Followers

Gamers

Sunday, November 29, 2009

Aku tak boleh tidur lalu buka facebook. Melihat foto-foto kawan-kawan lama dan kawan-kawan baru. Hidupkah korang dengan baik. Aku harap, kau dapat hidup dengan baik.

Melihat ada dikalangan mereka letak gambar ketika keluar bergembira, bekerja atau ketika berseorangan di rumah, membuat aku terfikir, aku mungkin telah membuat kesalahan yang agak besar dalam hidup aku sepanjang hampir 5 tahun ni.

Aku teringat akan seseorang, ketika di sekolah dahulu berkata yang dia mahu menjadi lebih baik dari aku. Aku ingat lagi dia pernah mencuba untuk men'rekruit' adik aku untuk bersama-sama menjadi lebih baik dari aku.

Dan aku lihat dia sekarang, tag nama berserta tali di leher dan pastinya itu menjadikan dia sudah mula mempunyai kemampuan untuk menerima wang dari hasil kerjanya. Paycheck.

Aku yakin, dia sudah bekerja. Punya rutin dan hidup seperti seorang pekerja yang baik, beretika dan bermoral. Tidak seperti aku sekarang yang terumbang ambing, dia pasti punya hidup yang steady, yang baik untuk dia dan keluarganya.

Barangkali punya kereta sendiri. Dan sedang memikirkan untuk memiliki sebuah rumah... Barangkali sedang merangka pelan untuk perkahwinannya kelak.

Teringat aku lagi hampir 3 tahun lepas, ketika aku menyatakan impian untuk punya orang kata bisnes sendiri. Dia melihat aku dengan wajah yang risau, barangkali takut dan kemudian berkata... "Jangan..." Memberi seribu satu cerita kegagalan orang lain ketika menempuh dunia perniagaan.

Aku tidak salahkan dia, kerana aku sekarang juga dalam mood gagal, dan itu adalah sesuatu tidak sedap untuk di rasai.

Sekarang, kami tidak bersama lagi, aku lihat dia dengan hidupnya dari jauh. Timbul rasa cemburu dengan hidupnya. Dan nasib baik, aku mampu tersenyum setelah berfikir dalam...

Impian aku benar, jalan yang aku pilih sekarang benar. Walau tiada seorang pun percaya yang jalan aku pilih ini adalah benar, aku masih punya diri aku yang percaya, apa yang aku usahakan sekarang adalah benar belaka.

Senyuman aku bertukar sinis ketika memandang fotonya sekarang. Mengingatkan perkataan yang pernah aku sebutkan kepada adikku.

"Dia takkan mampu melawan aku, tidak dalam seribu tahun sekalipun..."

Keyakinan ketika itu masih ada di dalam diri aku. Melihat dia, melihat yang lain-lain... aku fikir sepatutnya dah sampai masa untuk aku... apa orang putih kata...

"Mind my own business..."

Aku ucap selamat... untuk kau, untuk dia dan untuk semuanya... selamat....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...