Aku ambil masa yang lama untuk hadam realiti yang menimpa aku baru-baru ini. Banyak post telah aku tulis, tidak aku publish, cuba melahirkan rasa sedih dan segala rasa negatif dalam diri. Walaubagaimanapun, bagi aku adalah satu benda yang penting bila seseorang memperoleh kemenangan, kita ucapkan tahniah atau sewaktu dengannya...
Si Dia akan berkahwin. Aku hanya mahu ucap tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada Si Dia...
Apa yang aku rasa...?
Ini bukan kali pertama rasa sedih seperti ini terjadi kepada aku. Tapi aku masih hidup, masih mampu laluinya. Pada hari aku tahu berita ini, aku tinggalkan kerja dan game aku, pergi ke pantai, merasa angin luar yang amat jarang aku beri peluang kepada diri aku sendiri untuk merasakannya.
Aku pandang jauh ke ufuk, tidak berfikir apa. Aku lihat ada orang lain juga seperti aku, seorang diri merenung jauh ke hujung dunia. Kadang menggaru kepala seperti berfikir sesuatu yang berat. Realitinya ada di sini bak kata Zizan.
Sedih ada, tapi bukan itu yang jadi penyebab aku tinggalkan kerja aku. Ia hanya kerana aku merasa kosong tiba-tiba. Berasa tiada apa lagi untuk aku di dunia ini untuk aku kejar. Aku kembali pandang jauh ke ufuk, tidak berfikir apa dan hanya merasa nikmatnya angin laut merempuh tubuh lemah aku.
Tak lama aku ke pantai, aku balik duduk kembali depan PC. Tidak aku buka MT4 atau Excel. Tetapi game hanya cuba untuk membunuh kekosongan ini. Aku tidak ceritakan pada sesiapa tentang benda ini, bila chat bersama kawan di dalam game aku, aku hanya jadi seperti aku biasa. Tidak tunjuk kelemahan pada sesiapa.
Dan aku terus membunuh dan membunuh... tapi kekosongan itu terus ada.
Aku ambil masa 3 hari aku fikir dan kemudian aku buka MT4 dan Excel, cuba kaut kembali apa yang tertinggal sejak aku tinggalkan 3 hari lepas. Apa aku boleh buat bila rasa kekosongan ini terlalu kuat untuk aku tempuh.
Trader banyak kerja sebenarnya. Aku jarang tidur lena. Dan bila aku terlalu penat, aku akan tidur setidur-tidurnya. Aku lihat market, aku kaji pergerakkannya. Adakan peraturan untuk masuk, ujinya sehingga takat maksimanya. Dan adakan peraturan untuk keluar. Dan aku buat ini setiap hari.
Matlamat aku untuk mencari sistem yang aku mampu guna untuk semua jenis market aku mampu aku jumpa. Jika orang tanya apa aku buat hari-hari, hanya ini. Setiap hari adalah sama. Isnin sehingga Ahad. Sama...
Dan tidak aku mengadu pada sesiapa kerana aku tidak merasa bosan melakukannya. Tiada apa perlu diadukan.
Sekarang aku ok aku fikir. Aku tidak marah, tidak lagi sedih, tidak kecewa. Aku hanya merasa kosong dalam diri. Tidak aku panik bila market berpaling kepada aku. Tidak juga aku gembira bila akaun aku mula menghijau.
Aku buat dan biarkan minda aku kosong. Menerima apa sahaja market beri pada aku. Aku kejar sesuatu yang aku tak pernah mahu untuk miliki. Dan bila orang ambil dari aku. Aku hilang sesuatu yang aku kejar.
Dan sekarang, aku tak tahu. Apa yang tinggal hanya kerja dan game aku. Aku lihat meja aku penuh dengan catatan. Lihat monitor aku gelap, hanya ada lilin-lilin market. Aku hidu baru kafein memenuhi bilik aku. Aku dengar kuat lagu-lagu kesukaan aku.
Dan aku rasa kosong... dalam hati aku.
Aku patut keluar aku fikir. Cuba jadi manusia jauh dari skrin komputer. Bergaul, mencari cinta baru barangkali, atau sesuatu yang aku boleh kejar. Duit tak pernah jadi pemangkin untuk aku bergerak. Hanya keseronokan atau proses mencarinya yang jadi kegilaan pada aku.
Hurm... buat masa sekarang, aku hanya mahu teruskan dengan apa yang aku sedang lakukan. Dan hanya tunggu dan lihat apa plan Allah untuk aku di dunia ini.
Mungkin ini post terakhir berkaitan dengan Si Dia. Next, aku tak tahu apa cerita yang bakal aku ceritakan di sini. Umum diketahui blog ini hanya tempat aku luahkan emosi aku. Dan Si Dia adalah 'emosi' yang terakhir ada pada aku.
Market mula berbaik dengan aku. Menunjukkan prestasi yang aku impikan. Mungkin ini yang bakal aku ceritakan kelak, menjadi post 'Rasional' dalam blog ini.
Aku ucap selamat... untuk Si Dia bersama pasangannya dan kalian si pembaca... Aku takkan tinggalkan blog ini. Hm.. mungkin aku patut tulis novel ke apa untuk isi kekosongan dan poket aku. kan? huhu...