Followers

Gamers

Tuesday, November 10, 2009

Mengelabah punca bangang...!

Lama tak menaip, aku fikir aku patut ceritakan sesuatu agar kau orang tak pergi tinggalkan aku.

Aku mudah moody dan punya tempoh moody yang panjang. Dan itu aku fikir yang buat aku kadang mengelabah semacam.

Tak faham takpe...

Malam semalam aku tak dapat tidur kerana 2 perkara. Kereta aku rosak dan aku gagal satu paper. Kereta yang rosak mampu efek masa kini dan seterusnya. Paper yang gagal akan efek masa depan aku. Kau boleh perasaan tu kan... Boleh kau tidur semalam?

Jadi pagi ini aku nekad untuk menyelesaian 2 masalah ini. Pagi lagi aku bangun bersiap, wangi dan smart untuk jumpa pensyarah yang menggagalkan aku. Aku tak rasa kegagalan itu datang dari aku, mesti ada silap di mana-mana dan silap itu fokus aku pagi ini.

Sampai depan bilik pensyarah, haram dia takde. Tak tensen, ambil no telefon dia, dan buat morning call...

Aku : Salam, room service... eh... Prof ke...?
Prof : Ya saya...
Aku : Boleh saya jumpa Prof hari ini?
Prof : Hm... sebab apa?

Masa ni mata aku melinau memandang senarai markah yang ditampal di hadapan bilik dia. Aku nampak hanya aku seorang yang gagal. Melihat sikap pemalas aku yang kian pulih (hehe...), aku fikir separa logik untuk aku gagal paper ni.

Eh!

Aku : Untuk bincang markah saya. Tapi... saya perasan prof macam silap kira markah saya. Markah untuk projek berkumpulan.
Prof : Berapa markah kamu dan kawan kamu.
Aku : Saya dapat 2.98, dia dapat 22.98.
Prof : Hm... Oh... betul... nanti saya betulkan...
Aku : ...Terima kasih...

Aku tiba-tiba rasa bodoh sebab tak tidur malam tadi hanya kerana terfikir benda alah ni... Dalam masa yang sama aku sedang cuba sedaya upaya untuk tak menyimbah minyak tanah kat bilik dia. Macam haram...

Settle...

Kereta pulak. Aku pecut ala 50 km/j untuk sampai ke bengkel. Bunyi dong dong kian kuat kat belakang kereta aku tak hirau. Sabar... jap lagi ni pulak settle...

Sampai bengkel, bro mekanik tu senyum.

"Apa citer..."

"Kereta main gong kat belakang... Bro bagi penampar angin tengok mana jauh dia leh gi..."

"jap..."

Dia jek kereta aku angkat tinggi, tengok pe yang tak best. Bagi pusing-pusing tayar belakang aku.

"Hari tu hantar bengkel, katanya brek belakang masalah, tak pun arm belakang..."

"Hm... Ni bunyi ni... Skru longgar ni..."

Eh!

Selesai dia ketatkan bolt tayar tu, aku test drive, haram... tak bunyi dah... Aku rasa amat bangang sekali kerana telah tensen sebab benda alah ni. Budak pun leh tolong aku ketatkan tayar aku ni, aku siap nak gi bengkel tuk ketatkan.

Aku ucap terima kasih kat bro tu, dan dia balas dengan senyuman sinis. Aku hanya membalas dengan senyuman bangang. Ya, bangang sungguh aku hari ini...

Sekarang, aku duk menung, memikirkan pe yang berlaku kat aku pagi ni.

Moral:
Jangan mengelabah, cek dulu pe patut baru mengelabah...

Hujan... aku nak tdo... selamat kau orang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...