Beli rendah, jual tinggi.
Asas kepada trader. Sejak aku part-time menjadi seorang trader, benda ni selalu bermain-main dalam di kepala aku. Bila melihat graf-graf lilin ni mengingatkan aku tentang semua trader yang ada dalam dunia ni. Tentang mereka, yang berfikiran sama... beli pada harga rendah, dan jual pada harga tinggi.
Bila aku melihat kepada graf-graf lilin itu, membuat support dan resistant line, tengok pada pivot line, melihat moving average dan sebagainya. Aku sering bertanya kepada mereka, semua trader... What's next? Buy or sell?
Kenapa kau tanya, kerana aku yakin, apa yang aku lihat dan buat, mereka juga buat... kerana dalam asas kemahiran analisis teknikal dalam forex, mereka menggunakan medium yang sama yang aku gunakan.
Dan jika aku rugi, maka aku fikir yang keputusan jual beli itu tidak dipersetujui oleh semua trader. Dan fenomena ini dipanggil
Self-fulfilling prophecy...
Trader macam aku ni umpama semut. Ambil untung kecil je dan masih hidup dalam dunia forex ni. Jumlah dagangan harian forex pun dah melebihi USD2.5 trillion sehari. Aku fikir kalau aku mampu dapat USD1000 sehari pun tak luak rasanya. Belum lagi... tu target je...
Semut macam aku, kalau nak makan, aku perlu kerjasama dari semut lain. Dan itu datangnya pengetahuan asas dalam memahami graf-graf lilin tu. Jika aku lukis satu garisan support pada graf, aku harus melukisnya dengan betul seperti orang lain melukis kerana matlamat kami sama, beli rendah jual tinggi. Keputusan jual beli dibuat bila analisis seperti ini siap dilakukan.
Kerjasama, disebabkan aku semut, aku harus ikut apa orang besar main kat atas. Jika dia jual, aku akan ikut jual, begitu sebaliknya. Dan ini hanya mampu dilakukan hanya bila kami memikirkan benda yang sama, faham benda yang sama dan buat benda yang sama.
Melakukan, seperti mereka yang kaya lakukan, baru kau boleh kaya. Buat seperti mereka buat, fikir seperti mereka fikir.
Aku banyak habiskan masa, cuba memahami fikiran mereka. Trader yang berjaya. Dan sekarang aku boleh senyum, kerana aku terlalu hampir dengan pemikiran mereka.
Hm... aku cuba nak olah tentang Self-fulfilling prophecy... tapi aku fikir macam aku sedang mengarut. Huhu... Kau orang leh gi sini untuk maklumat lanjut...
http://en.wikipedia.org/wiki/Self-fulfilling_prophecy
http://blogs.fxstreet.com/fxpath/2008/09/24/the-self-fulfilling-prophecy/
http://www.tradingmarkets.com/.site/forex/how_to/articles/-75248.cfm
http://www.investopedia.com/ask/answers/05/selffulfillingprophecy.asp?viewed=1
http://www.ikofxmalay.com/forum/showthread.php?t=40
http://forums.babypips.com/newbie-island/18601-mass-psychology-self-fulfilling-prophecies.html
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=92897
Terima kasih kepada lukpayat yang memperkenalkan kat aku fenomena Self-fulfilling prophecy. Kerana dari situ aku sedar aku tak keseorangan... huhu...
Selamat...