincang.

Kenapa bersusah...?

Aku ada hormat pada orang, namun kerap kecewa bila aku sedar manusia adalah manusia. Namun ilmu adalah sesuatu yang tiada tara taraf hormatnya. Dan kerana itu ilmu ini aku reka dalam bentuk ini. Dan hanya mereka yang benar hormat dan mahukan ilmu ini akan faham, dan aku yakin mereka akan guna dengan sebaiknya.

Cakap macam hebat...

Huhu... Aku sedar ilmu ini tidak seberapa bagi seseorang, namun bagi aku... ianya sangat-sangat berharga dan menarik sehingga aku sendiri tidak kisah apa berlaku di luar sana. Cukup dengan ilmu ini, aku senang hati meluangkan masa berfikir apa langkah seterusnya.

Orang tanya adakah ilmu ini karya cedok. Aku tanya kembali masih ada ke benda yang tulen di luar sana? Semua karya adalah karya cedok. Namun tidak sepenuhnya aku cedok.

Cikgu aku kat universiti pesan,

Setiap teknik atau sistem itu ada dalam diri kamu.
Jika kamu mencari, kamu pasti akan jumpa.
Tidak kira kamu dapat dari siapa, dari dalam bentuk apa,
Ia milik kamu, kerana kamu mencari. Guna dengan sebaiknya...

Aku tiba-tiba teringat cikgu aku. Hanya rasa sunyi bila teringatkan setiap pesanan dia. Semua aku lalui sekarang aku dah tahu sejak aku mula trading lagi. Kerana pesannya aku sentiasa ingat. Dan sebab itu, walau berpuluh kali aku cuba putus asa, aku tak mampu... Kerana aku rasa sayang...

Sayang... Kerana hanya trading yang mampu aku buat tanpa aku rasa ianya menyusahkan. Walau sekeliling aku menafikan, aku tetap tegar buatnya..

Mind your own business... Kata Robert T. Kiyosaki. Dan itu aku lakukan...

Aku belajar dari pengalaman aku, orang... akan buat apa sahaja untuk aku putus asa mencapai apa yang aku mahu. Buat apa sahaja untuk aku jatuh. Ramai bilangannya, dan walaupun aku ini siapa sahaja, namun bagi mereka, menjatuhkan aku adalah segala-galanya.

Aneh manusia...

Bila kita lemah, mereka akan serang. Kalau kita kuat, mereka akan mengipas. Nampak macam familiar? Huhu... Kaki buli dimana-mana.

Alhamdulillah aku tidak lemah lagi. Tak lama lagi aku nak mula ambil langkah baru. Memandangkan sistem pertama aku setakat ini berjalan lancar, aku fikir ianya sudah bersedia untuk langkah seterusnya.

Sistem ke dua aku kena hold. Terlalu banyak kelemahan namun aku nampak potensinya. Tiada yang mustahil.

Sistem ke tiga, berkenaan dengan gambling trading, kena hold... yang ini aku tidak nampak cahaya diakhir terowong. Mungkin terlalu sukar untuk aku garap. Banyak lagi perlu aku faham.

Ini post motivasi, kalau tak motivasi lagi tak tau la kau.. Haha... aku ucap selamat...

Wednesday, June 19, 2013

Menulis ini untuk membuang masa...

Terjaga dari tidur. Aku on PC, tengok market macam mana... Hm... jam 3 pagi. Biasanya market masa-masa begini tiada yang menarik. Aku buka Excel. Terfikir ada satu lagi benda aku leh kaji dalam sistem aku ini.

Dah berapa malam begini. Aku jarang boleh tidur bila jam melepasi 12 tengah malam. No, bukan kerana si dia. Aku pun lupa dah berapa hari aku tidak teringat si dia. Satu benda yang menarik dan baik untuk aku. Taksub dengan kerja barangkali.

Setiap hari, aku duduk depan PC, berfikir... apa lagi aku terlepas pandang dalam sistem aku. Dalam hati aku, aku sentiasa ada jenis pemikiran berhati-hati. Sentiasa rasa takut mungkin. Andai sistem ini gagal, aku tiada apa lagi boleh aku buat melainkan buat sistem yang baru.

Ia ambil 3 bulan sehingga ke tahap aku boleh trade sekarang. Dan aku tak sanggup nak ulangi 3 bulan tu. Penat, sakit... Lagipun aku tiada masa untuk gagal lagi.

Aku ada cerita tentang ralat yang ada dalam spreadsheet aku, jadi aku kena kaji dari mula. Alang-alang kaji dari mula, aku rombak semua. Tukar template, tambah warna sedikit bagi nampak cantik n senang dipandang dan kaji dalam julat yang lebih besar. Ia ambil 4 hari...

4 hari kurang tidur. 4 hari duduk depan pc sampai patah pinggan. Kopi bercawan2. Hasilnya...

Aku jumpa benda atau perkara yang mampu gagalkan sistem aku. Mengenalpasti satu perkara. Menyelesaikan pula satu perkara lain.

Bangun dari tidur ini bagi aku idea bagaimana nak atasi. Mungkin. Aku sekarang tengah run spreadsheet aku dengan marco. Ia ambil masa, jadi aku buang masa menulis ini. Huhu...

Aku tak pernah ajar sesiapa sistem aku ni. Oh, hanya seorang... Namun aku tak pernah ajar bagaimana untuk mengkaji andai ianya gagal. Aku tak beri sesiapa pun spreadsheet aku kepada sesiapa. Ianya untuk aku...

Ada orang nasihatkan aku... Dalam perniagaan, perlu ada rahsia. Kita takkan tahu esok jika benda yang sepatutnya rahsia diketahui orang lain, akan backfire diri kita balik.

Aku lihat, banyak sistem trading terbaik dunia akhirnya melingkup. Aku terfikir kenapa. Market sentiasa berubah. Kau boleh jadi trader terbaik dunia pada pagi, dan jadi trader paling teruk dalam sejarah pada waktu petang. Kerana market sentiasa melawan kau.

Dan kerana itu, aku fikir teknik atau sistem yang tidak fleksible akan kecundang. Bagi aku, setiap teknik perlu fleksible. Perlu adaptasi setiap keadaan market. Dan paling penting, perlu sesuai dengan penggunanya.

