Well, sekarang apa pulak. Aku nak tulis entri jiwang tapi baru-baru ni aku rasa blog aku ni telah diperhatikan oleh laknat-laknat yang bermulut busuk mengata aku macam-macam dibelakang... Kau memang takde life kan skodeng life aku.
Well, Nina dalam Blogger Boy sebut "skodeng" seksi... Cair...
Anyway, Manusia memang susah tengok orang senang kan?
Sekarang aku secara mentalnya stabil. Ke bukan mental. Bukan-bukan, emosi stabil. Memang betul. Untuk masalah-masalah hati macam ni hanya masa mampu mengubati.
Suatu malam aku keluar, lihat bulan amat terang. Mengingatkan aku tentang Dia. Apa agaknya dia buat sekarang? Sihat? Aku sentiasa fikir dia dulu macam selalu sakit. Perempuan kan.
Bulan dan dia memang aku tak mampu pisahkan. Melihat bulan tak pernah gagal untuk aku melihat dia dalam khayalan aku. Yup, dia selam terlalu dalam di dalam hati aku. Yang kejamnya, dia takkan keluar. Barangkali mati di dalam hati aku. Entah...
Bila fikir balik, aku tak patut salahkan semuanya atas dia. Dia buat aku macam ni kerana mesti ada sebabnya. Aku kenal dia. Dan dia tak pernah sekejam itu.
Dan kalau nak salah, letakkan pada aku. Kerana tidak cukup caring terhadap dia.
So, what's now. Aku tak tahu. Tapi sekarang seperti aku sedang menunggu dia. Tak guna nafi kalau aku tahu aku sedang menjadi sesuatu. Bodoh? kau tak faham perasaan aku macam mana.
Dia perempuan hebat. Aku tahu dia buat ini atas sebab dia terlalu ihsan. Ihsan kepada orang lain, yang dia fikir lebih memerlukan. Mungkin? Kau tanya aku tentang betul ke tidak tindakan dia. Aku hanya boleh kata, dia bukan Tuhan.
Sehebat mana pun dia, dia bukan Tuhan. Still, dalam hati aku aku rasa sedikit lega dia buat aku begini. At least salah aku pada dia tertebus sedikit. At least dia sedarkan aku yang aku betul cintakan dia. At least, dia buat aku sedar sekarang aku perlu get life.
Lambat, betul. Tapi itulah hidup. Kadang kau terpaksa buang beberapa bulan atau tahun untuk sedar akan sesuatu.
Get Life...!
Aku mahu dia bahagia. Pada teman baik aku juga aku ucap kata yang sama. Aku mahu dia gembira.
"Bercinta tak semestinya memiliki..."
Kesian aku. Haha...
Tidak mengapa. Aku ada janji. Janji yang membuatkan aku dan dia takkan jauh. Aku harap aku mampu tunaikan sebelum sampai masanya.
Cheer untuk aku. Aku ucap selamat untuk aku. Get Life... dan terima kasih untuk semua ini.
Kerana sekarang baru saya sedar, kamu bukan calang-calang orang di hati saya...
Terima kasih dan saya ucap selamat...