Blog bersarang. Aku mula fikir aku patut tukar nama blog aku menjadi blog sarang... hah...! ada potensi nama itu. Sok mesti ada dah orang beli domain untuk nama tu.
Aku dapati amat sukar untuk menulis sesuatu yang tiada kaitan dengan emosional. Memandangkan bermulanya karier aku sebagai blogger pun kerana menulis benda-benda yang emosional. Jadi aku buat keputusan untuk menarik semula semua post aku dari blog lama masuk ke blog ini.
Dengan harapan, blog ini tidak bersarang lagi. Ok.. mula entri... huhu...
---
"Itu tandanya kau betul sayang kat dia..."
Itu kata Mel bilamana dia ketahui aku kembali kepada si dia dahulu. Dan malam ni, kata-katanya teriang-iang di telinga aku.
Jam pukul 3 pagi. Aku masih tidak tidur. Baru selesai mesej dengan si dia. Dan ketahuilah, bukan kehendak aku untuk masih berhubung, hanya kerana rasa itu terlalu lama aku pendam. Dan semalam semuanya terluah, dan kembali menjadi penyakit kepada aku. Aku fikir...
Itu emosional. Jangan salahkan aku. Aku cuba sedaya upaya untuk menjauhi dan melupakannya. Aku hanya di usik, dan semuanya datang bertalu tanpa aku sedia menghadapinya.
Namun pagi ini istimewa. Kerana si dia buat aku sedar, aku punya potensi diri yang tinggi. Dan tidak seharusnya kisah silam masih mampu menghantui aku.
Aku sedar, walau betapa dalam cinta dan sayang aku kepada si dia pun, keutamaan itu tidak dapat aku elakkan. Kerana ianya sifat aku...
"Berbuat apa sahaja yang aku sukai dan dirasakan sesuai, tanpa memikirkan yang lain..."
Dan walau sayang dan cinta sekalipun... itu tak mampu mengugat keutamaan itu. Dan seharusnya aku harus menjadi itu.
---
Tak banyak aku mampu bicara. Apa yang mampu dibualkan oleh 2 orang yang pernah bercinta, hanya kenangan lama. Mencari salah dan silap, saling bermaafkan dan jika mampu, ketawa bersama.
Aku harus cepat melupakan si dia. Dan bekerja keras, untuk sesuatu yang aku fikir bakal menyenangkan orang-orang yang patut aku sayang.
Jika kerja keras ini yang membuatkan aku tidak lagi bersama si dia, ada baik aku teruskan. Inilah kesilapan aku yang aku harus teruskan.
"Cinta datang selepas cita-cita..."
Aku pernah kata,
"Saya fikir, semua itu sudah cukup buat saya. Saya mahu hidup dengan perkara baru, dengan orang baru yang mungkin saya jumpa. Agar saya tidak lagi masih duduk, merenung jauh ke belakang..."
Dan tolong... buat aku terus melupakan si dia. Berbulan-bulan aku hidup dalam damai. Jangan fikir untuk datang mencari aku. Aku mahu perkara baru, mahu hidup baru. Mahu kejar sesuatu yang baru. Aku mahu blog ini hidup seperti dahulu, penuh dengan cerita-cerita hidupku yang hebat.
Jangan pernah mahu menjenguk aku sekalipun. Kerana hanya sekali seperti semalam mampu menggoyangkan hati aku. Si dia ada di hati, namun aku yakin ia bukan selamanya. Seperti Cahaya Kemuliaan, seperti Cahaya Pembuka Hatiku.
---
Aku masih mengejar cita-cita aku. Sukar untuk aku berputus asa walau keadaan aku sekarang amatlah sukar. Tapi aku yakin, dengan apa yang aku lihat banyak menyedarkan aku tentang potensi jalan yang aku pilih.
Aku tak mahu emosi lama menganggu. Aku terlalu penat melihat kebelakang. Aku seperti sudah jauh ketinggalan. Aku tak mahu mengejar apa dibelakangku.
"New is always better..."
Aku yakin, sesuatu yang baru di luar sana akan membuat hidup aku lebih baik, lebih hebat.
Resolusi aku pada tahun ini adalah mencari yang baru, menganti terus masa silam aku. Dan berterusan hidup dengan segala ilmu hebat yang mampu aku dapat.
---
Barangkali aku kejam. Tapi aku fikir, semua manusia harus begini. Berdiri dan duduk di tempat sama tidak mendatangkan sebarang hasil yang terbaik. Aku, dan kau harus keluar, bertaburan di muka bumi Allah ini mencari setiap yang kebaikan di dalamnya.
---
Aku pinta kau, si dia... aku mahu keluar... dan jangan datang mencariku semula... Aku ada hidup baru di luar sana. Dan aku yakin, dalam masa terdekat ini aku mampu mencapainya. Pergi terus tinggalkan aku sendiri, seperti dahulu. Aku tidak mahu hati ini sekarang.
---
Aku harap selepas ini, blog ini tidak bersarang lagi. Aku minta maaf... Dan selamat datang ke Rasional & Emosional. Kerana dalam hidup, aku manusia, dan kau manusia. Ada hati dan akal. Dan kita takkan jauh lari dengan rasional dan emosional kita...
Aku ucap selamat....