Dan itu adalah satu 'ketakutan' yang aku alami sekarang. Membuat aku sentiasa anxious. Sentiasa berjaga-jaga. Sentiasa kaji dan kaji. Belajar dan belajar. Well, aku tak nafi, kadang buang masa tengok anime dan main game. Hee...

 Ada orang tanya, kenapa aku kedekut taknak ajar. Aku diam sejenak. Pandai ke aku, hebat ke aku nak ajar orang? Aku fikir, kalau kau betul nak belajar, bukan aku orangnya untuk kau jadikan cikgu. Aku bukan master. Aku hanya trader, dan motif aku hanya buat duit. Tak lebih tak kurang.

Dan kalau aku baik hati nak ajar sekalipun, aku bukan kena ajar sistem trading, tapi kena ajar cara mengkaji sekali. Sistem yang fleksible perlukan metodologi untuk mengkaji. Perlukan tertib. Dan mengajar ini adalah satu bebanan untuk aku.

Kenapa? kerana aku sendiri pun kadang terdiam bila terfikir macam mana aku boleh jumpa benda ni. Dan aku tak fikir aku mampu ajar orang lain benda ini.

Ramai trader yang baru akan sangap ilmu. Dan tak sedar, setiap ilmu trading ini adalah dari kajian sepanjang hayat. Sebab tu kau jumpalah mana trader yang hebat, dan minta dia ajar kau. Aku yakin hanya segelintir sahaja yang nak mengajar. Kebanyakkan mereka hanya silent trader.

Ramai diantara mereka sedar satu perkara. Kebanyakkan sistem trading tidak mampu untung sepanjang hayat. Dan mereka sedar, risiko mengajar orang lain hanya akan membebankan diri sendiri bila ianya gagal. Bayangkan kau ajar ramai orang, ramai anak murid... last2 benda yang kau ajar tu ke laut...

Trader yang baik sedar, itu risiko dan kami trader selalu mengawal risiko.

Kalau ada yang mengajar sekalipun, ia akan mengajar basic. Asas. Aku jumpa seorang sifu yang dulu hebat, namun sekarang struggle dengan ilmu baru dia, selepas ilmu lama dia gagal dan buat ramai anak murid dia ikut gagal. Ilmu baru dia memang terbaik. Namun sebagai trader, aku terasa kesusahan beliau bila aku sendiri bangunkan sistem aku sendiri.

Rasa bersalah.

Bila dulu baru bangunkan sistem, beliau dicemuh. Bila dah baik sistemnya, beliau disanjung. Dan bila gagal, beliau dikecam. Dan sekarang... beliau masih trading, namun terasa ada perasaan rendah diri dan lebih terbuka dengan orang lain.

Aku... tak mahu orang panggil aku sifu, masta atau apa sahaja panggilan dari trader yang lain yang menunjukkan aku ini hebat dan pengalaman orangnya. Peranan trader hanya satu. Buat duit. Itu sahaja. Dan kalau ada orang lain yang betul-betul ada keinginan buat duit, aku yakin dia akan jadi trader terbaik dunia. Dan dia takkan sibukkan diri dengan benda lain. At least, itu pendapat aku.

Fokus... Aku tak fikir trader yang baik akan buang masa. Kerana kerja trader hanya mengkaji dan mengkaji. Dan sebab itu aku ada perasaan yang amat dalam pada sifu-sifu trader ni sebab sudi luangkan masa mengajar. Dan juga ada perasaan jelik pada mereka yang bergelar sifu tapi tah apa yang diajar. Dan ketahuilah, orang begini amat ramai...

Sifu yang terbaik untuk trading adalah diri sendiri. Sebab trader yang terbaik akan sudi luangkan masa mengkaji market. Melihat chart tanpa rasa penat. Dan belajar benda baru yang boleh menyenangkan kajian. Contoh belajar buat spreadsheet guna MS Excel atau OpenOffice Calculus. Profesional juga ramai guna spreadsheet dalam kajian mereka.

Dan paling penting, keinginan... Untuk berjaya, untuk kaya, untuk diri sendiri.

Dan aku harap kau faham kenapa aku tidak mengajar.

Tapi untuk pandang positif, mengajar juga tidak salah. Andai anak murid mahu berbicara. Instead dari mengajar, lagi baik buat perbincangan. Dimana aku selalu buat dengan rakan-rakan online aku. Baca apa pendapat mereka dan ambil yang baik.

Banyak yang boleh dibelajar dari perbincangan. Kerja berkumpulan. Dan sebab itu kebanyakkan trader yang bekerja di firma ada mesyuarat setiap hari pada awal pagi. Kerana dalam trading tiada buku dapat mengajar kau bagaimana cara trading yang betul.

Andai kau baru, belajar... Dan buat keputusan atau sistem untuk kau sendiri. Dan ingat, tiada seorang pun tahu bagaimana masa depan. Walaupun profesional sekalipun, mereka struggle untuk profit pada akhirnya. Aku tahu... walau aku tidak pernah bekerja di firma, aku tahu bagaimana mereka bekerja.

Tapi buat masa ini, aku selesa bekerja seorang. Kalau aku buka mulut berbincang pun aku tidak berbincang tentang sistem aku. Aku hanya utarakan pendapat aku. Dan tidak sekali aku kata aku newbie, atau masta. Kerana aku sedar, dalam market... tiada siapa pun tahu masa depan bagaimana...

Dan itu pendapat aku.

Panjang sangat celoteh. Dan spreadsheet aku tak siap lagi. Data terlalu banyak untuk diproses. Aku fikir aku sambung entry ini lain kali. Aku mahu menulis benda lain. Selamat...

Kenapa aku seorang trader #4

Bacalah kamu beberapa buku menceritakan tentang hidup seorang trader. Kamu akan jumpa sesuatu yang pelik barangkali kamu fikir, tiada kena mengena dengan trading...

Hm...

Hampir setiap buku trading akan mengajar kamu untuk jujur. Jangan berbohong dengan orang lain. Bercakap benar. Dan tidak melakukan mudarat kepada orang lain menggunakan lidah kamu.

Aneh, apa kena mengena pula. Trade trade saja la. Kalau aku bohong pun tapi aku ikut sistem aku, ada apa hal...

