Followers

Gamers

Tuesday, July 31, 2007

Perhatian kepada JL BLOGGER MANIA...

Perhatian kepada juri-juri JL BLOG MANIA terutamanya... hehe, formal sangat lak... hm... Hanya nak bagitau yang jawapan bagi pertanding ni nanti akan aku sertakan dengan banner pertandingan ni sekali... jadi kalau ada sepuluh soalan, jadi sebelas la korang tengok banner ni termasuk yang ada kat posting ni...

Image Hosted by ImageShack.us



Well, anggap la aku nak promote forum Jomlayan ni... hehe... nak repo...

Monday, July 30, 2007

Mari menggodam / hacking

Ha... kat sini takde unsur-unsur jenayah yang melanggar akta-akta atau pindaan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia k... Aku nak kongsi dengan korang game ni...

Game ni adalah simulasi kepada seorang penggodam. Yup, kira macam korang akan menggodam untuk mencari keuntungan... Hm, taknak citer banyak... ni link dia n korang gi la download... best gak game ni... huhu...

http://www.aniup.com/en/file/202/Hacker-2005-The-Broken-Link-v1-0-Retail-Upped-By-Cling-rar.html

untuk maklumat lanjut... hm...

http://www.filedudes.com/Hacker_2005__The_Broken_Link-screenshot-36122.html

Saturday, July 28, 2007

Hari malang aku...

Malang ke...? Aku tanya diri aku sendiri... aku lihat langit mula mendung...
"Oh, hari malang aku datang. Aku just perlu tenang menghadapi hari ini..."
Dan seperti selalu, bulan pasti menemani aku sepanjang hari ini, mengingatkan aku yang hari ini adalah hari ujian dari-Nya. Untuk melihat sejauh mana kekuatan minda dan fizikal aku dimana ia diterkam ujian....

Dan seperti selalu, aku lulus. Melepasi setiap ujian dari-Nya hari ini. Mungkin pelik bagi orang lain tapi bagi aku, hari2 seperti hari ini memang benar-benar berlaku kepada aku. Bukan ini kali pertama aku melaluinya. Dan bukan kali pertama aku lulus.

Peraturannya mudah. Jangan putus asa. Jangan sia-siakan nyawa. Tenang dan sabar. Ya, cakap memang mudah tapi apabila melaluinya....

Dan sekarang, masanya sudah hampir ke penghujungnya. Hari malang aku... hari yang sering menjadikan aku semakin kuat di dalam. Kadang aku harap hari seperti ini hilang dari aku. tetapi, jauh di lubuk hati aku, aku harap, ia akan datang kembali. Hanya untuk ingatkan aku, yang Allah masih menyayangi aku...

Terima kasih Allah, kerana memberi aku peluang untuk melalui hari-hari seperti hari ini...

Tuesday, July 24, 2007

JL BLOGGER MANIA

Aku dah pun men'join'kan diri aku dalam pertandingan JL Blogger Mania... so, melihat blog aku yang bersepah ni, aku ingat nak buat blog baru, tapi tak jadilah... coz aku ingat, dengan join pertandingan ni bolehlah mempopularkan blog aku... (giler publisiti)...

So, untuk para juri JL BLOGGER MANIA, aku akan kategorikan 'Jomlayan' pada setiap jawapan aku... huhu...

well, sekarang apa aku kena buat... hm... tunggu je la soklan dia kluar minggu depan...

Aku tak tau kalau ada orang yang baca blog aku ni tertarik dengan pertandingan ni... korang leh gi...

http://www.jomlayan.com/mybb/showthread.php?tid=7579&pid=295115#pid295115

Heh, tempe, jangan marah ek...

Sunday, July 22, 2007

Hari Jiwang Aku...

Sempena Hari Jiwang Aku... (Lantak aku la nak cakap bila hari jiwang aku... hari-hari aku jiwang...) marilah kita sama-sama mendalami pengorbanan cinta yang di alami oleh satu pasangan ni... Sedeh seh... Wuu...



Hm, jangan tanya aku apa-apa pasal vclip ni... aku tengah boring then usha youtube ni, terjumpa vclip ni... huhu...

