Kerana dalam hidup, aku manusia, dan kau manusia. Ada hati dan akal. Dan kita takkan jauh lari dengan rasional dan emosional kita
Followers
Thursday, June 13, 2019
Susahnya nak menulis.
Tak nafi, bila baca balik blog aku baru-baru ni, aku rasa macam ada benda yang kurang. Ayat aku tak tersusun. Kadang tak fokus.
Aku tak nafi, aku dah jarang membaca. Aku hanya membaca bila aku terpaksa. Contoh macam bila aku stuck nak kod guna Python, aku akan google, dan barulah aku betul2 membaca.
Satu lagi masalah aku bila menulis adalah bahasa. For some reason, aku macam sukar nak terjemah benda dalam kepala aku dalam bentuk ayat. Kalau aku dapat terjemah pun, ianya dalam Inggeris.
Bukan, aku tak pandai sangat Inggeris pun. Sebab aku jarang membaca, dan bila baca pun, aku baca dalam bahasa Inggeris. Jadi bila aku dalam proses berfikir, kepala aku hanya proses dalam bahasa Inggeris. Which is annoying.
Walaupun begitu, bila bercakap, aku jarang guna bahasa Inggeris. Aku tak petah berkata. Bercakap... aku memang tak pandai. Aku hanya bercakap bila perlu. Aku rasa benda2 ni dah macam disorder. Sebab kalau nak dibilang, aku lebih banyak menaip dari bercakap setiap hari.
This is not fine and I know it. Perhaps, aku perlu selalu menulis untuk biasakan diri dengan perkataan dan ayat.
Dan sebab tu tak menulis lagi di sini. Menulis di sini adalah sukar bagi aku sekarang. Hidup aku sibuk setiap hari dengan kedai, programming dan game. Aku nak buat 3 benda ni jadi yang lain aku terpaksa tinggalkan.
Aku menulis hari ni hanya sebab aku fikir, aku perlu menulis di sini. Aku tak tahu bila aku next penulisan aku. Aku harap aku selama2nya tidak berhenti menulis di sini.
Monday, February 4, 2019
Shopee python
Aku tak boleh tidur. Teringat kod aku aku tulis petang tadi. Aku nak cepat update stok. Cara lama:
Aku update kat spreadsheet aku, then spreadsheet aku convert ikut format Shopee. Then gi kat website shopee n upload. Lambat.
Aku xde ilmu pasai API lagi. Aku tahu kalau aku faham macam mana nak guna API Shopee. Update stok tak lagi sukar. 1 klik semua settle background. Tapi buat masa ni, aku pakai apa aku tahu dulu.
Template list inventory shopee ada 2 jenis. Satu yang besar, satu yang kecil. Sejak shopee kenalkan yang kecil ni, aku tak guna yang besar. But... dalam kes aku sekarang, aku rasa aku kena guna yang besar semula.
1 barang ada 4 ke 6 varian. So, kalau guna list kecil, dia akan susun list barang aku ikut varian. Kalau guna list besar, dia susun ikut barang. Which is nice kalau aku nak cross check sebelum n selepas aku update stok di spreadsheet.
Perihal spreadsheet aku pula, aku perlu buat worksheet baru, paste template list besar, kod di spreadsheet supaya yang ad keluar di list hanya barang nak update sahaja, dan update kod python aku supaya dia baca worksheet ni utk update stok.
For some reason, aku tak boleh upload spreadsheet aku di shopee menggunakan selenium. Aku rasa aku boleh buat shortcut url di dalam harddisk aku, dan biar python startfile(). Aku rasa la...
Hm... so.
1. Adjust spreadsheet stok aku utk sebelum dan selepas ambil stok.
2. Adakan worksheet baru utk list besar shopee.
3. Buat shortcut url utk upload list stok.
4. Tulis kod python.
So untuk kod python
1. Baca worksheet baru,
2. Buka link dari shortcut.
3. Copy list stok baru ke list selepas update stok dalam main worksheet.
4. End
So basically, bila aku nak update stok, aku akan buka spreadsheet aku dan update stok. Selesai, save n close. Then on kod python aku. Bila kod aku buka shortcut, aku upload list manual. Selesai.
Aku tak perlu lagi copy paste just nak sesuaikan dengan template shopee. Coz ni sebenarnya yang makan masa. Of coz xde la berjam2 but quite anoying especially aku tahu ada cara yang boleh aku automatikkan.
Buat benda sama bosan.
Tgk sok macam mana.
Python untuk esok
Baru2 ni aku belajar programming guna python. Memang fun memandangkan aku ada banyak kerja menggunakan komputer dan kerjanya boleh diautomasikan.
So far dh 3 minggu aku belajar, ad 3 kod aku tulis. Update stok kat website, manipulasi inventory list kedai aku, dan gali maklumat dari website utk tujuan dropshipper.
Kerja yang berjam2 dulu, sekarang aku siapkan hanya 1 klik. So, thats why aku sekarang agak taksub nak menulis kod.
Teringat cerita the social network. Ad scene mula tunjuk Mark hacking sambil tulis blog. So far aku buat catatan aku dalam kod yang aku tulis utk rujukan masa depan. Tapi malam ni aku teringat aku ada blog. So, kita tengok camne.