Ia ambil hampir 4 tahun aku menjadi trader untuk aku faham maksud disebalik jujur ini. Ada satu ketika, aku tidak sengaja mengambil trade dengan lebihan lot. Bila dah buat salah macam ini, kebanyakkan trader yang tak berjaya akan biarkan sahaja. Berharap dapat untung besar dari kesilapan yang dibuat.

Dan kawan... hampir 5 tahun jadi trader aku belajar... harapan itu maut... berharap itu maut. Dan menipu diri sendiri... menganggap kesilapan itu mampu merubah menjadi sesuatu yang baik itu akan membunuh diri sendiri.

Ini sering berlaku kepada aku dahulu. Tersalah lot, taknak tutup. Tertekan sell, padahal nak buy, taknak tutup. Last2, margin call...

Dalam trading perlu perancangan. Memang senang klik sell atau buy. Tapi mengharap kesilapan jadi satu kemenangan itu tidak membawa apa-apa kecuali maut. Jika benar untung sekalipun, shame on you... Tiada kepuasan di situ. Tiada kemenangan untuk kamu megahkan.

Beberapa hari lepas, aku agak letih. Memandangkan sistem aku tidak membenarkan aku cuti jika floating, aku kerahkan juga tenaga. Akibatnya aku terambil trade yang aku tak patut ambil. Alhamdulillah, pengalaman mengajar. Walaupun rugi 10 pip, aku tutup juga. walaupun lambat sedikit, tidak aku tunggu untuk ianya untung. Dan kerugian itu adalah kebenaran... yang aku jujur... ikhlas menyatakan aku berbuat silap.

Dan itu kawan, adalah pelajaran yang mereka mahu sampaikan, mengapa perlu jujur pada orang lain. Kerana yang mengerakkan market adalah manusia. Menipu lautan manusia adalah sesuatu yang bodoh untuk dilakukan. Jika berbuat silap, mengaku... dan berbuatlah yang benar. Jika rugi pun tidak apa. Percayalah, jujur itu Allah akan balas dengan kemenangan yang tiada mampu dinilai harganya...

Priceless...

Aku ucap selamat... boleh kan?

Saturday, June 15, 2013

Macam mana nak kira spread

Penulisan ini adalah bagi mereka yang trade dan tertanya-tanya:-
  • Kenapa masuk trade je negatif
  • Kenapa dalam chart dah kena TP tapi order tak tutup. Broker tipu ke
  • Kenapa aku masuk trade tapi price tak sama dengan yang aku masuk
Cukup2 dengan alasan broker tipu. Belajar k. Tapi, aku tak nafi kadang ada juga broker buat tipu-tipu ni. Nasib la.

Aku sedang uji satu teknik trading baru, dan ada banyak ralat dalam pengiraan aku. Jadi aku tukar pengiraan aku sana sini tapi masih ralat. Aku jadi bingung kejap. Aku ada satu fail spreadsheet yang aku guna untuk mengira sama ada satu-satu trade aku ambil itu mendatangkan untung atau rugi. Dan fail spreadsheet aku ni juga beritahu aku berapa drawdown setiap trade yang aku ambil.

Amat menyenangkan kerja aku bila ada idea baru untuk di uji.

Sistem trading aku sekarang menggunakan fail spreadsheet yang sama. Jadi... jika fail ini ada terdapat ralat ketika aku programkan dia, bermakna sistem trading aku sekarang perlu dikaji semula.

Erk...

Dalam kerja aku, kesalahan dalam matematik tiada toleransi. Walau satu pip salah kira bermakna kerugian yang amat. Aku ambil hampir sebulan untuk menulis kod dalam spreadsheet ni, termasuk nak faham spread broker, price pada chart dan sebagainya. Ia jadi sukar kerana kurangnya pemahaman dari segi pengiraan spread.

Penulisan ini bukan bagi orang yang tak pernah trade. Jadi sila abaikan seterusnya.

Jadi... Bila aku semak balik. Aku fikir aku buat kesilapan dalam fail spreadsheet aku. Keliru dengan pengiraan spread.

Jadi aku semak balik fakta disebalik price dan spread ni. Sebelum aku mula, objektif aku adalah untuk mencari price sebenar dalam satu-satu situasi dengan berpandukan price pada chart. Chart mengikut harga BID

---
Contoh
Bila aku BUY pada EURUSD spread 2
Price Chart : 1.3000
Price Terminal : 1.3002

Tapi, bila aku nak tutup order profit +10 pips

Price Terminal 1.3002+0.0010=1.3012
Price Chart : 1.3012

Jadi, bila aku kata aku nak untung 0
Maka untuk Buy

Price chart : 1.3000
Price terminal buy : 1.3002
Price terminal TP0 : 1.3002
Price chart TP0 : 1.3002

Jadi untuk Buy, aku kena tulis dalam spreadsheet aku.

Price Terminal = Price Chart + Spread
Price TP = TP + Price Terminal = TP + Price Chart + Spread

*TP & SL sama dengan harga terminal

Contoh pengiraan
Aku Buy pada jam 6:00. Pada chart, harga dia 1.3000. Bila aku masuk trade, terminal aku tulis harga Buy aku adalah pada 1.3002. Aku letak TP 10.

Market bullish sampai, 1.3010. Persoalannya, kena tak TP aku?

Price masuk buy
Chart : 1.3000
Terminal : 1.3002

Jadi TP aku 1.3012

Price TP ni ikut chart, jadi... kat chart, price aku mesti 1.3012 untuk capai TP. Jadi tak kena la TP aku.

---

Untuk Sell.
Price Chart : 1.3000
Price Terminal : 1.3000

Lain dengan Buy, bila nak buat order, Price pada chart sama dengan price terminal. Tetapi dengan SL10...


Price terminal : 1.3000

Price TP : 1.3010
Price Chart TP : 1.3012

Jadi, SL aku akan kena bila kat chart 1.3012.

Jadi kat spreadsheet aku, formulanya untuk Sell :

Price Terminal = Price Chart
Price Chart SL = SL + Price Terminal + Spread = SL + Price Chart + Spread

*TP & SL sama dengan harga terminal
---

Kenapa pengiraan ini penting. 


Jujur kata, ini nampak mudah, tapi bila aku nak coding dalam spreadsheet, jadi keliru. Contoh.

