Followers

Gamers

Friday, December 31, 2010

Ya betul, aku rindukan dia...

Masih membaca Beginning Programming for Dummies. Dan setakat ini aku fikir aku mampu lakukan. Dan bertuahlah aku, kerana fikiran aku yang agak sistematik, dan ada ketika mampu fleksibel.

Esok tahun baru. Azam tahun baru? Jadi sehabis hebat kedua-dua trader dan programmer. Walauapapun berlaku kepada aku kelak, aku mesti sentiasa menjadi kedua-dua ini.

Kalau aku tak buat macam ni, aku takkan ke mana... Aku harap aku ingat ni.

Tahun 2011 adalah tahun yang amat sukar bagi aku, memandangkan aku bukan lagi remaja-suka-hati seperti dahulu. Semua benda aku usaha mesti sampai tamat, mesti semua siap. Dan tiada separuh jalan.

Aku fikir aku mampu lakukan...

Berbekal memori dahulu yang amat memeritkan, aku yakin aku mampu lakukan. Aku tak nafi, aku tak pernah lupakan dia, tak pernah lupakan kecelakaan itu. Malah, setiap hari aku selalu teringat kepada dia.

Dan sakit jika kau tanya...

Kadang aku terfikir, mungkin ini yang dia rasa ketika aku tinggalkan dia dahulu. Dan sekarang, sampai masa untuk aku merasa pula perasaan yang sama.

Namun tidak semua negatif tentang perasaan ini. Ia lebib buat aku menjadi kuat, lebih kuat untuk membuat sesuatu.

Hanya semata-mata ingin melupakannya...

Kadang aku fikir, ada baik dia bunuh sahaja aku, dari buat aku macam ni. Kerana aku rela mati dari sakit mengingatinya.

Bodoh itu benar, tapi itulah perasaan. Buat kita yang bijak pandai menjadi sedikit bodoh dan tolol.

Buat masa ni, aku takde pelan nak berbaik mahupun bermusuh dengan dia. Dalam hati aku, jika aku terjumpa dia, mahu sahaja aku cabut nyawanya. Namun dalam masa yang sama, aku sedar, aku sangat rindukan dia.

Luah dimana sekalipun, masih, aku tak mampu, tak mungkin menerima dia semula. Baik kawan, atau lawan.

Aku tak pernah rasa begini kepada orang lain. Ramai dikalangan kawan-kawan aku yang tahu akan hal aku dan dia akan berpendapat,

Aku betul terlalu cintakan dia.

Baik dari saat aku kenal dia, hingga sekarang. Aku suka jika apa aku fikir mendapat justifikasi dari orang lain. Itu akan membuat tahap keyakinan aku terhadap sesuatu tinggi. Dan jika semua mengatakan aku cintakan perempuan itu, aku tunduk, dan mengaku...

Aku cintakan dia.

Dan betul, memandang diri dari sudut ketiga lebih baik dari kau seorang merasa sendiri. Kita manusia bukan, terlalu mampu untuk terpengaruh dengan sekeliling.

Aku menulis diari, journal kehidupan seharian aku. Dan tak pernah aku tidak masukkan dia di setiap apa yang aku fikirkan. Mesti ada kaitan, mesti ada pengaruh dia.

Terlalu tertarik jika kau tanya...

Dan kerana itu, tiada azam tahun baru untuk dia. Tiada azam untuk melupakan dia. Tiada azam untuk berusaha bersamanya semula, atau membalas segala perbuatan dia padaku.

Berbekal kata-kata dari Robert Kiyosaki dalam bukunya, Cashlow Quadrant...

Mind your own business

Dia hanya memori yang aku pasti tak mahu hidupkan kembali. Memori tiada kuasa, hanya rasa. Memori tidak mampu mengubah apa-apa dalam hidup aku. Hanya masa sekarang yang mampu beri aku hidup, untuk masa depan.

Tapi, sekuat mana aku pun, aku mengaku... setiap hari adalah hari-hari aku rindukan dia. Ia adalah satu algoritma yang rumit. Pujian kepada Allah kerana menciptakan satu kod program dalam setiap hati manusia serumit ini.

Sangat rumit sehingga aku sendiri tak faham diri aku sendiri.