Friday, July 20, 2007

Duit ke wang..?

aku tak tahu yang ianya sesuai untuk aku letakkan dalam blog aku ni.... hm... just korang gi la tengok apa ada kat sini... then bagitau aku komen korang...

http://www.perigiduit.com/?ref=Squall_pka1

Cahaya Kemuliaan

Lama tak post kat blog aku. Entah l... aku sibuk baru-baru ni. Banyak yang dah berubah dan perlu aku betulkan. Dan malam tadi dia, cahaya kemuliaan sms aku. Kami hanya borak biasa. Dia banyak tanya soalan kepada aku namun aku hanya menjawab, tidak pula bertanya balik. Apa khabar dia? Hm... memang lama dah berlalu, namun...

Setelah dia berhenti bertanya khabar aku, aku tidak membalas. Kenapa? Aku sendiri tak tahu. Sombong? Mungkin, tapi aku hanya tak tahu nak berkata apa. Otak aku mulai kosong. Aku sedar dia mungkin berfikir yang aku tak lagi memikirkan pasal dia. Kerana layanan aku tak lagi semesra dulu....

Bukan aku tak mahu, tetapi aku tak tahu... apa patut aku katakan kepada dia. Hati aku masih sakit, masih terluka. Aku bukan jenis yang pandai sembunyikan perasaan, mahupun mengekpresi perasaan. Aku hanya aku, seorang manusia yang mulai lurus dan terang tentang sesuatu...

Bila sampai saat ini, hatiku mulai rasa kosong, sunyi. Mungkinkah cinta pengubatnya? Aku terus menafikan yang hati aku memerlukan sentuhan dari seorang perempuan. Ya, hati... kalau ikutkan, aku pasti mati, seperti mana matinya aku pada saat lalu...

Dia, aku sudah lupakan perasaan aku kepada dia, dan kenangan itu sedikit mulai hilang dek kesibukan hidup. Aku mulai rasa hidup. Mahupun sakit, namun aku tetap mahu berdiri, untuk hidup... Dan hanya satu yang hingga kini menghantui hidup. Walau jauh aku pergi, walau dekat aku kembali, hanya satu, hanya satu... sunyi...

Friday, July 6, 2007

Jawapan untuk korang... jom layankan...

well, ni jawapan untuk teka teki aku... soklannya... ni ha soalannya...

http://www.jomlayan.com/mybb/showthread.php?tid=7343

so... aku mula k...

Jap2 aku fikir...
Aku tak taulah mungkin nanti korang kata aku nak promote blog aku...
Well, memang pun... haha...
Aku fikir ni je cara yang best n kalau aku ingat balik... mesti aku gelak sendiri...
Pun begitu... aku harap korang terhibur n jangan la marah... blog aku ok pe... haha...
Ada banyak info (banyaklah sangat...)
N banyak masalah yang korang akan dengar... baca diari aku sapa suruh...
:p

Cuba korang perhatikan hidup ni... macam2 kan...
Ingat lagi tak korang tentang kemerdekaan negara kita... macam mana atuk nenek kita dulu berjuang untuk negara...
N apa agaknya yang korang rasa ek... n apa sumbangan kita kepada negara kita sekarang...
Tahun ni dah 50 tahun kita merdeka... tapi pernah tak korang fikir, kalau aku tak cakap, mungkin ke korang tau...
Apa-apa pun, kita patut bangga dengan negara kita sekarang. Hanya 50 tahun... kita sudah hebat seperti sekarang...

Rasanya aku macam dah lari topik... takpelah...
Impian aku sebenarnya nak jadi kaya gler... Coz aku nak buang apa yang aku tak daya sekarang...
N aku tau, impian aku masih terlalu jauh untuk aku capai... tetapi...
Dengan kudrat yang Allah bagi..., dengan semangat yang kuat, Insyaallah aku akan berjaya...
Untuk negara, bangsa dan agama aku gak... n untuk keluarga, kengkawan n diri aku gak... ye2 aku tau... aku takkan lupakan korang bila aku kaya kelak...

Cam mane ek nak jadi kaya dalam umur aku baru 21 tahun... apa aku leh buat...
Elaun ma n pa aku... haha... aku rasa aku patut cari sendiri bila dah umur macam sekarang ni betul tak...?
Mampu pakai henset, mampu pakai keta, tapi... rupa2nya semuanya duit mak bapak aku...
Bukan aku tak sedar, aku tau n tu kadang2 bila bapa aku nak bagi duit lebih aku selalu cakap, takpe yah, amy ada duit lagi... n kalau terdesak, terima kasih...
Untuk aku, mak ayah aku dah banyak berkorban... tah bilalah aku dapat balas jasa diorang...
Ringgit Malaysia sah2 bukan pengganti jasa2 dorang pada aku...
Untuk mak dan ayah... amy sayang mak dan ayah n jaga diri bebaik...

