Followers

Gamers

Tuesday, March 31, 2009

Rasa takut seorang bakal jurutera

Tahun ke 4 pengajian dalam bidang kejuruteraan. Tahun di mana kau akan mula fikir macam mana nak dapat kerja nanti. Tahun di mana kau akan kata, "sikit lagi, sikit lagi...". Dan tahun di mana kau tak mampu lagi untuk kata, yang kau mahu berputus asa.

Malam ini aku berjaga. Menyiapkan projek yang selambak. Ambil 5 hari untuk siapkan 3 projek. Hanya jika maklumat dan penyediaan sebelum siapkan laporannya kau buat awal, baru kau mampu buat begitu.

Ya, padan muka aku sebab tangguh kerja.

Tapi semester ini adalah semester yang bagi aku, paling aku rasa panjang. Sebab, sepanjang aku melalui semester ini, hati aku sukar tenang. Marah, takut dan sedih. Aku lihat banyak perkara dan aku rasa banyak perkara semester ini.

Hari ini aku cuba siapkan satu projek. Dan aku boleh kata, ia adalah projek yang paling sukar setakat ini aku cuba kendalikan. Hanya projek biasa, perlu present dan hantar report. Tapi aku tahu punca di mana datang kesukaran itu.

Kerana ia mengusik salah satu kelemahan aku. Apa itu? haha, tak macho la aku cakap pasal kelemahan sendiri.

Aku mudah takut, tahu. Hanya jika aku menjadi tidak tahu. Dahulu aku takut lipas kerana aku dikelirukan dengan tangannya yang tajam yang mampu buat kau luka. Oh aku silap. Itu cara tipu budak dan aku termakan. Tapi tak sekarang. Aku tak lagi lari apabila melihat lipas, hanya kerana satu hari apabila aku tak sengaja membunuh lipas seperti membunuh nyamuk. Aku tahu aku lebih kuat dari lipas.

Itu cerita lama. Apa yang penting sekarang, aku sedang takut. Kerana projek ini betul membuat aku lemah. Aku hanya ia cepat siap dan hantar. Dan ucap 'Bon Voyage' kepadanya. Bila la boleh siap ni.

Aku sekarang down giler. Mula rasa tak bermaya. Tiap kali lihat perancangan projek ni, mula rasa loya, nak muntah. Rasa takut, rasa sial sikit dan rasa nak balik rumah mak aku, nak tidur. Pendek kata rasa nak melarikan diri.

Tapi ini tahun empat. Tahun yang terakhir. Tahun yang sudah terlambat mahu lihat ke belakang. Doa aku, hilangkan ketakutan ini. Cari kelemahan projek ini. Dan selesaikan satu persatu. Aku tahu aku boleh, aku tahu aku terpilih masuk di UTM ni kerana punya kepala yang insane bijak. Walaupun masanya singkat, aku tahu. Aku boleh buat.

Apa jadinya aku bila benar menjadi jurutera esok. Menjadi jurutera ini adalah sukar, tau! jadi pasang tali pinggang keledar belakang.

Saturday, March 28, 2009

Hilang ingatan!

Hidupku dah berakhir.

Aku dan komputer ibarat macam kawan baik. Sebahagian besar hidup aku habis bersama komputer. Kalau lelaki lain mereka makan, minum dan tidur bola, aku fikir aku adalah lelaki istimewa kerana aku makan, minum dan tidur komputer.

Tapi hari ini kawan aku ini hilang ingatan. Dia tidak kenal aku. Long-term memory nya hilang.

Aku sedih.

Secara teknikal, harddisk aku rosak. Maka segala macam benda yang aku simpan sejak aku masuk UTM ni hilang. Hilang... begitu sahaja.

Sedih ni.

Tapi hidup kawan aku tak berakhir di situ. Aku berikan dia 160Gb. Cukuplah untuk sebuah komputer tua. Lagipun aku sudah tua, tak perlu nak main game sangat. Tapi kalau ada duit lebih nak juga upgrade komputer ni. Hidup AMD.

Cakera keras yang lama masih aku simpan. Sebab status sebenarnya masih tidak diketahui. Barangkali hentak sebarang dua elok balik, kot. Haha...

