Followers

Gamers

Tuesday, September 25, 2012

Copy and paste

Aku ada ramai kenalan trader FX di Facebook. Ya, aku kenal di FB sahaja. Ada diantara mereka adalah orang yang aku selalu borak, ada yang tidak.

Antara hobi aku dan mereka ini adalah post SS dan komen (bincang). Kejap, SS stand for what eh? $$ ke? atau slideshow mungkin. Aku hanya tahu chart yang dorang tepek tu dorang panggil SS. Entah...? Kita newbies mana tau apa-apa... kita follow je.

Halnya apabila menepek SS ni, orang akan ikut. Contoh kalau seorang sifu FX ni tepek SS kata buy, maka semua ikut buy? Sifu ma... kalau dia buat sesuatu kita mesti ikut. Kan pembelajaran itu adalah meniru orang lain.



Cuma masalahnya di sini SS yang ditepek itu selalunya lewat. Contoh kalau seorang baru nak naik Sifu tepek SS kata Buy, tapi orang tidak boleh ikut, sebab dah 2 jam macam tu baru la dorang nak tepek. Dalam FX, sesaat pun berharga. Kalau kata tunggu sampai pukul 3, jangan ngada-ngada nak masuk kul 2:59:59. Tapi aku percaya ramai je buat.

Jadi, apa halnya kalau lewat pun. Orang akan tanya, kalau dah lewat kenapa tepek. Saje tunjuk pro. Poyo... Haha... Biasanya newbie cepat marah cuma dalam hati je la. Sebab kebanyakkan trader yang hebat, mereka diam dan senyap bila trading. Sebab tu lambat tepek SS.

Aku faham kenapa boleh jadi orang yang hebat ni lambat tepek SS. Tentunya, mereka menjaga nama baik mereka. Karang kalau salah tepek nanti jadi masalah mencemar nama baik mereka selaku sifu. Kita manusia senang pandang buruk dari baik. Itu realiti.

Antara perkara yang buat mereka lambat tepek, adalah kerana ianya membebankan. FX bukan sesuatu yang ko ramal mesti jadi. Ada masa ianya akan gagal. Ramai orang tak faham dan cuba seumur hidup mereka mencari cara-tak-kan-rugi dalam dunia FX. Ketahuilah, takde. Aku tak jumpa. Dan menjadi sesuatu beban bila ko tepek SS, orang ramai ikut sebab percayakan ko dan alih alih rugi.

Dulu, aku juga rajin tepek SS tapi kat blog aku yang satu lagi. Konon-konon nak buat signal live. Akhirnya aku tinggalkan. Tekanan. Kalau menjadi kembang sekejap. Kalau tak mau seminggu aku duduk tepi bilik, meratap kerugian kau dan aku. Kita manusia jujur dalam hati. Sebab itu rasa bersalah itu ada.



Aku ingat ada seorang sifu FX ni pernah kata. "Bila sedang trade... DIAM..." Ya, dia kata betul. Bila aku trade, aku mendiamkan diri. Tak cakap kat sapa-sapa aku trade apa. Tak cakap kenapa aku trade kat sapa-sapa. Sebab mental aku bukan kuat mana. Kalau rugi seorang diri pun kadang tak terbawak, inikan pulak terfikirkan trade orang lain.

Dan sebab itu, amat ramai antara kita adalah silent trader. Senyap je. Untung senyap, rugi pun senyap. Kerana mereka tidak mahu dibebani. Bukan sombong. Bukan kedekut. Aku perasan bila kita senyap, kita lebih fokus, terutama bila kita tidak dibebani. Senang nak buat keputusan buy atau sell.

Lain kalau sifu. Mereka perlu tepek SS, harus biasa dibebani. Kerana mereka mengajar, orang mengikut. Kalau sifu pun berdiam, peh... kita nak trade macam mana. Itu peranan mereka. Peranan kita hanya diam dan belajar dari mereka. Ada soalan tanya. Dan rajin buat kajian sendiri. Inshallah berhasil.



Aku diantara mereka yang berdiam aku fikir. Sekarang untung tak kemana, rugi berbakul-bakul. Itu tidak baik. Aku sedang cuba memperhebatkan diri. Sukar nak putus asa. Sukar sangat. Umur dah lanjut, dengan kemahiran yang aku ada sekarang rugi rasanya aku putus asa.

Ok la. Aku nak out. Aku tak kaya. Aku takde apa-apa. Aku hanya ada kudrat dan kemahiran. Dan aku berharap aku akan ada apa-apa. Aku ucap selamat...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...