Followers

Gamers

Wednesday, January 16, 2013

Kita dengar... kita hormat... kau ada?



Aku tak pernah lagi menulis di dalam blog ini akan sesuatu yang aku boleh kata trend, kerana blog ini hanya blog peribadi. Tempat aku luah perasaan. Dan sebab itu aku tidak menulis tentang benda-benda yang menjadi viral dalam masa-masa ini di blog ini.

Tapi video di atas buat aku rasa sedih, dan sebak. Melihat bagaimana sesuatu yang hendak disampai tidak kesampaian. Aku minta maaf kalau bahasa aku terlalu berlengang lengok, kerana ini cara penulisan aku.

Aku menulis ini untuk diri aku. Jadi kau boleh baca di tempat lain kalau kau rasa gaya penulisan aku tidak setara dengan pemahaman kau.

Jujurnya kau tahu, aku tidak suka bertelagah, bertekak dan berdebat. Aku ada pengalaman buruk di usia muda aku mengenai benda ini . Dan pengalaman buruk itu membentuk satu prinsip dalam hidup aku.

"Tiada yang benar, tiada yang salah. Kerana Allah Maha Adil" Kerana Dia menjadikan dunia ini serba seimbang. Dengan nisbah yang cukup cantik. Dan atas prinsip ini, aku percaya... apa sahaja perkara yang didebatkan, walaupun hasil akhirnya adalah buruk, tetap akan diterima baik orang lain.

Contoh kau boleh fikir adalah seperti perbicaraan di mahkamah. Bayangkan jika ada satu kes melibatkan orang kaya. Logiknya peguamnya mesti di bayar mahal dan tentu mahal hujahnya. Lawannya pula hanya peguam biasa, kurang berpengalaman. Cuba fikir, pihak di mana bakal menang perbicaraan ini. Tak perlu sebut kes, tak perlu fikir siapa yang bersalah atau tidak. Cukup hanya dengan maklumat begini kau boleh fikir siapa bakal menang perbicaraan ini.

Jangan salahkan peguam. Itu kerja mereka. Mereka dilahirkan dengan bakat moral yang fleksible. Jika tiada ini, bagaimana mereka mahu menjadi peguam bagi penjenayah. Moral perlu feksible untuk menjadi peguam. Matlamat utama adalah menang perbicaraan. Salah dan betul itu hakim akan kata.

Ingat, kerja peguam adalah berdebat. Itu kerja mereka.

Kita balik pada video di atas. Aku rasa sedih. Walau apapun saudari Bawani KS hujahkan, kita perlu dengar sampai habis. Dan baru serang. Dalam mahkamah juga begitu kan? Kalau tak puas hati, kita perlu tunggu. Boleh kata objection jika mahu sehingga selesai hujah diberikan.

Tapi sampai merampas mic. Aku lihat tindakan ini amat tidak profesional dan tiada bersifat ke'degree'an. Itu bukan hormat. Hormat bila kita selesai dengar hujah beliau. Baru kita hentam. Lagipun kalau kita rasa kita benar, tak perlu cantas hujah orang lain di pertengahan jalan. Betul?

"Tiada yang benar, tiada yang salah. Kerana Allah Maha Adil" Salah dan betul sebenarnya terletak pada perspektif. Cuba fikir, kalau ada seorang pemabuk mahu memandu. Kau tegur, kau mabuk, tak boleh memandu. Tapi si pemabuk ni kata, aku mana ada mabuk.

Jadi siapa betul kat sini? Pada perspektif si pemabuk, dia kata dia boleh memandu, jadi dia fikir dia betul. Pada perspektif si penegur, dia kata pemabuk tak boleh memandu, dia juga betul. Perspektif, cara bagaimana kita melihat sesuatu dan menghakimi sama ada ianya betul atau salah. Tapi lihat dari perspektif kita, mana kita tau dia mabuk ke tak sebab kau ada di sini membaca ini, tidak melihat pemabuk itu betul-betul mabuk ke tidak.

Huhu... Jangan pening kepala. Aku tidak berhujah. Aku menulis untuk berseronok.

Pointnya, bila berhujah. Takde salah dan betul. Siapa yang lantang, dia menang. Itu terjadi pada video di atas dan pada hari itu saudari Sharifah Zohra Jabeen menang dalah hujah beliau, walaupun cerita pasal masalah haiwan.

Tapi setiap benda ada akibat. Menang di sini tak semestinya menang selamanya di sana. Setiap orang ada hujah masing-masing.

Aku tidak berpihak mana-mana. Aku suka berfikir. Cuma aku tak suka sikap mencantas percakapan orang lain, kemudian merendahkan orang lain. Itu tidak profesional. Aku sedih melihat ini tahap pendidikan di negara kita.

Heh, panjang membebel baru dapat point. Kita bebel lagi.

Pernah pergi mesyuarat pemegang saham syarikat. Mesyuarat di mana pemegang-pemegang saham sesebuat syarikat berkumpul bagi mendengar usul dan prestasi sesebuah syarikat dari presiden/pengarah. Pemegang saham syarikat juga boleh mengemukakan usul bagi jika ada yang tak puas hati seperti nak pengarah syarikat letak jawatan ke apa ke.

Aku tak pernah pergi. Aku miskin. Tapi aku pernah tengok di drama tv. Hehe...

Bila pengarah syarikat mengemukakan usul, beliau perlu mendapat persetujuan dari pemegang-pemegang saham ini. Syarikat besar biasa punya ramai pemegang saham. Jadi bila usul dibentangkan oleh pengarah syarikat, sebagai tanda setuju dari pemegang-pemegang saham ini...