Bila kau tekan CTRL + S kat MT4 kau, kau akan dapat file CSV. Dalam file tu ada senarai price untuk instrument pada chart. Dalam senarai tu ada Date, Time, Open, High, Low, Close, Volume. Maklumat ni standard bagi setiap price list yang kau download dari terminal atau dari website.

Dan dari maklumat ini kau boleh backtest guna software spreadsheet seperti MS Excel dan OpenOffice Calculus. Belajar guna formula IF... Formula ini amat amat amat amat amat (atau aku patut kata teramat) berguna.

Katakan,
Instrument : EURUSD; spread 2.
Pada pukul 6:00 price semasa adalah 1.3000. Jadi aku buat Pending Order:-
Buy Stop (A) : 1.3010
Sell Stop (B) : 1.2990
Buy Limit (C) : 1.2990
Sell Limit (D) : 1.3010

Jadi, kalau harga sekarang adalah 1.3010, mana PO aku yang kena? Ya, kalau kau faham... kau akan tahu jawapannya selepas ini...

Hanya Sell Limit (D) sahaja yang kena. Kat bawah adalah contoh lagi...

Price chart : 1.3010 - PO hit : (D)
Price chart : 1.3012 - PO hit : (A)(D)
Price chart : 1.2990 - PO hit : (B)
Price chart : 1.2988 - PO hit : (B)(C)

Lain pula halnya dengan TP dan SL. TP dan SL ikut harga yang ada pada terminal. Jadi.

Kalau aku ada Buy pada 1.3010 dengan TP 10 dan SL 10.

Price chart : 1.3020 - Hit TP
Price chart : 1.3000 - Hit SL

Kalau aku ada Sell pada 1.2990 dengan TP 10 dan SL 10.

Price chart : 1.2978 - Hit TP
Price chart : 1.2998 - Hit SL

---

Jadi aku harap kau faham kenapa masuk order je dah -2 pip; kalau spread untuk instrument tu 2. Dan kau juga faham kenapa tengok kat chart dah kena dah line TP or SL kau tapi order tak close lagi. Broker tak tipu. Ini pengiraan dia.

Betul, akan ada diantara kau yang kata ini mudah. Aku tak nafi ini mudah. Tapi boleh keliru. Ada silap boleh komen. Aku nak betulkan balik spreadsheet aku, dan kira balik sistem aku. Aku ucap selamat.

Wednesday, June 12, 2013

Kenapa aku seorang trader #3

Aku ada 2 sistem trading. Satu berbuah hasil. Satu lagi dalam kajian memandangkan ianya melibatkan risiko yang besar dan ganjaran yang besar. Hati aku berbelah bagi...

Kerja aku setiap hari, main game, tengok movie, tengok anime, makan... dan itu ketika trading. Kerana trading sukar bila kau dalam tertekan. Aku tidak buat kajian ketika trading. Itu hanya membawa aku terus ke margin call.

Jika aku ada idea, hanya 2 masa yang sesuai. Di pagi hari, atau tengah malam. Hanya masa ini aku mula mengkaji idea, market dan kemungkinan untuk aku meningkatkan lagi keuntungan aku. Dan hanya ketika ini aku akan kekurangan tidur. Kerja kuat... aku macam bapa aku... bila kerja serius. Dalam banyak masa-masa lain, santai sahaja.

Mendapatkan idea adalah sukar. Menjalankan sistem trading lebih sukar. Kerana ia melibatkan diri kita sendiri. Yang cepat klimaks takkan mungkin berjaya dalam trading. Itu kata sifu aku. Kena ubah. Ini kali kita kena ubah. Huhu...

Idea datang dalam pelbagai bentuk. Dan itu yang aku suka. Kadang datang dalam movie atau anime yang aku tonton. Kadang datang dalam game yang aku main. Tapi banyak datang dari membaca dan membaca. Berfikir sahaja tidak akan membantu. Fikiran kena direnjatkan. Aku suka berfikir dan kerana itu kepala aku lapang. Huhu...

Tanamkan dalam hati dan kepala. Yang satu-satunya perasaan terbaik untuk berjaya adalah menang. Bukan kaya, bukan duit, bukan popular. Tapi menang. Yang lain-lain akan mengikuti.

Macam peniaga yang mahu menang hati pelanggannya dari keuntungan. Kerana mereka tahu, jika mereka menang, keuntungan itu akan ikut.

Pip hijau adalah matlamat. Idea mesti bermotivasikan kemenangan. Bukan populariti. Jika mampu menang satu, teruskan. Tak perlu seribu. Janji menang. Kerana dalam trading, kebenaran yang paling utama adalah akaun. Hebat macam manapun sistem, akaun adalah bukti kemenangan. Bukan glamor sistem, bukan hensem paras seorang trader. Menang... akaun itu menang.

Dan kepuasan itu... priceless... Tidak dapat dinilai walaupun dengan nilai akaun itu. Priceless...

Aku doakan semoga semua trader berjaya. Walaupun yang berjaya hanya 5% dalam dunia ni, tapi aku tetap tidak putus doa agar aku... menang dan berjaya... dan tentu sekali kalian semua...

Aku ucap selamat...

Sunday, June 9, 2013

Kajian dari kegagalan lepas

01:43

Setelah hampir 2 hari aku menyepi diri dari kerja dek kerana kerugian minggu lepas. Pagi ni aku mula bekerja semula. Aku tak ramai kawan. "Kawan" ramai. Tapi kawan yang betul-betul aku boleh cerita tentang benda ni tak ramai.

Banyak benda aku pendam seorang. Dah sebab itu bila aku depress, its take time. Lagi-lagi pasal duit. Putus cinta pun tak rasa macam ni. Its really depressing.

Hakikatnya, jika aku tenang dah kaji semula. ini biasa. Dan kelak aku akan cover semua apa aku rugi ini.

Tekanannya tiada tandingan. Aku cabar sesiapa yang kata trading kerja mudah. Bagi kau sebulan dan lihat apa yang berubah dalam hidup kau. Ia ubah hidup aku, perspesi aku dengan manusia dan persekitarannya, serta idea untuk hidup dalam dunia kapitalis ini.

