Lama sudah tidak update. Haha... Baru-baru ini sibuk dengan kerja, penat dengan kerja. Ya, hari-hari harus kerja.
Hm, kita nak cerita apa kali ini. Serba ringkas sahaja sudah. Huhu...
Baru-baru ini walaupun sibuk dengan kerja, aku tetap luangkan masa bermain game di komputer. Haha... game lama. Atas desakan keinginan yang melampau dan kerinduan kepada kereta aku yang ditinggalkan di Johor, aku main balik game Need for speed Most Wanted dan Need For Speed Carbon. Ya, ejeklah aku kerana aku masih lagi belum bermain Need For Speed Prostreet. PC tak mampu. Huu...
Ada kebaikannya jugak aku hanya buang masa bermain game lumba kereta ini memandangkan harga minyak yang dah naik 78 sen. Huu... rasanya semester depan kereta aku jadi barang perhiasan sahaja la. Ayuh naik bas... Walaubagaimanapun syabas kepada kerajaan yang sanggup berkorban kurangkan elaun-elaun menteri-menteri. Ya, fahamilah kami yang susah ini...
Euro 2008 sudah mula. Australia kan tempatnya? Haha, aku bukan minat sangat bola-bola ini tapi adalah tahu sedikit pasal perkembangannya kerana aku pendengar setia Pagi di Era. Huhu... ada berita apa? Aku tidak sanggup bangun tengah malam menyaksikan perlawanan kerana mengantuk esok nak kerja. Lagipun stadium Astro ada ulangan. Selamba ah.
Melihat perempuan dilarang memakai tudung di Turki membuat hati aku sayu dan marah. Mereka kata memperjuangkan hak asasi manusia. Bagi aku, pemakaian tudung tu kan hak masing-masing nak pakai. Bolehlah pulak nak larang-larang. Hm, takdelah perempuan cantik kat Turki lagi. Taknak pergi Turki, aku ban.
Eh jap, tapi larangan tiada termasuk di tempat awam kan? Hm... aku tak jadi ban la camtu. (Perempuan punya pasal, hampeh... huhu...). Tapi sedih kan, agama mula tidak dipandang tinggi lagi dikalangan orang-orang yang kononnya cendiakawan ini. Hm...
Apa lagi nak cerita. Hm, baru-baru ini juga aku agak alert dengan berita-berita di Buletin Utama jam 8. Tak tahulah. Mungkin tidak mahu otak aku mati tanpa diberi suapan. Hm, hanya lihat perangai manusia yang selalunya ada itu dan ini. Bila la nak aman, asyik-asyik perang.
Ha... baru-baru ini aku terdengar istilah Islamofobia. Ada sapa-sapa tahu maksud sebenar istilah ini. Aku kureng faham lew...
hm.. apa lagi ek... tu je kot. Maaf la kalau posting kali ini tidak mengikut format. Aku runsingkan idea yang berlambak. (pelik ayat...) Sehingga berjumpa lagi... salam ya...
Kerana dalam hidup, aku manusia, dan kau manusia. Ada hati dan akal. Dan kita takkan jauh lari dengan rasional dan emosional kita
Followers
Tuesday, June 10, 2008
Tuesday, June 3, 2008
Nubhan - Ada Untukmu
Nubhan - Ada Untukmu
Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran
Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci
Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang dirimu
Biarpun nafas ku sampai terhenti
Akan ku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya
Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran
Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci
Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang dirimu
Biarpun nafas ku sampai terhenti
Akan ku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya
Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita
Bila dengar lagu ni, fikiran aku mulai terlayang mengingati si dia. Bila amati liriknya.. huhu... Taj Mahal ek... monumen cinta kata orang.
Bila aku lihat liriknya, hm... Shah Jehan. Macam pernah dengar. Mumtaz pun macam pernah dengar. So aku pun google lah.
Heh, patutlah aku pernah dengar. Taj Mahal itu terbina atas rasa cinta Shah Jehan kepada Mumtaznya. Nak tahu lebih lanjut bolehlah kalian melihat sejarah pembinaan Taj Mahal kat India tu.
Hm... rasa macam nak gi India lak sekarang... huhu...
Monday, June 2, 2008
Lamborghini Gallardo LP560-4
Tahu tentang kereta Lamborghini. Baru-baru ini aku melawat blog paultan.org, terjumpa maklumat terbaru pasal Lamborghini Gallardo LP560-4. Heh, aku salah seorang pecinta Lamborghini. Baru-baru ini Lamborghini mengeluarkan video promosi untuk kereta itu.
Lamborghini Gallardo LP560-4, 5.2 liter V10 yang memberi 560 PS untuk semua pacuan 4 rodanya. Video ini agak humor, kalian akan tahu apabila kalian melihatnya. Tetapi apa yang tidak seronoknya, ia tiada bunyi enjin kereta itu, telah digantikan dengan bunyi latar. Huu... sedih. Anyway, enjoy...
Lamborghini Gallardo LP560-4, 5.2 liter V10 yang memberi 560 PS untuk semua pacuan 4 rodanya. Video ini agak humor, kalian akan tahu apabila kalian melihatnya. Tetapi apa yang tidak seronoknya, ia tiada bunyi enjin kereta itu, telah digantikan dengan bunyi latar. Huu... sedih. Anyway, enjoy...
Sunday, June 1, 2008
Tuhan Manusia
Baru-baru ni aku baru habis baca sebuah novel karya Faisal Tehrani yang bertajuk Tuhan Manusia. Ramai orang ingat aku bukan seorang ulat buku. Haha... kalian masih tidak mengenali aku. Aku hanya membaca sesuatu yang mampu menunjukkan minat.
Novel ini mengisahkan perjalanan hidup seorang budak sekolah bernama Ali Taqi yang bercita-cita menjadi ahli falsafah Islam. Cita-cita dan minat itu datang atas kerana abangnya Talha yang murtad dan ini amatlah menyedihkan Ali Taqi.
Novel ini juga memuatkan sebuah isu yang berat seperti pluarisme, Islam Liberal dan lain-lain. Apa yang menarik tentang novel ini, kandungannya juga memuatkan ayat-ayat suci Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW sebagai penguat kepada fahaman yang dinyatakan.
Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, tiang serinya adalah agama.
Setiap hujah yang dipamerkan di dalam buku ini punya isi dan asas yang kukuh. Agama, adalah suatu yang telah lama cuba dipermainkan oleh anasir-anasir jahat dan kita sebagai penganut agama mestilah mempertahankan agama dan kepercayaan kita.
Novel Faizal Tehrani ini bukan sahaja memberi kefahaman tetapi juga membuai jiwa kita dengan rasa sayu dan gerun terhadap pertembungan fikrah Dunia Barat dan Dunia Islam.Aku rekemenkan novel ini kepada kalian semua. Ia bagus untuk memikirkan mana hala tuju kita sebagai hamba Allah SWT khususnya dan sebagai penganut agama umumnya. Dan aku berikan 5 bintang penuh, fully recommandation untuk dibeli dan dibaca...
Lupa nak beritahu, novel ini aku dapat sebagai hadiah pemenang tempat ke 2 dalam pertandingan Jomlayan Blogger Mania 2008.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang mafhumnya:"Telahku tinggalkan bagi kamu sekalian dua perkara, tidak akan sesat kamu selama kamu berpegang teguh dengan keduanya, iaitu Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya. " (Malik)
Sumber
http://www.geocities.com/farouq1965/TPSM/1c.htm
Subscribe to:
Posts (Atom)