Tapi jujur, kenapa aku tulis sekarang adalah sebab aku jumpa diari lama aku. Diari sejak 16 Oktober 2002, hari aku bergurau dengan Cahaya Kemuliaan dan diakhiri dengan 15 Mei 2006, hanya diari biasa aku borak dengan Taqi, hanya kawan biasa.
Jiwang. Serius jiwang. Tapi bila aku baca perlahan-lahan aku aku taip dulu aku dapat rasa masa muda aku penuh warna-warni. Aku kerja juga dulu, tapi aku tak pernah lupa bergaul dengan orang lain, terutama bila aku ada teman wanita. Aku kenal ramai orang dan ada bibit-bibit yang aku tulis buat aku fikir, oh... dia suka aku dulu. Oh... ini tak betul etc. Aneh.
Mungkin sebab aku 40 tahun sekarang aku fikir aku boleh faham perasaan orang lain kalau diberi hint yang sama. Sebab bila aku baca ini, aku faham. Dalam hati aku sekarang, aku bersyukur aku dahulu hidup penuh warna-warni. Aku selalu tahu aku introvert, tapi aku tak kekok bila bersosial walaupun orang yang aku tak kenal.'
Aku tak pernah terfikir apa macam mana mereka semua sekarang. Apakah mereka hidup lagi, dah kahwin? ada anak? Aku dah bertahun tak buka facebook jadi aku tak tahu. Aku cuma harap mereka semua bahagia.
Cuma...
Kalau aku nak bangkitkan kembali kisah lama. Mungkin Si dia dan Fiqa sahaja yang bagi aku macam tulang belakang ingatan aku ketika aku muda. Yang lain aku lupa. Mungkin sebab hubungan terakhir aku dengan mereka berdua bukan dalam situasi yang baik. Aku... tak salahkan mereka. Makin tua aku fikir, aku bukan baik sangat pun.
Dalam diari aku juga ada cerita aku rapat dengan perempuan lain bila aku ada teman. Bukan maksud nak curang, hanya ada kelapangan masa. Tapi, ini tetap salah aku fikir.
Terakhir aku ingat aku bercakap dengan Si Dia adalah pada 2012 kat facebook.
dan Fiqa pada 2020 atau 2021, ucap selamat hari jadi dekat whatsapp.
Jujur, sekarang aku tak rasa berat perasaan aku dengan Si Dia. Aku yakin dia senang dengan hidup dia. Aku menulis dalam blog ni tentang Si Dia akhir pada 2017. Tapi... sejak 2012, aku dan Si Dia tak pernah ada khabar. Aku teringat, tapi aku tak pernah mahu pergi. Bagi aku, rasa cinta terakhir yang ada pada aku berkubur bersama Si Dia. Cinta terakhir aku.
Fiqa, aku tak nafi dia cinta pertama aku. Mungkin sebab itu dia sentiasa ada dalam diari aku pada masa-masa yang rambang. Bila dia whatsapp aku 6 tahun lepas aku macam, huh... dia pernah ada dalam hidup aku. Tapi mungkin kerana dia yang pertama, ada sedikit perasaan dalam hati aku untuk ingat dia. Macam Si Dia, aku hanya tak mahu pergi.
Aku tahu aku menulis diari hingga 2 atau 3 tahun selepas aku graduate 2010 cuma hard disk aku rosak dan aku tiada backup. Last back up adalah 2006. Sedikit sedih sebab ni adalah masa aku sudah putus dengan Fiqa dan lepas tu lama aku bersama Cahaya Pembuka Hatiku, putus dan kembali kepada Si Dia.
Dan selepas itu, tiada lagi. Siapa pun. Kalau aku rasa aku ada cinta, bila aku sedar, aku sebenarnya tak rasa apa-apa. Aku ingat kali terakhir aku kata pada Si Dia; yang Si Dia adalah pengajaran bagi aku dan aku bawa pengajaran ini sehingga ke hari ini.
Selepas Si dia bukan tiada yang cuba masuk, aku hanya suka sebentar dan lupa. Ada yang aku bermati-matian tentang dan bila aku mula sedar, 40 tahun dan masih seorang.
Sedih? tak. Aku terlalu biasa hidup seorang. Aku suka kerja aku. Aku tak macam dulu senang berwarna -warni dengan cinta. Aku rela hidup aku hanya kelabu, hidup... sampai mati.
Aku menulis begini bukan nak mereka baca sangat. Zaman sekarang tiada siapa membaca. Sebab tu aku berani menulis. Aku hanya meluah. Sebab hari ini baru aku rasa aku nak cuba hidup berwarna warni semula. tapi dalam masa yang sama aku fikir aku terlalu lewat. Perasaan ini, aku yakin akan hilang bila aku bangun esok. Sebab aku tahu...
Aku tak perlukan semua ini. Kerja dan hobi aku no 1. Kerja dan hobi aku sentiasa... keutamaan aku. Aku mungkin ambil masa baca diari aku semula sebab ada 46760 perkataan. Benda ni macam manga bagi aku.
Apa2 pun kalau kalian membaca di sini. Aku ucap selamat....





No comments:
Post a Comment