Ada orang kata, aku sombong. Mungkin kerana aku kurang senyum. Atau mungkin kerana aku lemah dalam 'keep in touch'. Namun ketahuilah, aku amat suka berkawan.
Sepanjang kehidupan aku, aku jarang meletakkan hati apabila berkawan, barangkali. Sebab aku jarang merasa sesuatu yang aku boleh gelar 'puas hati' dalam berkawan.
Tapi aku tak nafi, aku gembira bila aku hang out dengan kawan-kawan. Barangkali, itu tandanya aku telah meletakkan hati terhadap setiap kawan-kawan aku.
Beberapa hari lepas, aku bermain futsal. Dan aku rasa perasaan yang puas. Bukan kerana permainan itu, tetapi kerana masa yang aku luangkan bersama kawan. Seperti suatu perasaan yang pertama kali aku rasa, perasaan puas.
Lepas main futsal, keluar makan. Borak dan ketawa. Setiap saat itu aku nikmati. Perasaan itu sekarang jelas. Ia seperti ketika aku masih kecil dan berkawan. Bermain dan bergembira. Tiada perasaan benci dan tidak suka antara kami.
Semester ini aku rasakan panjang, dan aku rasakan yang aku masih boleh bermain. Dengan mereka, kawan-kawan aku. Terima kasih untuk perasaan ini. Kini barulah aku sedar, mereka adalah hebat. Kerana menjadi kawan-kawan aku.
Perjalanan aku masih panjang, dan aku tak rasa sunyi lagi. Jadi kalian, sunyi? Dah tiba masanya keluar dari situ, mencari mereka, membuang masa. Hilangkan rasa sunyi itu, nikmati setiap rasa senang yang ada bersama mereka.
Dan dari situ kamu akan tahu. Betapa ruginya kamu bila kamu katakan dahulu, yang kamu sedang dalam kesunyian...