Mereka akan menepuk tangat. Sama seperti bila orang habis berucap, kita tepuk. Kena faham kenapa kita tepuk. Ini bermakna kita setuju.

Jadi nampak kuasa menepuk ini.

So, video diatas. Tak kira ketika saudari Bawani KS sedang berhujah, atau ketika Sharifah Zohra Jabeen sedang berhujah, kita dengar... ada bunyi tepukan yang sama kuat.

Seperti bersetuju, kedua-dua hujah yang bertentangan ini adalah betul. Neutral kah mahasiswa-mahasiswa di sana. Atau sedang tidur. Bila orang berhujah kita kena dengar. Kalau tidak dengar, atau tidak faham. Diam.

Kena faham, tepukan ini ada kuasa. Ada makna. Kita manusia bukan lalang, kalau orang berhujah kita dengar. Kalau kita rasa betul, kita tepuk tanda setuju. Kalau salah kita diam, kalau hebat kita angkat tangan dan kata... saya tidak setuju...

Bukan sukar, aku dengar sekali aku tahu pihak mana aku mahu tepuk. Bukan main tepuk. Tapi aku faham... Galaxy Note sekarang mahal. Orang bagi free, kita kena amik. Betullah kata Sharifah Zohra Jabeen. Semua orang mahu Galaxy Note. Aku pun tak pakai lagi.

Huhu...

Aku tak perlu celoteh tentang ptptn, pendidikan percuma, perhimpunan bersih. Aku tidak arif soal perundangan, soal ekonomi dan soal politik. Hidup aku mudah. Orang bagi aku senang, aku follow. Mana ada kerajaan sempurna kan?

Sebab itu sebelum mengundi, kita amik masa jalan-jalan, lihat keliling kita. Lihat apa kerajaan negeri dan kerajaan pusat buat di sekeliling kita. Cantikkah kawasan perumahan kita. Indahkah bandar kita. Kita bayar semua ini. Ini semua hasil dari cukai kita bayar. Kita kena amik berat. Barulah kita pergi mengundi.

Lagipun tak baik kan mengundi tutup mata.

Panjang lak celoteh. Huhu...

---

Walaubagaimanapun, apa yang aku ingin sampaikan adalah benda biasa. Kita ada etika bila berhujah. Kita perlu dengar sebelum bersetuju (menepuk tangan). Dan kita tak perlu meninggi diri dengan merendahkan orang lain.

Lagipun budak degree bukan hebat sangat pun. Aku ada degree dalam kejuruteraan, tapi aku tak hebat ekonomi. Jadi tak perlu meninggi diri bila kita ada degree. Sebab ilmu ni luas. Contoh terbaik video di atas. Macam mana profesionalnya mereka yang dikatakan mempunyai pendidikan terbaik, tapi...

Tak perlu takut kalau kau rasa kau benar. Benar dan salah itu bergantung kepada perspektif. Kalau rasa tak hebat berhujah, kita diam. Serahkan pada yang hebat dan berani. Kita tak mahu benda yang kita kata benar, akan di salahkan. Diam dan dengar.

Kalau aku ada di dewan itu... Hm... Kemungkinan besar aku akan keluar dewan. Emo kau boleh kata. Tapi student kan banyak assignment. Terganggu emosi tak boleh buat keje pulak. Tak dapat galaxy note pun takpe la. Janji hati tak terganggu. Aku bukan kuat pun nak berhujah.

Paling kuat aku pun menulis di sini. Tulis panjang-panjang tapi takde orang nak baca. Huhu...

Walaubagaimanapun sekali lagi, aku tabik hormat pada saudari Bawani KS yang berani memberi hujah dan pendapat beliau. Tak kisah la hujah apa yang dia bawa. Tapi dia berani. Kau ada....?

Dan saudari Sharifah Zohra Jabeen, saya malulah... negara kita kan negara demokrasi. Kita dengar orang habis kata dulu, baru lenjan habis habisan. Baru puas. Dah ada point dah tu nak lenjan. Salah timing je. Barulah menunjukkan kita ini orang berpelajaran tinggi.

Ok la... penat celoteh. Kita sekarang dah sampai zaman berhibur. Pendidikan kita kebanyakkan bukan di sekolah atau universiti aku rasa. Tapi banyak di cerita tv. Masyarakat kita ni ada budaya membaca cuma mediumnya bukan buku. Jadi...

Untuk tutorial berdebat, aku sarankan kau tengok Thank You for Smoking, Nak lebih mendalam pasal moral flesibliliti seorang peguam tengok The Devil's Advocate. Kalau nak tau macam mana rupa mesyuarat pemegang-pemegang saham, boleh tengok Big Money episod 3.

Kau boleh kata mungkin penulisan aku di bawah pengaruh televisyen. Tak salah pun. Itu perspektif kau. Tapi doa aku agar kau berfikir tentang perspektif kau. Salah dan betul itu kita tentukan sendiri. Dari pengalaman, kita tentukan mana yang jadi nadi kita. Keliru? Aku bagi kau hint... Agama...

Aku fikir aku pun patut mula ambil bahagian. Ambil side orang kata. Duduk diam-diam macam ni bila-bila pun orang cantas kan? Mungkin aku patut berhujah semula... Suara aku asalnya lantang... Haha... Hm...

Aku ucap selamat.

Sumber idea dari http://www.fizgraphic.com/2013/01/sharifah-zohra-jabeen-listen-listen.html 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...