Jadi, pagi ini objektif aku mudah. Mengenal pasti jika aku buat silap di mana. Jika ada, kaji kenapa, dan bagaimana untuk ia tidak berulang lagi.

Jika tiada kesilapan, kaji jika ini salah satu kelemahan sistem aku yang aku cari-cari selama ini. Ini penting untuk memanjangkan hayat sistem trading aku. Aku sedar, market sentiasa berubah. Aku perlu sistem trading yang fleksible supaya ianya tidak ditelan waktu.

02:24

Setakat ini aku tahu, ia adalah kerugian terbesar dalam mingguan. Tapi aku nak tekankan di sini bulan ini belum habis.

Kiraan aku adalah basis 'mula dari hari pertama setiap tempoh masa kajian'. Bermakna, jika dalam satu tempoh masa (eg bulan) lepas profit, withdraw. Baki jadi 0 semula. Jika rugi, maka kerugian ini aku bawa ke hadapan. Dan berdasarkan basis ini aku aku dapat result kerugian tertinggi dalam tempoh seminggu.

Disebabkan bulan ini belum lagi tamat, jadi kiraan aku agak tergantung.

Jadi aku tukar cara kajian. Macam mana kalau aku kata, setiap kerugian itu adalah permulaan tempoh masa sehingga ianya menjadi profit. Pening!?

Contoh.
1hb sampai 10hb untung. 11hb rugi. Jadi aku mula kira berkumpul dari 11hb. Kalau SL aku let's say 10 pips. Jadi baki sekarang -10. 12hb rugi. Jadi baki -20. dan seterusnya sehingga akaun positif. Dan bila positif. Aku reset jadi 0, dan mula kira seterusnya untuk esok pula...

Hasilnya, nilai kerugian tertinggi adalah -1239pips. Ia ambil 111 trade untuk baki aku menjadi positif. Mula dari 20 Julai 2012 sehingga 06 September 2012.

Soalan aku seterusnya kenapa hasil ini tidak terdapat dalam result akhir kajian aku yang lepas. Kajian lepas menunjukkan:-
  • Julai 2012 - -39 pip
  • Ogos 2012 - 639 pip
  • September - 1296 pip
Macam mana result sebaik ini menyembunyikan hakikat aku dah rugi terkumpul -1239 pips.

02:39

Haha... kadang sengal gak benda ni jadi perbincangan. Alasannya mudah. Kalau aku mula trade dengan sistem ini pada 20 Julai 2012, maka aku akan rugi -1239 pip dan ambil 111 trade untuk positif semula. Kata kunci di sini adalah masa aku trade. Awal bulan? akhir bulan? Result lama aku suggest aku trade awal bulan dan segala urusan deposit withdraw aku kena uruskan hari pertama setiap bulan untuk dapat result yang sama dengan  kajian lama aku.

Tapi, -1239 pips bukan nilai kecil untuk aku rugi, dan buat comeback setelah sebulan lebih bertarung dengan market. Ia akan efek psikologi aku dan kalau seminggu market pukul aku, dah lembik 2 hari. Inikan pula sebulan lebih.

Jadi, kaedah yang sama. Cuma kali ini aku nak lihat berapa lama setelah rugi berkumpul akan kembali untung paling kurang 100, 250, 500, 1000 pips.

02:54

Bekerja dengan spreadsheet atau Microsoft Excel memang boleh dapat result dengan cepat. So, result:-

  • Profit 100 pips - 113 trades
  • Profit 250 pips - 122 trades
  • Profit 500 pips - 140 trades
  • Profit 1000 pips - 152 trades.
Untuk 1000 pips, tarikh akhir adalah 24 September 2012.

Bermakna, paling teruk dalam sejarah kerugian sistem ni. Aku trade mula 20 Julai 2012, dengan kerugian terkumpul -1239 pips, dan kemudian untung semula sebanyak +1000 pips pada 24 September 2012 setelah membuat transaksi sebanyak 152.

2 bulan. Aku tak tahu kau, tapi bagi aku ianya hebat. Dan bila ianya digabungkan dengan satu lagi senjata baru aku dan digunakan bersama sistem ini. Result adalah epic. Epic...

Result ini sedikit sebanyak menggembirakan aku.

Jadi aku buat benda yang sama pada rugi ke dua terhebat dalam sejarah sistem ini dijalankan...

03:05
Masa mula : 25 Januari 2013
  • Profit 0 pips - 102 trades
  • Profit 100 pips - 104 trades
  • Profit 250 pips - 138 trades
  • Profit 500 pips - 143 trades
  • Profit 1000 pips - 165 trades.
Hm... walaupun ini adalah kerugian ke 2 terteruk dalam sejarah sistem ni sejak Mei 2012. Tapi ia ambil masa lama sedikit. Profit 1000 pips aku dapat pada 03 April 2013. 2 bulan lebih (akhir bulan Jan sehingga awal bulan April). Tak sampai 3 bulan.

Bagi trader, jika kau mampun untung walaupun 10 pip seminggu pun dah kira hebat, bergantung kepada berapa yang kau risikokan. Untuk 2 bulan lebih, dapat 1000 pips, dengan berbekal equiti 1500 pips... Aku fikir... ianya sesuatu yang amat baik.

Ke tiga terteruk aku tak nak kaji. Sebab kerugiannya tak sampai 1000 pips. Dan bagi aku, ianya masih boleh diterima dari segi psikologi aku.

03:15
Haha.. aku kaji jugak. Dan ianya mula pada  30 April 2013. Tapi perlukan kurang dari 100 trades untuk untung 500 pips. Untuk 1000, aku tak cukup data tapi setakat 06 Jun 2013; profit baru 198 pips. Membawa maksud, selepas aku untung 500 pips, market bawa akaun aku jatuh ke profit 198 pips.

Minggu lepas punya cerita.

Dengan data ini memberikan aku gambaran yang aku kebolehharapan (realibility) sistem aku untuk trade. Aku fikir tadi jika result aku terima hari ini adalah petunjuk kegagalan sistem aku. Mau aku amik cuti trade seminggu lagi.

Sedih. Sistem ini mengambil masa 3 bulan. Lebih 100+ idea aku buang. Lebih 200+ excel aku delete. Dengan 5 kajian instrument. +1000 thread forum, artikel dan buku aku baca dan faham. Dan akhirnya gagal!? Untuk aku... gagal bukan pilihan.

