Followers

Gamers

Sunday, August 16, 2009

Surat penuh nombor-nombor...

Zaman dah berubah.

Masa mula-mula peradaban manusia. Kita hanya tinggal di gua. Nak makan, kita pergi berburu, kita pergi mengutip buah-buahan dan sayur-sayuran.

Namun bila sudah mula ramai orang, kita dikenalkan dengan sistem barter. Kau mahu ikan, aku ada, berikan aku 2 kati garam. Dan semua orang mula pandai menawar. Kita mula hidup harmoni, tidak terperuk di rumah. Kerana pada masa itu, jika hanya duduk di rumah, kau takkan dapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga.

Sejajar dengan kemajuan dalam pemikiran manusia. Kita mula bergantung kepada tenaga elektrik. Satu jenis tenaga yang bakal mengerakkan semua. Manusia mulai bergerak pantas ketika ini. dan ketika itu juga, sistem barter tidak digunakan lagi. Ia diganti dengan wang kertas, dengan syiling, dengan emas.

Dan ketika inilah timbul bil, cukai dan hutang. Dahulunya hidup kita hanya di gua. Tidak pula kisah tentang bil, tentang cukai, dan sedikit tidak kisah tentang hutang. Dan zaman dengan cepatnya berubah lagi.

Dahulu hanya bil air dan elektrik. Sekarang sudah ada bil telefon, bil astro, dan lain-lain bil yang tak keluar dari kepala aku. Tak kurang juga surat-surat dari Majlis Pembandaran, pemungut cukai dan lain-lain.

Masa depan, aku tak tahu. Zaman dah berubah. Cara duit bergerak juga berubah. Alirannya juga makin membesar. Sedar tak sedar, kita sudah terperangkap dengan gerakan wang. Dan kau masih berani cakap wang tidak penting...

Cukup-cukuplah baca aku merepek, kau fikir la masa depan kau bagaimana kerana aku sedang fikir bagaimana masa depan aku kelak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...