Ya, aku takkan boleh ubat emo aku. Tapi nak juga sesekali menulis benda lain selain emo ye tak?
Game sense
Aku bukan trader yang baik, itu aku jujur kata. Sebab aku ada banyak kelemahan, terutama benda-benda berkaitan dengan psikologi dan pandangan aku berkenaan dengan duit dimana aku taknak kongsi di sini. Dan satu lagi kelemahan aku adalah kurangnya orang panggil 'game sense'.Ya, kawan-kawan. Trading is game. Dan dia ada rule. Ada peraturan di mana kita tak ikut, game over. Atau lebih feymes dikatakan Margin Call... 'Game Sense' ni ada orang kata bakat. Tapi aku lebih percaya kepada usaha dan pengalaman. Namun dalam dekat 5 tahun dengan trading, aku tak lihat ada peningkatan 'Game Sense' aku tentang trading. Cara baca graf ke laut. Cara baca market ke laut. Dan kalau ada sesuatu diluar jangkaan berlaku, aku biasanya tiada plan B.
Dan sebab itu cara trading aku lebih ke arah matematik. Statistik dan kalkulus mudah. Tambah tolak sana sini, amik pukul rata. Kira kebarangkalian bakal berlaku dan seterusnya. Aku bukan tak pernah usaha membaca market tapi otak kiri aku lebih ligat dari otak kanan jika kau faham apa yang aku katakan.
Aku ada 3 benda yang aku nampak kat EURUSD yang selalu terjadi dan menarik perhatian aku.
1) Keadaan market di mana ada lebih kurang 7 bar 'laut tenang' dan tiba-tiba datang satu CS besar menolak harga ke arah baru. Kalau belajar TBST memang senang faham.
2) CS pukul 8 pagi Malaysia. Jika CS bullish, trend hari itu bakal bearish, dan juga sebaliknya. Masih mengkaji tapi nampaknya cam kurang harapan.
3) Pin bar selepas CS besar. Adakah patut masuk terus melawan CS besar, atau letak PO beberapa pip dari kepala Pin Bar.
Buat masa ni, no 1 nampak baik tapi perlu mahir untuk kenal pasti 7 bar pertama. Settingnya, letak PO atas bawah. Maaf aku tak mahu kongsi sekarang sebab kajiannya belum lengkap dan satu lagi, minggu lepas aku trade guna cara ni dan untung rugi sama dengan je. Minggu ni loss. Drop the idea? no... sebab bila aku backtest dari Mei 2012, teknik ni boleh bawak pip cuma purata hanya 80 pips sebulan. Sikit? bagaimana kalau aku kata Max floatingnya 100 pip sebulan. Hm...
Spreadsheet
Aku banyak guna spreadsheet (Microsoft Excel. OpenOffice Calculus) bila buat kajian ni. Data datang dari MT4 banyak membantu (bagi yang tak tau, buka MT4, tekan Ctrl+S. Kau akan dapat data setiap CS yang kau nampak kat chart.) dan data mentah ni aku proses guna command IF dll untuk lihat jika aku trade dengan tetapan SL dan TP, boleh untung ke tak. Berapa peratus untung rugi. Macam mana dengan risk/reward ratio dia. Dan sebagainya.Bayangkan backtest lebih 600 trade dalam kurang sehari. Hanya berbekalkan ilmu IF dalam spreadsheet. Fail excel aku boleh cecah 100+Mb, pertama kali dalam hidup aku tarik formula tak ingat dunia.
Aku suka spreadsheet. Sejak kenal dunia trading, aku kerap guna. Tempat simpan akaun, proses data. Heck, aku buat excel macam komputer dalam komputer. Erk. Aku suka benda matematik dan automatik. Tekan dan dapat jawapan. Hanya sakit jika aku salah guna formula. Paling sakit bila salah faham formula mana yang betul.
Bayangkan, kau dah siap proses data kau yang amik masa dekat satu hari (Ya adik2. untuk backtest 600+ trades, dengan 3 pembolehubah bakal melembapkan pc kau) baru kau sedar formula kau ada salah. Troubleshoot sana sini. Dan buat semula. Tambah lagi satu hari. Tu baru nak dapat data. Belum proses lagi dalam bentuk yang kau boleh faham.
Haa...
Nampak penat, tapi sebenarnya aku sedang bergembira. Having fun. Aku tak fikir cara aku backtest salah memandangkan golongan profesional juga guna spreadsheet bila backtest.
Result
Siap dapat data, aku proses. Benda aku cari mudah. Win/Loss ratio untuk lihat boleh pakai ke kaedah ni. Risk/Reward ratio untuk lihat berapa lot aku boleh guna untuk sekian banyak equiti aku ada. Kadang aku lihat Timing, tengok jam berapa masuk market dan untung. Kadang lihat juga kriteria tambahan bagi memantapkan lagi teknik ni.Semua ni hanya kebarangkalian. Kajian syok sendiri. Aku hanya bincang dengan orang terdekat. Lagipun sukar nak hurai semua dengan tulisan memandangkan aku tak berapa baik dengan penulisan.
Walaupun dengan semua ini kadang aku bingung bila lihat resultnya macam tak memberangsangkan. Penat dekat seminggu backtest tapi takde hasil. Buat masa ni aku tengah foward-test no 1. Backtest no 2. No 3 masih on hold.
Walaupun begitu aku mengalu-alukan idea. Market selalu gerak dalam keadaan yang serupa, tapi tak sama. Dan sebab itu kerja kita, trader mengagak mana dia nak pergi. Kekurangan game sense dalam diri aku, aku gantikan dengan kaedah kebarangkalian mudah. Letak PO, TP SL, EA untuk breakeven dan macam-macam lagi.
Dan ketahuilah, untuk aku campur tangan pandai-pandai meneka market tiada. Aku dah cuba, aku memang tiada. Game sense. Market sekarang bukan macam dulu. Bukan macam 5 tahun dahulu. Manusia berubah dari segi pemikiran, tapi hanya satu yang mutlak. Tamak... takut tu tak pernah ubah. Dan aku percaya... sejarah akan berulang.
Aku ucap selamat... Hm... aku patut menulis lebih kerap. Melihat post ni menunjukkan betapa tumpulnya aku dalam penulisan... Huhu...