Followers

Gamers

Wednesday, July 27, 2011

Bila lelaki serius

Salam semua... Lama tak kemaskini blog aku ni. Haha...

Tengah godek2 google reader (ya, aku follow korang melalui GR) terjumpa ini. Hanya teringat lelaki bagaimana aku dahulu, dan lelaki bagaimana aku sekarang... Jiwang!? heh, cuba baca entri yang lepas-lepas ye...



  1. Kecantikan kamu diketepikan…Keikhlasan kamu diutamakan...
  2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  3. Si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan x diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…
  4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
  5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu..
  6. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.
  7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja
  8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu..
  9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.
  10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
  11. Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya..
  12. Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek...
  13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
  14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
  15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
  17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  18. Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu...
  19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
  20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya...

Selepas membaca ini, aku perasan banyak yang hilang dalam diri aku. Namun ada juga yang bertambah. Healthy or unhealthy? Aku tak tau. Hanya orang disekeliling aku mampu menilai...

Aku ucap selamat...

Sumber:
http://bloggercrew.in-malaysia.org/2011/07/bila-lelaki-betul2-serius-dalam.html
http://www.flickr.com/photos/pinksherbet/

Thursday, July 14, 2011

Aku mandi lewat malam ni. Terasa rimas. Jika mahu tidur biasanya aku akan mandi jika terasa rimas. Baru senang nak lena. Ya, aku memang ada masalah mahu senang lena.

Aku mandi, basahkan badan. Tiba-tiba teringat pencuci muka kat luar. Aku keluar ambil dan sederu angin sejuk dari hawa dingin masuk ke liang roma aku.

Mengigil tak ingat.

Dan peristiwa ini mengingatkan aku tentang setiap rutin yang aku lalui apabila aku diluar rumah. Teringat masa plkn, pukul 5 bangun dan mandi. teringat juga masa di UTM dan kolej, mandi awal pagi.

Mengigil tak ingat.

Serius aku tidak suka perasaan selepas itu. Ia buat aku rasa sebelah kepala aku kosong. Dan dari situ mampu menjelma rasa sunyi. Dan betapa aku bencikan perasaan itu. Aku jarang dapat di rumah, tapi...

Petang itu aku melawat si dia di hospital. Ya, dia sakit, baru lepas dibedah. Inshallah hari ni boleh keluar hospital.

Aku lihat dia merenung jauh ke luar tingkap. Aku tak tau apa yang si dia fikirkan tapi permandangan itu buat aku perasan dia sunyi, atau aku keliru...

yang sebenarnya sunyi itu aku.

Ini rumit dan jika kau biasa dengan blog aku, aku selalu guna perkataan yang rumit untuk difahami. Aku tak tahu, papan kekunci ini laju ditekan. Kerap tiada di kepala, hanya terus luah tanpa ubah.

Aku masih sedikit mengigil, ditambah dengan raut mukanya ketika memandang jauh tingkap itu. Sunyi. Barangkali aku berkongsi dengannya, barangkali rasa itu hanya pada aku.

Aku tiada mood mahu buat apa. Aku menulis ini kerana mahu luahkan rasa sunyi ini. Aku tidak pernah kisah keluar dan makan seorang. Cuma jika rasa ini datang, aku jadi sejuk.

Raut mukannya masih berlegar di kepala. Barangkali aku perlu tidur, hentikan semua ini. Hanya perlu tidur. Aku harap, si dia dapat keluar hospital esok dan cepat sihat. Mahu lihat dia riang kembali.

Selamat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...