Followers

Gamers

Thursday, January 22, 2009

Tiga malam tanpa tidur...

Sudah tiga malam aku tidak mampu tidur lena. Bait sms itu masih melekat di kepala.

Sudah 3 tahun berlalu pergi tanpa awak dan 4 tahun akan datang pun terpaksa ditempuhi...

Jika kau tanya yang mana satu. Dia adalah perempuan yang menjadi cerita bersama aku. Yang menunjukkan aku betapa beruntungnya kepada mereka yang setia.

Mengapa, aku tidak tahu mengapa hanya bait itu membuatkan aku mahu mengambil hati. Sering menggunakan hati untuk menilai sesuatu ada bahayanya. Terutama yang datang dari masa lepas. Dan itu telah membuatkan aku keras usaha memahami perasaan yang tiada tentunya.

Dalam hati aku ada sedikit kasih. Kerana aku merasa kehibaan apabila bait itu aku ingat. Hiba terhadap kehidupan sendiri. Hiba menjadi seorang diri. Hiba kerana sunyi.

Aku mengaku, yang kejam adalah aku. Meninggal hati kerna kepentingan diri. Kerana hati melebihi fikiran. Dan kerana itu aku sepatutnya harus mati. Mati untuk hatiku.

Senang hidupku sebelum bait ini datang. Aku hidup, penuhi masa yang terluang sesuka hatiku. Fokus kepada kepentingan hanya untukku. Dan tidak sedar, ada hati yang sedang hiba... kerana perbuatan lepasku.

Dan mungkin kerana itu, kehibaan itu cepat meresap dalam hatiku. Aku mudah faham. Aku senang mentafsirkannya. Dan itu membuatkan aku diingatkan dengan janji yang sentiasa segar di fikiran.

27 tahun adalah tahun akhirku. Tahun di mana aku pasti akan menamatkan segala kesengsaraan yang bakal aku alami dan bakal aku berikan. Tarikhnya semakin hampir dan aku dapat merasakanberatnya beban masa depan itu.

4 tahun yang datang pun terpaksa ditempuhi. Aku juga begitu. Hidup adalah perlumbaan. Antara aku dan kau, siapa bakal sampai di situ. Dan jika tiada siapa. Maka aku dan kau harus tempuhi bersama.

Aku rasa kehibaan itu dan tolong. Kerana aku tak daya melakukan apa-apa tentang itu sekarang. Namun janji itu aku ingat. Sentiasa ingat. Kerana aku sedang usaha menuju ke arah itu. Bila sebelum masanya, aku harap kamu mampu hidup.

4 tahun yang datang pun terpaksa ditempuhi. Dan 4 tahun yang datang itu juga milik mereka. Hidup adalah perlumbaan. Jika akhirnya kita tidak ketemuan, kamu tahu aku akan datang mencarimu.

Dan sebelum datang hari itu, tolong... Aku perlu tidur lena sekarang... boleh...?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...