Tekanan dalam kepala = (Duit yang bakal keluar) X (barang yang akan rosak)
Kalau dapat rumus macam ni, biasanya akhir sekali dalam laporan makmal akan kata, kesimpulannya, semakin banyak duit, semakin barang yang akan rosak, semakin tekanan lah dalam kepala. Yup, kelas sains masa sekolah dulu kan...? Ingat pun.
Bila aku dapat duit hm... duit terpijak orang tua kata, mesti ada satu barang aku rosak. Kalau kau nak senarai aku boleh bagi.
- Keta aku dok bunyi tong tong kat belakang. Aku syak arm dia dah sampai masa. Mau kena ratus aku karang.
- Kad grafik komputer aku yang dah pencen. Macam haram. Sekarang pun guna motherboard punya slot grafik.
- Tadi baru terbakar wayar power supply. Nasib kena Rm 8 je. Macam haram.
- Dualshock ps2 aku cam dah lalok je... hurm...
- perut lapar (err... boleh ke masuk senarai ni...)
Dan semuanya datang dengan satu jenis keadaan. Bila aku sedang berduit. Aku dapat rasakan ianya adalah faktor genetik. Sebab ayah aku pun ada penyakit yang sama. Macam haram.
Menung-menung macam ni buat aku terfikir apa aku patut buat supaya aku dapat mengurangkan 'nilai tekanan dalam kepala'. Kalau di lihat rumus di atas, aku kena kurangkan barang yang akan rosak(BR) atau duit yang bakal keluar(DK).
Jika aku andaikan nilai DK adalah malar, maka aku kena kurangkan BR dengan cara
- Membeli barang yang berkualiti tinggi (ada waranti dan yang boleh refund)
- Kurang membeli barang (dah asyik rosak je buat apa beli)
- Belajar cara nak baiki barang (err...)
- Pape nak tambah sila komen...
- Bagi pinjam duit kat orang (dengan harapan dia bayar balik kemudian)
- Buat simpan mati (jadi takde dalam sel-sel otak aku fikir yang aku ada duit yang boleh keluar)
- Makan sebanyak mungkin (labur kat perut aku lagi best)
- Pape nak tambah sila komen...
Punya duit yang bakal dihabiskan untuk benda yang sedia ada. Aku terima nasib aku...
Dan kau... faham ke apa aku membebel hari ini...