Serabut.
Baru-baru ini aku sangat gembira bila aku jumpa cara masuk market yang aku rasa selesa nak ikut. Masalahnya, adalah cara nak keluar dari order yang aku telah buat. Terlalu banyak pilihan.
Ambil contoh di atas. Ikut cara aku, aku akan masuk order tepat pada persilangan 2 garisan ini. Order Sell. Persoalannya bila nak keluar. Hm...
Sebelum aku meracau jauh, ada beberapa kriteria yang aku tetapkan sebelum aku buat keputusan kaedah yang mana yang terbaik untuk keluar market.
Cut the loss, let the profit run.
Yang lama trading mesti selalu dengan benda ni. Kalau rasa tak boleh belah, tak perlu tunggu SL dan terus tutup order, ambil rugi awal!? dan, tak guna TP bagi membolehkan keuntungan itu berterusan. Ramai suggest aku guna trailing stop... hm...
Bila aku terfikir rule untuk keluar, aku sentiasa pegang benda ni. Susah sebenarnya. Stay terlalu lama dalam market sebenarnya tak elok; well, sebenar bergantung dengan kaedah kau guna. Kalau kau scalping tentu sekali kau nak keluar secepat mungkin. Kalau kau swing sekalipun, kalau rule keluar kau kata keluar, kau tak lengah kan.
Hard SL mesti ada. Maksud aku apa sahaja trade kau buat jangan ada open SL atau mental SL. Serius, kalau market berpaling, mental kau mesti break tak kira pro macam mana kau sekalipun. Aku masih mengkali walaupun kriteria kedua aku agak konflik dengan hard SL ni.
Tiada angka tetap.
Kriteria ke dua ini aku buat bagi membolehkan kaedah keluar market aku lebih fleksible. Sebab jarak setiap pair amat berlainan. AudUsd semalam hanya 58 pip manakala EurJpy 76 pip. Kalau aku tetapkan TP yang tetap, atau SL yang tetap bagi setiap 16!? pair yang aku mampu trade, sampai mati pun aku takkan dapat TP dan SL yang lengkap setiap hari.
Kaedah yang aku selalu dengar orang guna adalah meletakkan SL pada SR line. Tetapi aku mencari sesuatu yang lebih matematik, orang kata trading ini sebenarnya refleks pada diri sendiri, dan aku ada banyak pengalaman buruk dengan SR line.
Jangan salah faham, SR line adalah teknik tertua trading dunia dan masih digunakan sehingga hari ini. Cuma ianya tak sesuai dengan aku.
Hard SL macam manapun mesti ada. Dan biasanya aku akan guna angka tetap. Hanya ini sahaja aku beri pengecualian memandangkan ianya sangat penting untuk disingkirkan. Tapi macam aku kata, aku still kaji lagi.
---
Korang main Eve Online!? Saje tanya. Sambil baca ni boleh buka lagu di bawah. Kinda refreshing bila berfikir sambil ulang-main lagu ni. Enjoy...
---
Aku terfikir untuk guna Stoch (14,3,3) untuk keluar dari market. Mulanya aku fikir, kalau aku sell, then aku tunggu stoch cecah 80 dan set TP pada lowest dari tempat aku masuk sehingga harga sekarang. Kalau kena TP, alhamdulillah. Tetapi kalau dia stoch turun kurang dari 80 dan naik semula ke 80, aku terus tutup.
Hasilnya tak memberangsangkan. tentu sekali kalau aku trade min 6 pair, last sekali aku still untung walaupun ada pair yang drag profit aku. Buat aku terfikir oh... aku boleh baiki dari sini.
Aku cuba bermain dengan stoch sahaja memandangkan aku tak mahu fikiran aku terlalu liar berfikir teknik lain dalam 2-3 hari ni. Dan still jangan buntu.
Mungkin kerana aku terlalu perfectionist. Aku patut loose sikit. Hurm...
Kita tengok kalau aku boleh crack benda ni sebelum Isnin ni. Aku yakin... kalau aku boleh crack ni, then takde benda boleh halang aku dari menghijau... Thee hehe...
Aku ucap selamat. Dan aku minta maaf kalau post ni macam kelam kabut atau tak berinfomasi. Banyak benda dah jadi dalam hidup aku, buat aku jadi berhati-hati bila berkongsi maklumat terutama berkaitan trading.
Musuh ada di mana-mana... Shhh...