Followers

Gamers

Friday, June 24, 2011

Luar keras dalam... ada taman.

Sudah beberapa hari aku tidak mesej si dia. Mungkin aku telah menghalau si dia. Mungkin aku terlalu sibuk dengan kerjaku. Tapi yang pasti, sudah beberapa hari aku tidak mesej si dia.

Aku? atau dia yang tidak mesej kepadaku. Hari-hari yang menjadi kebiasaan kini hilang. Aku memandang hp, namun tiada apa. Barangkali benar aku telah menghalau si dia.

Ya, aku tak nafi beberapa hari lepas aku buat entri di mana aku tidak mahu dia ganggu aku lagi. Tapi serius aku katakan ianya bukan sesuatu yang sukar untuk aku lakukan. Dia boleh buang aku, namun bukan daya aku untuk buang dia. Itu aneh, dan aku tahu, itu aku...

Beberapa hari ini aku sunyi. Ada teman aku buang. Harus bagaimana aku mahu teruskan hidup jika aku sendiri membunuh kegembiraan aku. Aku selalu dengar di berita, di kawan-kawan bahawa bermacam-macam pe'el manusia. Namun bila terkena sendiri, aku fikir...

Kita manusia. Tiada yang aneh jika sesuatu itu terjadi kepada kita. Kerana kita manusia. Kita punya daya yang bebas, tiada sekatan. Hanya jika kita lupa, setiap yang kita perbuat punya akibat.

Dalam kepala aku hanya sibuk bekerja. Dalam hati, aku ada taman yang besar tiada berpenghuni. Setiap hari, aku berdoa yang aku mahu ditimpa kerja yang berduyun-duyun banyaknya, agar aku mudah lupa aku punya hati untuknya.

Agar aku tidak menulis tentang emosinal di sini.

Aku tahu akan penjenamaan semula blog ini membolehkan aku menulis tentang emosi aku namun, aku harap aku dapat kurangkan. Ini tidak baik untuk imej aku bukan? Huhu... Terutama kepada kau si mulut busuk!

Kadang aku fikir adakah aku sempat menikmatinya. Menikmati hidup seperti orang lain. Menikmati hidup bersamanya. Adakah aku masih mahu bersama si dia? ...

Di luar aku hanya diam. Mengeraskan diri aku dengan tekanan. Namun di dalam, aku hanya lihat kucing, bunga, pelangi dan matahari. Di dalam... luas... ada taman...

Maaf menulis ini. Aku cuma masih tidak mampu menahan dari diri si dia. Namun ketahuilah, jika aku tidak menulis entri tentang emosional di sini, bermakna aku hidup seperti biasa. Jika tidak, ianya hanya sekadar meluah rasa tekanan dalam hati.

Walau ianya taman, tetap ada tahi kucing, tetap melihat bunga nan layu, tetap hilang pelangi dan tetap panasnya mentari. Dan tetap... marah itu menjadi hakiki.

Aku tidak mahu berterusan begini. Dalam hati aku mahu hp aku berbunyi. Tetapi bukan daya aku kan? Kerana dalam rasional, masih ada banyak benda aku harus lakukan. Aku harap, kerja yang terlalu banyak ini mampu membuatkan aku hilang rasa kepadanya.

Aku harap kau mengerti, sebelum mulut kau yang busuk itu berkata-kata. Aku menulis ini bukan mahu kau mengata. Hanya mahu meluahkan rasa. Dan aku harap, hanya jika aku masih mampu menahan, jagalah diri kau elok-elok, si mulut busuk.

Dan si dia... hurm... aku tak tau.

Aku harap semua disekeliling aku cepat selesai. Kerana aku mahu keluar... mencari hidup... mencari pengganti si dia... mencari bidadari aku. Dan hanya dia, bidadari aku mampu selamatkan aku dari senang/susahnya hidup di taman ini...

Aku harap, aku masih sempat... Aku ucap selamat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...