Dalam nak membangunkan sistem trading, aku sentiasa ada masalah macam mana nak keluar market. Erti kata lain, tutup order.
Banyak kaedah kita boleh guna bila sebut pasal nak keluar market ni. Boleh guna indikator, atau trailing stop, atau nak lebih klasik, guna TP dan SL.
Realiti trading adalah, macam mana kau trade sekalipun, rugi tu pasti ada. Apa yang kau boleh buat adalah mengawal kerugian kau. Tiada yang pasti dalam market. Kalau kau baca yang orang jumpa teknik yang tak pernah kalah, sekalipun kau newbie, kau boleh kata orang tu pemgbohong.
Penipu je semua tu.
Makin kau trade, makin kau nampak realiti market. Market tak kejar SL kau, kau yang bodoh letak dekat sangat. Market bukan taknka kena TP kau, kau sengal letak jauh sangat. Realitinya, market tak heran pun order kau. Dia hanya buat kerja dia.
Dan dia buat dengan keadaan terbaik yang dia selalu buat. Chaotic.
Jadi, aku ada sistem untuk masuk market. Masalah aku sekarang adalah macam mana nak keluar market. Aku cuba cari jalan supaya kaedah aku keluar market lebih fleksible; bermakna aku boleh TPSL aku mengikut market. Kalau market kata 20 pips, then 20 pips la.
Aku percaya, market hanya buat hal sendiri, takde sekilas pun pandang pada kita trader. Apa yang kita perlu buat, ambil apa yang dia bagi. Kalau dia taknak beri, kau tak boleh buat apa-apa. Dia ada di situ untuk memberi, dan mengambil. Be prepared.
Aku juga cuba mencari yang jenis stress free. Dapat yang less stress pun dah ok. Aku tahu, kalau nak stress free, just letak je TPSL atau... tak payah trade langsung. Mana ada keje tak stress ye tak?
Aku guna renko (3), zigzag (default) dan Parabolic SAR (0.1,0.1). Sistem masuk market aku lebih kepada mengikut trend yang ditunjuk oleh renko, bukan candlestick. Tengok trend macam tengok elliot wave jugak, trade masuk pada wave 3 ke 4. Dan aku gunakan Parabolic SAR sebagai petunjuk untuk aku masuk.
Backtest kaedah ni agak sukar memandangkan Zigzag repaint. Tapi tu untuk lain hari punya cerita.
Aku tahu aku perlu keluar market bila sampai 5 kalau ikut Elliot wave. Tapi realiti market tak macam tu. Market tak gerak harmoni macam tu. Buat masa sekarang aku fikir something like letak TPSL dan lupakan. Klasik.
so TP = Range (3) to (4); SL= Price at (4) + 6pips + Spread.
Irod rule dia. TP > SL. RR (Reward to risk) > 1. So, kalau SL besar lagi dari TP, aku tak ambil trade tu. So far backtest dan forward test nampak baik. Cuma kerap jugak market macam spike dan aku terlepas pip besar. Elok dapat 70 pip, last2 dapat 30 pip. Hm... So cara ni tak fleksible, tak mengikut market semasa.
Aku tak expect nak betul-betul close bila aku ada order buy dan sekarang betul-betul kat top. Secara manusianya, adalah mustahil melainkan kau boleh ramal masa depan.
Aku cuba terapkan Parabolic SAR dalam sistem aku untuk keluar market. Perlu ubah sana sini buat aku sakit kepala. Ubah satu benda, backtest, ubah lagi, backtest. Dan ya, aku amat sibuk.
Hm.. tu je kot. Aku tak terfikir nak kongsi sistem aku sebenarnya. Sebab tu aku hanya cerita ringkas. Kalau ada trader baca, aku fikir dorang cepat faham memandangkan takde benda baru dalam sistem ni. 123 masuk. ABC masuk. Terutama kepada Elliot Wave trader. Dorang lagi faham dari apa yang aku faham tentang market.
Dan juga sebab aku tak mahu stress sangat. Aku lihat banyak guru trading sekarang struggle memimpin makhluk yang tak mahu belajar dan hanya nak spoon-feed material. Manusia...
Aku fikir, trading tak susah. Yang menjadikan ianya susah adalah kerana keadaan kita sebagai seorang manusia. Ya, manusia yang gerakkan market. Tapi untuk berjaya dalam trading, menjadi manusia adalah mustahil.
Banyak sabar, perlu pantas, perlu bijak, perlu dan tidak berlebih dalam takut dan tamak. This kind of thing, kita sebagai manusia amat lemah.
Dan sebab tu aku ada rasa hormat yang amat tinggi pada para trader-trader sekalian. Mungkin dari segi kemanusian, mereka ada sikit kurang, I mean, trader buat apa sahaja untuk profit kan? Tapi dari segi psikologi, mengawal diri. Trader memang no 1 terbaik. Aku tak fikir ada kerjaya dalam dunia ni yang mampu setanding trader dari segi mengawal diri, emosi dalam keadaan yang konsisten stress; chaotic. Anything can happen in split of second.
Trader. Profit tak senyum, loss tak marah. I do really have utmost respect to this people. Trader...
Dan ini juga salah satu sebab kenapa aku mahu menjadi salah seorang di antara mereka-mereka.
Huhu... membebel...
Anyway, fokus aku hanya mahu mudahkan cara. Aku percaya setiap benda sentiasa ada cara nak mudahkan kerja. Even teori relativiti Albert Einstein yang susah nak terangkan pun last sekali jadi E=MC2, inikan pulak benda-benda yang kita buat hari-hari.
Huhu...
Aku ucap selamat dan para trader sekalian, semoga menghijau. Btw, maaf kalau post ni membosankan. Namapun membebel. Huhu...