Followers

Gamers

Tuesday, May 6, 2014

Kelak aku adalah Raja dalam dunia...

Aku ada kat Selangor sekarang sejak Khamis lepas. Jadi kepada admirer dan stalker aku yang kat Melaka lagi. Balik!

Duduk kat Melaka sebulan bertemankan laptop lembap, internet laju tapi sangkut dan astro-siaran-ulangan buat fikiran aku slow sikit. Aku berhenti berfikir dan ikut sahaja apa yang berlaku disekeliling aku. Dan itu tidak baik.

2 minggu sebelum aku balik Selangor, aku buka kembali Metatrader (MT4), platform yang aku guna untuk trading. Memandangkan MT4 tak memerlukan internet super pantas untuk sekadar memerhati, aku perabihkan masa membelek-belek chart. Mana tahu jumpa lubuk.

Cara minda berfungsi amat menarik bagi aku. Beri apa jua keadaan, minda akan beri kita pilihan berpandukan pengalaman dan ilmu yang ada pada kita. Dan bagaimana minda aku berfungsi. Hm... btw, ini bukan post ilmiah...

Aku suka pandang chart meskipun berkali-kali dihentam dengan kerugian dalam trading. Tapi aku tak jemu pandang chart. Sebab hanya memandang chart, fikiran aku ligat bekerja. Kalau orang tanya, kenapa walau ligat bekerja, akhirnya aku tetap kalah. Hm...

Sebab aku manusia...

Aku rugi besar dua kali dalam hidup aku. Perasaannya... sama seperti perasaan aku ketika aku dan Si Dia berpisah kali terakhir. Terlalu dalam sehingga tak ada satu unit keringat atau kenangan mampu aku buang berkenaan tentang Si Dia, ataupun kerugian yang aku alami.

Masalah menjadi manusia adalah kita lemah. Kuasa kita terhad. Orang tua selalu kata, kita hanya mampu merancang, Allah menentukan. Dan walaubagaimana rancangan aku untuk bersama Si Dia, dan juga sistem yang aku guna untuk trading, itu hanya rancangan. Berpisah dan kerugian itu Allah yang tentukan.

Tapi aku tak salahkan Allah. Allah beri aku banyak benda yang tak mungkin dapat aku balas kasih sayang-Nya pada aku. Yang salahnya aku, kerana merancang, dan selalunya ada yang tertinggal dalam rancangan aku.

Dan sekarang, aku masih merancang sekali lagi. Melihat mana-mana kelemahan yang patut aku jadikan kelebihan dalam hidup aku. Hidup perlu seimbang. Terlalu kuat, atau terlalu lemah pun tak boleh.

Dan sekarang, aku di Selangor. Duduk di depan pc, tempat paling selesa bagi aku dalam dunia ni. Menulis sambil hirup secawan kopi. Duduk di Melaka jauh dari pc aku buat kepala kosong dan lapang. Dan sedikit sebanyak buat aku jadi 'wise'. Buat aku jadi nampak...

Adakah selepas ini aku akan berjaya. Aku yakin ya. Adakah akan berjaya selamanya. Tidak. Setiap raja pasti akan jatuh dari takhtanya. Dan begitu juga aku suatu hari nanti.

Dikesempatan ini, aku ucapkan Takziah kepada keluarga Si Dia atas pemergiaan salah seorang ahli keluarganya. Al Fatihah...

Dan aku gembira bila Si Dia kata rindukan aku. Ia perasaan yang senang bila tahu ada orang masih ingat, masih rindu pada aku. Huhu... Aku cuba hidup dalam dunia yang aku sendiri tidak sepenuhnya faham. Aku buat terdaya aku. Kelak, aku harap aku mampu jadi raja dalam dunia yang cuba aku tempuh ini.

Dan kerana itu, perasaan seperti ini, bila dapat, ianya adalah sesuatu yang paling aku hargai....

Aku ucap selamat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...