Kawan A : Macam mana kau tahu main game ni?
Aku : Aku dah main 5 kali dah
Kawan A : Hah?
Pernah berlaku dekat kau? Aku? banyak kali.
Ia merupakan satu keistimewaan aku. Aku punya perangai cepat bosan akan sesuatu benda. Tetapi, jika aku menjadi taksub, tiada apa yang dapat menghalang aku dari melakukannya. Pendek kata, selagi aku taksub, aku akan teruskan.
Contoh yang terkini, permainan dari ps2, God of War 2. Punyalah taksub sampai keempat-empat mod aku habiskan. Cuma tinggal bahagian challenge je yang masih tak mampu. Haha...
Contoh yang terlepas, filem. Hm... Saw. Tahu kan? Cerita tentang pembunuh bersiri yang tidak membunuh. Huhu...
Orang seperti aku mudah ditarik minat. Ceritakan sahaja kepadaku tentang asasnya. Dan jika kau berjaya menaksubkan aku, kau takkan sangka maklumat yang aku dapati jauh lebih hebat dari wikipedia. Haha...
Aku sedar, aku mudah taksub akan sesuatu jika asasnya kukuh. Seperti God of War dengan cerita mitos Greeknya. Seperti Saw dengan asas psikologi manusianya. Cerita yang kau boleh kata logik jalan ceritanya. Ya, setiap cerita mesti ada asas, baru seronok nak wiki.
Aku tak lihat sesuatu tanpa berfikir. Mungkin sebab itu kepala aku kian gugur rambutnya. Kerap berfikir, walaupun sedikit. Walaupun tidak logik. Siapa sangka dalam mitos Greek, selain God, rupanya ada Titan yang menguasai sebelumnya. Ya, mitos tetap mitos, baca boleh percaya jangan.
Ada benda yang tiada asas yang aku taksub kau tanya? Hm... cinta barangkali. Aku pernah bercinta, dan perasaan itu datang tanpa perlu asasnya. Aku fikir. Entahlah, jika kau tidak setuju, abaikan apa yang aku katakan di sini...
Aku bersyukur dikurniakan perangai begini. Setidak-tidaknya aku tahu caranya untuk menyiapkan semua kerja-kerja aku. Cuba part yang bosan tu la...
Kau, apa yang menaksubkan kau baru-baru ini?
Aku : yang 2 terakhir tu aku pakai code AR Max.
Kawan A : Hah, apa tu?
Aku : Cheat code.
Kawan A : Aku tak tahu pun.
Aku : Heh, banyakkan Wiki dan Discovery kawan.