Setakat ini aku kerugian -423 pip. Kalau aku kira terkumpul macam kes di atas, aku rugi -717 pip. Dan perlukan maksimum 82 trade untuk positif. Yup, ambil masa tapi aku positif. 82 trade bukan banyak dalam sistem aku.

Ok, itu sahaja. Aku ucap selamat...

Friday, June 7, 2013

Ini salah satu ujian-Nya...

Hari ini bukan hari yang baik untuk aku. Aku bangun agak lewat hari ini. Terasa sakit-sakit badan. Dan macam biasa aku jenguk monitor PC aku. Market tak ke mana. Rugi Isnin lepas masih terasa lagi.

Jam 2 petang. Tiba-tiba MT4 tak online. Pergi website broker, website down. Cuak sekejap. Tanya member terdekat, katanya offline kejap. 20 min kemudian online balik. Tapi price dah bawa ke atas, agak jauh. Cuma yang aku harap, dalam masa 20 min tu, tiada signal untuk aku masuk market.

Jam 4 petang. Sekali lagi MT4 offline. Dan kali ni bukan MT4 tapi dengan line telefon rumah sekali. Terbaik. Aku langgan internet mobile pakai hp aku. Celcom kena charge RM5 untuk pelan sehari. Buat report kat TM pasal internet takde. Sejam kemudian ada balik internet..

Tapi sejam tu kelam kabut aku... Jadi mood jadi buruk. Bad mood...

Trade hari ni tak banyak. Campur Sell dan Buy. Aku trade mekanikal. Jadi aku tak fikir banyak sangat pasal bilangan trade sebab dalam sejarah, pernah ada on 28 trade dan berakhir profit.

Tapi bukan hari ni...

Malam aku trade. Ada signal buy, aku beli. Ada signal sell, aku beli. Trade mekanikal tak perlu fikir. Just masuk. Akibatnya...

Market bullish hebat. Aku rugi 24.3% dari equiti akaun aku. Itu kerugian yang amat. Dan amat besar. Untuk satu minggu rugi sebanyak ini memang agak menakutkan.

Aku buka excel. Semak semula minggu ni punya prestasi. Ya, tiada trade yang tinggal. Aku kaji semula. Rugi minggu ni melebihi kerugian maksima jika aku kira secara berkumpul dalam masa setahun. Memang di luar data yang aku dapat.

Tiada apa aku boleh buat... Memandangkan data yang lepas tak membantu sangat aku untuk meramal benda yang aku alami ini. Kerugian...

Cuma aku bersyukur, keuntungan bulan lepas masih belum hilang semua. Aku positif, minggu depan akan ada hari baik untuk aku. Memang ada dalam kiraan aku, jika aku hilang -200 pip sekalipun, akhir bulan boleh jadi +800 pip. Kalau dia jadi dulu, dia bakal jadi kemudian.

Aku perlu percaya... Tapi dalam masa yang sama kaji semula situasi ini kerana ini di luar jangkaan win/loss dalam seminggu.

Satu lagi sebab aku bersyukur adalah kerana aku rugi ketika ia masih di peringkat kajian. Dan data ini penting untuk aku labur dengan kapasiti besar kelak. Aku takkan putus asa.

Ini ujian. Dari petang sampai malam... Ini ujian. Suatu hari nanti, benda yang sama akan berlaku. Aku boleh kata, walaupun kelam kabut sedikit, tapi melihat aku dapat buat semua trade dengan baik dan tiada yang tertinggal, displin aku terhadap trading meningkat.

Aku tidak panik bila internet tiada. Aku tidak panik bila market naik tak turun. Dan bila kenang balik, aku rasa gembira... Betapa aku banyak berubah berbanding tahun-tahun lepas.

Walaubagaimanapun tipu jika aku katakan fikiran aku tak terusik dan kusut dengan kerugian dan gangguan seperti ini. Esok aku tak trade aku fikir. Ada baik aku gunakan esok untuk kaji semula masalah ini. Atau berehat menenangkan fikiran.

Aku sentiasa positif sekarang. Aku tahu... aku kaji dah lama... dan aku dah laksanakan dengan cermat dan baik. Untuk sekarang tiba2 gagal... sesuatu yang aku rasa 1 dalam 1000 untuk jadi semula. Tapi siapa tahu. Ini market... apa sahaja boleh berlaku. Tapi aku tetap positif. Aku akan dapat profit dari market...

Aku nak sambung kerja. Ada satu lagi sistem selain sistem ini yang memerlukan perhatian aku... Aku ucap selamat...

Dan tolong TM, dan broker kesayangan aku. Kalau nak buat maintainance ke, apa ke... bagitau dengan apa cara sekalipun... Aku ada no telefon rumah, hp, email dan facebook yang aku on hampir 24 jam, terutama semasa aku trade...

5 minit atau 20 minit atau sejam bagi kau mungkin tak berharga... bagi aku... ia adalah antara untung dan rugi, antara hidup dan mati akaun aku, kerjaya aku dan masa depan aku... Tolong prihatin sedikit. Aku ucap selamat...

Wednesday, June 5, 2013

Kenapa aku seorang trader #2

Hidup aku hari-hari hanya melihat skrin monitor komputer. Aku mula trading seawal 2 petang sehingga 12 tengah malam. Tapi kerap aku kerja awal pagi jika ada idea baru untuk aku kaji.

Ada orang kata, hidup aku tiada life. Tidak bersosial. Tidak kisah apa terjadi diluar sana. Betul?

Betul... Kerana aku hanya peduli urusan aku, kerja aku. Sepanjang hidup aku bergaul, bersama... satu benda aku belajar. Jika aku mahu berjaya, aku perlu fokus. Dan antara jatuhnya hidup aku adalah kerana aku kerap hilang fokus kerana masalah orang lain.

Enough is enough...

Manusia gila dengan masalah yang mereka cari. Aku perlu ruang aku sendiri untuk kerja aku. Dan hidup dalam kepompong kerja ini banyak mengajar aku nilai dan kebolehan seorang manusia.

