Hm... entri kali ni hanya untuk peringatan kepada aku. Aku hanya nak beritahu yang aku akan berundur sementara dari Forex. Baru-baru ni aku agak tertekan, seperti apa je aku buat mesti ada yang tak kena.
Tapi aku takkan tinggalkan kosong. Macam aku cakap, ini adalah sementara...
Jadi, sebelum betul-betul aku berundur ni, aku nak tinggalkan sesuatu untuk aku di masa hadapan. Aku yang mungkin berpaling melihat forex kembali. Huhu...
---
Salam msuhaimi2007 masa depan. Aku fikir ketika kau membaca ini, bermakna kau sudah bersedia untuk teruskan apa yang kau tinggalkan lama dulu. Kajian kau.
Dalam pc kau, atau peti simpanan online kau terdapat semua fail-fail yang kau pernah gunakan dulu. Tapi apa yang aku nak tekankan di sini, ketika aku tinggalkan semua ni, ada 3 kajian tak habis kau yang aku sekarang fikir ada potensi untuk berjaya.
1) SR Line n CS formation
Asasnya ada pada CSR100. Dan kekalahan kau yang terakhir dan terbesar adalah kerana CS formation. Ingat ni kau akan ingat semua...
2) Pin Bar
Agak kerap aku guna teknik ni. Nampak sahaja pin bar, aku masuk order, SL pada ekor pin bar + 10pips. Kau boleh teruskan teknik ni kalau kau mahu. Cuma sentiasa ingat, pin bar ibarat lampu brek kereta. Lampu menyala, tapi kereta masih lagi ke depan. Masih tak berhenti...
Oh, dan TP kau boleh tarik Fibo pada 50, atau 61.8 camtu... Cuba dulu ya...
3) Big dog breakout.
Ni teknik yang paling terakhir aku guna. Dia ada potensi. Cuma aku masih tak tau bagaimana mahu menggunakannya dengan betul.
Kajian aku terakhir adalah pada waktu yang sesuai untuk letak PO. Aku perasan tak semestinya menggunakan 11:00 GMT hingga 13:00 GMT untuk menentukan high dan low. Ada masa lain yang mungkin lebih profit. Kita hanya perlu cari.
Walaubagaimanapun, aku stuck untuk menentukan TP yang sesuai. Last aku cuba TP10 dan TP15. Memang senang kena namun sukar nak tebus balik kerugian yang dulu. Mungkin kau boleh mula di sini dahulu dalam kajian lanjut kau.
Dan cuba cari pair lain. Aku lihat EU ada potensi.
Oh lagi satu...
- 1st... 8, 10, 12, 13, 14
- 2nd...4, 6, 7, 8, 9,
- 3rd... 22
End of list
Dan tolong... Kalau kali ni kau lebih serius dari aku sekarang, belajar programming MQL4... atau aku yakin masa kau dah pakai MQL5... Serius beri banyak kemudahan untuk kau dalam mem'backtest' segala benda yang kau fikir. Cepat dapat keputusannya.
Dan tolong... jangan terlalu bergantung kepada wooksheet. Worksheet is great. Its the best. Tapi kalau kau terlalu bergantung, kau akan lupa benda lain yang lebih hebat dari worksheet, contoh macam MQL4...
Aku ucap selamat kepada kau. Aku tahu kau sekarang lebih nekad dari aku sekarang, dengan komitmen yang kau ada sekarang. Percaya, semua ni bukan waste. Kita hanya perlu minda yang hebat untuk teruskan permainan ini.
Oh, lupa... semak emel kau bila kau ada masa. Ada hadiah sempena menyambut kepulangan kau dalam dunia forex. Hadiah dari seorang rakan lama... huhu...
Well, aku ucap selamat untuk kau sekali lagi...
---
So, apa aku nak buat sekarang... hm... bercuti mungkin. Aku terlalu lama duduk di bilik. Aku mahu keluar tengok apa dunia dah ubah semenjak aku tak ada...
Aku ok sekarang. Semua dah ok. Tapi aku sangat percaya aku akan kembali... Huhu...
Kali ni aku ucap selamat kepada kau semua...