Malasnyer... ape... oh jawapan, aku melalut lagi.. sory ek..
Aku sebenarnya tengah malas ni... penat lew... malam ni nak balik Klang.... Lusa nak ke Johor...
Rehat kene cukup, mana mampu aku nak straight ke Johor dari Penang...Gler ke...
Aku bukan Superman or Cicakman... aku manusia biasa... tak larat aku...
Hari Isnin ni dah start kuliah... hm... malasnyer...

Tinggal lagi 2 tahun (Insyaalah) aku tamat pengajian kat UTM...
Aku harap dapat la esok keje yang best2... penat dah belajar... lotih la bak kata Hattan time AF5...
Korang yang dah ade keje mesti rasa nak balik macam time aku sekarang kan... tak tensen pasal duit.. just study n enjoy...
Universiti, ramai orang cakap tempat ni best... tah la... bagi aku biase je...
Tapi kan... eh... lupa nak bagi jawapan... aku asyik melalut je... well, sebenarnya aku dah bagi dah jawapannya... ada dalam karangan ni... ada, cuba cari bebetul, tak jumpa... nasib korang la... nanti aku senang aku post kat forum jawapannya... kalau nak hint boleh la aku bagi... ni link dia... good luck...

http://www.jomlayan.com/mybb/showthread.php?tid=1882&pid=288617#pid288617


post no 117 ek... k la... nak siap gi sembahyang Jumaat...

Wednesday, July 4, 2007

I Think I already lost... someone... or myself, perhaps...

Hm.. heh, tajuk je inggeris, tapi aku nak cerita dalam bahasa Melayu gak...

Siapa yang aku hilang... Dia, yup... bukan cahaya kemuliaan... bagi aku dia dah jadi sejarah. Aku tak merasa apa-apa lagi pada dia. Lagipun baik untuk aku menjauhi hubungan yang sedang terjalin, kerana aku bukan sebahagian darinya...

Fiqa, dia pun bukan... well, just reminder untuk korang yang mengikuti blog aku (perasan).. dulu aku ada janji nak citer pasal dia... well, dia adalah bekas teman wanita aku. Tu je... dari semasa ke semasa aku akan citer lagi...

Hari ini aku terasa kehilangan dia, ya dia... yang aku ibaratkan tangan kanan aku, yang aku ibaratkan rasional aku... hari ni aku terpandang sesuatu yang aku rasa ianya terlarang untuk hati aku.

Anyway, aku cuba untuk cool, bertenang. Ya aku tahu, aku cemburu namun apa boleh aku buat... siapa aku kepadanya untuk aku cemburu... Dari mula aku hanya kawan dia. dan hingga sekarang aku hanya kawan dia.

Bila aku teringat kembali saat aku kenal dia, saat aku bersama dia dan saat aku mulai menjauhi/dijauhi dia... aku rasa... hm... bila kenang kembali...

"Hei Mel, kita kapel nak...?"

"...taknak la... tapi kalau ko tanya sekali lagi aku nak..."

"...takpelah, aku fikir lebih baik macam ni... coz aku taknak esok..."

Hipokrit... hanya sekarang aku sedar betapa bencinya aku kepada perkataan itu sehingga aku rasakan, yang aku sebenarnya.. sedang membenci diri sendiri...

Bila lihat dia sekarang, buat aku terfikir... ya, dia dah jauh di hujung sana sedangkan aku masih ada di sini... masih disini merenung apa yang perlu aku buat untuk teruskan hidup aku.... Entahlah, mungkin aku terlalu merenung ke belakang... depan orang aku hanya biasa... belakang orang, akulah yang worst...

Hari baru menjelma... 5 hari lagi... Hari untuk aku tinggalkan 21 tahun dibelakang. Hanya untuk sementara... hanya untuk aku baiki semua... agar satu hari nanti tiba masa untuk aku kumpul, aku sudah bersedia... Ya, bersedia untuk renung kembali 21 tahun yang aku tinggalkan... Wish me luck...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...