Aish... terlalu emosional sudah. Maaf, cuma hari ini aku terlalu rindukan dia. Namun jangan salah sangka, aku tidak berhadap untuk berkomunikasi dengan dia dalam medium apa sekalipun yang mampu dunia tawarkan kepada aku.

Dia racun, bukan ubat. Kehadirannya sekali lagi mampu mematikan segala usaha aku selama ini...

Entri ini untuk dia. Aku benar berharap aku tidak menulis tentang ini di masa akan datang. Walhal aku yakin itu tidak mungkin terjadi.

Berdoa agar aku mampu simpan semua dalam hati tanpa perlu aku luahkan lagi seperti hari ini.

Dan maaf, aku tak mampu buang dia dalam hati aku. Barangkali benar kata kawan aku, akan ada seseorang yang mampu masukkan tangannya dalam hati aku dan keluarkan dia dari hidup aku.

Aku harap kau betul kawan, kerana buat masa sekarang, aku langsung tak yakin itu akan berlaku.

Kau, sedikit nasihat. Walau sejauh mana cinta kau pada seseorang, setiasa ingat... Dia manusia, dan selamanya tetap akan manusia. Jangan jatuh terlalu dalam kepada dia, kelak aku yakin, kau akan merana.

Dan merana yang aku maksudkan jauh lebih hebat dari sakit yang kau pernah rasakan sepanjang hidup kau...

Ok, selamat...

Wednesday, December 29, 2010

Peng-atur-cara-an

Orang nampak kerja aku mudah, hanya duduk depan PC dan klik klik. Kau buat, baru kau tahu susah senangnya...

Namun, aku cuba tukarkan pandangan aku kepada pandangan mereka. Melihat diri aku dari mata mereka. Yup, ini kerja senang. Duduk depan pc, tidak hiraukan luar. Ya, memang kerja senang.

Aku cuti 2 minggu dari aktiviti trading, Xmas dan tahun baru. Aku hanya tak suka trade masa server kejap hidup, kejap tidak. Aku rasa sakit menunggu jika aku tidak nampak sebarang kemajuan dalam market.

Dan cuti 2 minggu ni buat aku terfikir, kalau aku tak mampu trade, pe lagi aku mampu buat.

Dan diingatkan, aku ada kemampuan duduk depan pc 24 jam, tanpa tidur dan rehat. Ya, aku tahu aku ada kemampuan sebegitu.

Aku harus buat sesuatu berkenaan dengan komputer.

Adakah aku patut belajar programming.

Eh?

Programming?



Aku lihat ini dalam Manual Trading aku, dan terfikir. Ia seakan skematik pengaturacaan. Dan aku mampu buat pengaturcaraan untuk strategi di atas. Aneh, dan kenapa aku dulu tak pernah ambil berat untuk belajar programming sedangkan aku amat minat duduk depan pc 24 jam.

Aneh...

Programming... aku tahu ada banyak jenis bahasa pengaturcaraan (oh, aku baru perasaan programming tu adalah pengaturcaraan). Kita ada php, JAVA, C dan macam-macam lagi. Terpulang kepada apa kita nak buat, mana-mana bahasa juga baik kerana apa yang penting bukan bahasanya, tapi logiknya.

Aku cuba cari mana bahasa pengaturcaraan yang bagus untuk aku belajar dan ramai rekemen, C. Dan aku memang tak tau apa benda la tu. Masa aku di universiti dahulu, hanya belajar FORTRAN dan MATLAB je. Haram, nampaknya aku perlu balik kepada betul-betul asas.



Dan kawan-kawan, aku sedang menelaah buku ni. Sebarang komen amatlah dihargai. Oh sebelum tu, jika kau tanya untuk apa aku pilih untuk belajar programming...

Sebab aku baru sedar, benda yang selalu depan mata aku ni, sebenarnya adalah program, yang dijalankan berdasarkan programnya, yang ditulis oleh programmer. Kena ambil berat sikit pe yang kita lihat hari-hari...

Aku merepek panjang, dan ketahuilah, post ini aku tidak edit kemudian, habis taip terus publish. Maka, abaikan kualitinya... selamat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...