Salam...
Rindu aku. Memang kau patut rindu aku. Agak lama juga aku tidak menulis di sini. Dan isi entri hari ini akan menjawab mengapa aku tidak menulis dalam jangka masa yang agak panjang.
Seminggu lepas, telefon rumah aku berhenti berdering. Internet juga berhenti berfungsi. Dan ketika itu segala cerita mengenai kecurian kabel menjadi realiti kepada aku.
Kecurian kabel biasa berlaku di kawasan tempat tinggal aku. Aku fikir kawan aku Zai ada cerita tentang ini. Dan juruteknik TM serta operator talian TM juga memperakuinya.
Dan siapa Zai aku tak mahu cerita. Haha..
Berbalik pada cerita tadi, tiada telefon, yang paling penting tiada internet mengambil separuh nyawa aku. Bayangkan separuh dari hari hidup aku adalah di depan pc melayari internet. Trading, blogging, surfing, emailing, reading article, facebook-ing, gaming, downloading, uploading dan banyak lagi.
Dan bayangkan sekali sahaja semua -ing ini diragut.
Sukar? Bayangkan hari-hari kau tanpa nasi. Memang boleh hidup, tapi tak sama bukan dengan hari-hari gembira dan bahagia kau yang lain-lain. Dan begitu yang aku rasa.
Kerosakan berlaku pada hari Ahad
Ayah aku telefon TM pada Ahad, buat laporan kerosakan. Hari Isnin aku pula telefon. Aku fikir hari Khamis aku lihat ada pekerja TM sedang belek-belek tugu apa tah dekat kawasan perumahan depan dari kawasan perumahan aku.
Dan hari Jumaat hanya telefon rumah aku berfungsi. Malangnya, juruteknik salah pasang wayar. No telefon rumah aku bertukar dengan jiran aku. Maka, tiada lagi internet sehingga hari Isnin. Ya, seminggu satu hari baru aku dapat menggunakan Internet.
Malangnya, Isnin itu pada jam 10:45pm aku fikir, telefon dan internet sekali lagi terputus. Dan tengah hari Selasa, aku lihat atas tiang telefon tempat juruteknik TM betulkan semalam dah takde wayar dah.
Tempoh aku dapat guna internet hanya 5 jam. 5 jam makan nasi dan mungkin kau takkan dapat makan lagi.
Protokol biasa TM, selepas menerima aduan, perlu 72 jam baru ko lapor semula jika masih berlaku kerosakan. Dan sekarang, aku harus menderita +72 jam tanpa internet.
Tertekan.
Masa-masa yang lapang itu digunakan dengan belajar programming, cuba buat entri untuk blog, tengok movie yang aku dah tengok dan tidur. Aku amat tertekan minggu lepas, dan akan tertekan pada minggu ni.
Kepada si pencuri kabel, kau takkan kaya seumur hidup kau sebab termakan sumpah laknat aku ni. Merana la hidup kau selagi tangan yang kau guna untuk mencuri itu masih terpasang di badan kau.
Dan kepada pekerja TM, terutama juruteknik tu. Kerja elok-elok bro, rileks sudah. Tak payah tergesa-gesa, aku boleh tunggu. Cuma bila buat silap tu yang buat aku hilang sabar. Maaf, aku sedang emo. Internet amat penting dalam hidup aku selepas air dan elektrik.
Walaubagaimanapun, sapa ek operator perempuan TM yang bekerja pagi pada 17 Januari 2011. Comel suara dia.
Operator Comel : Kejap ye Encik *******, saya buat pengesahan...
Aku : Ok...
Operator Comel : Ok...
Operator Comel : Kejap ye...
Operator Comel : Ops.. hm...
Operator Comel : ok....
Operator Comel : Kejap ye...
Operator Comel : Hm...
Aku : (heh.. comel...)
Aku ucap selamat...