Semasa aku kerja dahulu, Makhluk Tuhan Paling Comel pernah tanya aku, kenapa aku tidak marah. Jika dibahan, diketawakan, dimarah... aku tetap begitu. Bekerja dengan orang, hati mesti tahan, kan?

Aku jawab, aku tiada masa melayan manusia dengan gilanya. Masa aku sangat berharga untuk diri aku. Banyak lagi benda lebih penting untuk aku fikirkan.

Masa aku kerja dahulu, aku masih trade. Kegilaan trade ini menjadi-jadi bila aku berhenti kerja dan jadi trader sepenuh masa. Kegilaan ini juga atas sumbangan melihat keuntungan yang kompeni perolehi di atas tangan aku setiap hari namun tiada bahagian untuk aku.

Aku tidak gilakan duit. Bagi aku menjadi kaya itu pencapaian. Kemenangan. Aku hanya iri hati. Melihat kejayaan orang lain. Jadi aku mengambil langkah drastik dan tidak berpaling lagi.

Tentu sekali aku dicemuh. Lagi-lagi bila aku jatuh. Trader tegar yang berjaya faham perasaan aku. Ibubapa faham kemahuan aku. Dan tentu sekali aku tetap menjadi aku, peduli apa aku.

Kata-kata Robert Kiyosaki benar... Orang sekeliling akan buat apa sahaja untuk menjatuhkan orang lain. Jadi penyelesaian dia... Mind your own business... Itu jadi pegangan aku sekarang. Ini kerja aku, dan aku tidak peduli apa orang lain kata...

Aku gembira dengan hidup aku sekarang. Walaupun agak kosong memandangkan orang lain 'macam' dah senang tapi aku masih begini. Namun melihat masa depan, aku hanya lihat kejayaan aku bersama-sama kawan dan keluarga. Aku lihat ini jelas. Aku pasti dapat capai.

Biar orang mengata... kita buat kerja masing2... Aku ucap selamat...

Tuesday, June 4, 2013

Upset

Kinda upset really...

Aku baru loss 300 pips. Banyak!? Mungkin... tapi kerugian ini memang dalam kiraan aku. Dalam trading. Rugi itu pasti. Trick dia, untung banyak kali dari rugi. Itu sistem aku sekarang. Dan walaupun kerugian ini ada dalam jangkaan aku, atau aku boleh kata, masih dalam kawalan... Tapi, still mampu buat aku marah, sedih...

Jangan risau aku. Minggu sebelumnya aku untung lebih dari rugi ni. Jadi akaun aku amat stabil sekarang. Cuma kekalahan itu agak memakan hati sedikit.

Aku tak boleh tidur. Hampir 2 minggu aku usahakan satu idea ni, tapi belum berhasil. Buat masa sekarang aku hanya ada satu sistem trading dan ia menunjukkan hasil backtest yang amat memberangsangkan. Jadi aku cuba bulan lepas, dan ternyata ianya berhasil. Cuma macam aku kata, kerugian itu pasti. Bye 300 pips.

Idea baru aku datang dari sini. Ya, ia tulis gambling. Jadi aku harap kau baca dan buka minda. Bagi aku ini bukan gambling. Tapi lebih kepada kaedah atau teknik pengurusan kewangan dan risiko (MM) yang unik. Ianya mudah cuma... mahu melaksanakan itu agak sukar.

Aku selalu letak pengurusan kewangan dan risiko no 1 bila aku mula mencari idea baru. Kemudian baru teknik. Sebab dari situ aku tahu apa aku mahu, bagaimana pengurusan masa aku, berapa ekuiti yang harus aku bekalkan. Sebab sumber aku terhad, jadi aku harus cari jalan untuk memaksimakan segala apa yang aku ada.

Kalau kau baca dari link tu, kau dapat tangkap yang MM itu memerlukan:-
Teknik trade yang mempunyai 3 kemenangan berturut2.
Tidak mempunyai kekalahan berturut; Sekali kalah rugi semua.
Hanya satu trade dibenarkan dalam satu2 masa.
Ada 2 jenis reward to risk (R:R) yang boleh digunakan; 1:2 & 1:1

Sistem trading yang aku ada sekarang tak menepati kehendak MM ni. Sistem trading aku perlukan banyak trade dan hasil akhir adalah untung. Jenis pukal. Aku cuba variasikan sistem sedia ada ternyata gagal.

Aku kalau boleh cuba sedaya upaya untuk guna mekanikal trading dari guna trade jenis baca chart. Kerana macam aku kata dulu, aku kurang 'game sense' dalam dunia trading. Fundamental dan technical analysis; 4 tahun lebih cuba tapi tak masuk. Sebab tu aku beralih ke mekanikal trading. Lebih sesuai dengan aku, kekurangannya... kajian tak pernah tamat.

Satu idea yang aku dah uji adalah penggunaan pin bar. Aku cuba mekanikalkan pin bar tapi tak berhasil. Aku fikir pin bar lebih sesuai untuk mereka yang tahu membaca chart.

2 minggu, aku fikir hampir 10 idea aku buang. Buntu. Tapi aku tahu... jawapannya selalu depan mata aku. Sama macam masa aku mula-mula bangunkan sistem trading aku sekarang 3 bulan lepas. Buntu tapi jawapannya memang depan mata.

Aku tak cari teknik yang pasti untung. Tapi aku cari yang ada kebarangkalian tinggi untuk profit. Aku tahu, so called holy grail... tak pernah wujud. Carilah seumur hidup, benda tu tiada. Apa yang ada untuk untung hanyalah gabungan psikologi, pengurusan kewangan & risiko dan teknik. Aku percaya pada rezeki dari Allah, atau ada orang kata 'luck'...

Dan aku tahu.. aku tak boleh berputus asa.

Hm... barangkali aku harus semak balik sistem aku. Mungkin ada jawapannya... Mungkin... jawapan selalu depan mata kan... huhu....

---

Teringat ada sorang sifu ni pernah kata...

Kerjaya trader ni sesuatu yang noble... Sebab mereka sedar, mereka tak sentiasa betul, tak sentiasa salah... Untung dan rugi adalah perkara biasa. Bila untung lupakan. Bila rugi lupakan... Peluang sentiasa ada...

Dan mengingat ini... aku fikir perjalanan aku masih jauh... Aku ucap selamat...

Sunday, June 2, 2013

Horie Yui - Immoralist


JAPANESE:

Nee kikoeteru?

Kimi to tomo ni girigiri na faito akarasama ni mizeraburu na faito
Ravu wa itsumo anakizumu na faito watashi dake no inmoraru na faito

Sayonara ienai watashi wa dame da na
Wakaranai wakaranai jibun ga wakaranai
Kono kimochi kiesou mo nai konna ni mo naku naranai
Ikenain da to omoeba omou hodo kasokusuru no

Mou jibun jishin ga kowai kedo ima shinjite miru yo
Nani o ushinatte mo

Kimi no mimoto ni to kimeta no

Kiite

Ai kyan notto sutoppu bikoozu ai ravu yuu
Tatoe asu ni nareba
Ai kyan notto sutoppu bikoozu ai wonto yuu
Kie yuku sadame de mo
Ai kyan notto sutoppu bikoozu ai metto yuu
Watashi o tomeru
Ai kyan notto sutoppu bikoozu ai niido yuu
Imi ni mo naranai yo

Watashi kimi no mae nara inmorarisuto da yo

Nee

Kimi to tomo ni girigiri na faito akarasama ni mizeraburu na faito
Ravu wa itsumo anakizumu na faito watashi dake no inmoraru na faito

Kanashimi kurushimi nikushimi oide yo
Watashi wa itsu de mo mukaeru kakugo sa
Sonna fuu ni omoeru you ni mo natta no fushigi da na
Deatte kurete arigatou watashi sukoshi tsuyoku nareta

Namida nante Kami-sama ni ageru kara
Dakara onegai jiyuu o kudasai

Doko ni de mo yukeru tsubasa o

Iku yo

Ai wonto tu bii wizu yuu fooevaa
Tatoe kanau hazu mo nai
Ai wonto tu bii wizu yuu fooevaa
Nanika ni osowarete mo
Ai wonto tu bii wizu yuu fooevaa
Ima no watashi nara
Ai wonto tu bii wizu yuu fooevaa
Ippo datte hikanai yo

Watashi kimi no mae nara hiroikku da yo

Tada tada aishitai no ni
Tada tada kurushikute

Todoke todoke todoite todoke todoke todoite
Todoke todoke todoke todoke todoke kimi no kokoro ni
Kono watashi no inmoraru hitori de kakaeru ni wa sukoshi omosugiru no

Mou isso no koto subete sutete shimaou da nante
Tsubuyaite nemuru kedo itsumo kimi no yume bakari

Aa kotae nante denakute mo tachimukau yo
Sou kore wa mou watashi no kokoro karada subete ga
Kimi to ne deatte michibikidashita kotae
Tomaranai tomaranai tomaru tsumori mo nai

Kimi no mimoto ni to kimeta no

Kimi no tame ima tatakau no

Ai kyan notto sutoppu bikoozu ai ravu yuu
(P·A·R·A·D·O·X)
Daisuki (P·A·R·A·D·O·X)
Ai wonto tu bii wizu yuu fooevaa
(P·A·R·A·D·O·X)
Aishiteru (P·A·R·A·D·O·X)

Ai kyan notto sutoppu bikoozu ai ravu yuu
Tatoe asu ni nareba
Ai kyan notto sutoppu bikoozu ai wonto yuu
Kie yuku sadame de mo
Ai kyan notto sutoppu bikoozu ai metto yuu
Watashi o tomeru
Ai kyan notto sutoppu bikoozu ai niido yuu
Imi ni mo naranai yo

Watashi kimi no mae nara inmorarisuto da yo

Nee

Kimi to tomo ni girigiri na faito akarasama ni mizeraburu na faito
Ravu wa itsumo anakizumu na faito watashi dake no inmoraru na faito

ENGLISH:

Hey, can you hear me?

A fight at the edge together with you, a plainly miserable fight
Love is always an anarchism fight, my own immoral fight

I can’t say goodbye, I’m no good
I don’t get it, I don’t get it, I don’t get it myself
My feelings aren’t about to disappear, even with how things are, they won’t be gone
The more I think they’re wrong, the more they accelerate

I’m already scared, but now I’ll try to believe
No matter what I lose

I’ve decided to take your identity

Listen

I can not stop because I love you
Even when it’s tomorrow
I can not stop because I want you
Even if I’m fated to disappear
I can not stop because I met you
There’s no reason
I can not stop because I need you
to stop me

When I’m in front of you, I’m an immoralist

Hey

A fight at the edge together with you, a plainly miserable fight
Love is always an anarchism fight, my own immoral fight

Sadness, suffering, hatred, come to me
I’m ready to greet them anytime
It’s strange that I’ve become able to think like that
Thank you for meeting me, I was able to get a little stronger

Because I’ll give my tears to God
So please, give me freedom

Give me wings that can go anywhere

Let’s go

I want to be with you forever
Even if it shouldn’t come true
I want to be with you forever
Even if I’m attacked by something
I want to be with you forever
With how I am now
I want to be with you forever
I won’t even take a step back

If I’m in front of you, I’m heroic

It’s just, it’s just I want to love you
Yet it’s just, it’s just tough

Reach, reach, reach there, reach, reach, reach there
Reach, reach, reach, reach, reach your heart
It’s a little too heavy to hold this immorality of mine by myself

Whispering, ‘I might as well get rid of everything already’
I sleep, but I always dream of nothing but you

Ah, even if the answer doesn’t appear, I’ll confront it
That’s right, this is already the answer
that my heart, body, and everything derived from meeting you
I won’t stop, I won’t stop, I don’t plan to stop

I’ve decided to take your identity

Now I’ll fight for your sake

I can not stop because I love you
(P·A·R·A·D·O·X)
I like you lots (P·A·R·A·D·O·X)
I want to be with you forever
(P·A·R·A·D·O·X)
I love you (P·A·R·A·D·O·X)

I can not stop because I love you
Even when it’s tomorrow
I can not stop because I want you
Even if I’m fated to disappear
I can not stop because I met you
There’s no reason
I can not stop because I need you
to stop me

When I’m in front of you, I’m an immoralist

Hey

A fight at the edge together with you, a plainly miserable fight
Love is always an anarchism fight, my own immoral fight

---

Cute fighting stance... eh!? Huhu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...