Tapi ada juga baik cakera keras itu rosak. Segala gambar-gambar kenangan manis kau dan aku, surat-surat cinta, lagu-lagu jiwang dan diari peribadi. Semua itu telah hilang. Seperti orang yang hilang ingatan, hidup tetap perlu diteruskan. Barangkali benar, Tuhan mahu aku melupakan segala kenangan silam yang payau dah kelat itu. Memulakan hidup yang benar-benar baru. Hidup seperti yang sepatutnya aku tuju.

Aku gembira.

Kerana kepala aku sedikit lapang. Komputer aku sekarang rasa ringan. Barangkali berat sedikit kerana mengisi perisian-perisian kejuruteraan yang selambak.

Betul aku gembira.

Kerana aku boleh bekerja semula. Mahu bekerja semula. Tidak diganggu, sentiasa tenang. Jika aku mahu sekalipun, aku sudah tidak mampu memandang ke belakang. Jalan hanya satu, hanya di hadapan.

Aku ucap selamat kepada kau. AKu gembira hari ini. Dan aku harap selamat ini juga akan buat kau gembira seperti aku sekarang.

Terima kasih di atas ketenangan ini.

Sunday, March 22, 2009

Aku kata,
You really are something to others.
Ini kisah perempuan baik. Perempuan yang tidak pentingkan diri. Kisah yang dipetik dari sketsa kehidupan. Melihat dia, aku fikir. Its better kalau aku hadkan sosial aku. Sebab aku ada teori.

Semakin ramai, semakin meriah dan... semakin banyak masalah. Dia punya masalah. Banyak masalah. Dan ironinya, masalah itu aku fikir bukan berpunca dari dia. Ia dari orang lain. Teorinya mudah, semakin ramai dia kenal, semakin banyak masalah dia akan hadapi.

Aku sayangkan dia, tapi ini bukan cinta. Dan sebab itu bila sesuatu berlaku kepada dia, sesuatu perkara yang dia sampaikan akan sampai kepada hati aku. Ia akan buat hati aku rasa sakit, rasa tidak senang.

Kerana dia cantik. Dalam dan luar. Kerana dia sungguh cantik, dalam dan luar. Aku jadi sakit bila aku dengar dia sakit. Kadang aku tanya pada hati, mengapa aku perlu sakit, perlu risau bila sesuatu itu datang dari dia.

Itu karma, itu pembalasan.

Hari ini aku dengar dia berkata sedikit. Namun hati aku mendengar dia berkata banyak. Aku tahu dia sedang sakit, dan aku tahu, aku bukan penawarnya.

Aku rasa marah, marah kepada orang di sekitarnya, marah pada diri aku sendiri, kerana kami punca kepada masalah dia. Boleh tak just leave her alone. Biarkan dia hidup dengan tenang, hidup dengan gembira. Boleh tak buat macam aku, biarkan dia hidup, jangan kacau dia. Dan bila dia datang, gembirakan dia. Boleh tak macam tu.

Aku harap dia tidak putus asa, dia cantik. Luar dan dalam. Dan aku harap kecantikkan itu sentiasa berpihak kepada dia. Selagi aku hidup, aku mahu dia menjadi cantik. Dan aku harap selagi aku hidup, masalah tak meragut kecantikkan dia.

Aku doa, semoga dia sentiasa gembira, dan bahagia. Beri dia ketenangan, beri dia keceriaan. Dia perlukan, dia mesti diberikan.

Hari ini hati aku berkata tentang dia. Aku tahu apa kau fikir tapi bukan itu. Macam aku cakap, aku sayang, tapi itu bukan cinta. Atau barangkali aku yang tahu bagaimana hati aku.

You really are something to others.

And i mean it...

Friday, March 20, 2009

Emiri Miyamoto x solita - Tokyo et Paris



Tokyo et Paris
Paris et Tokyo
Et puis toujours la musique
À Paris nous étudierons
En bonne harmonie

On se connaît depuis l'enfance
On allait au cours de piano a côte
En face du grand marché
On jouait au square du quartier
À la marelle et au ballon prisonnier
Puis c'était le goûter

C'était bien la nos plus belles années
Qu'aucun souci ne pouvait altérer
Tokyo et Paris
Paris et Tokyo
Et puis toujours la musique
Tokyo et Paris
Paris et Tokyo
Et puis toujours la musique,
À Paris, nous étudierons
Ensemble


On s'est aimé depuis toujours
Plein d'appréhension avant nos auditions
À la tombée du jour
Concerts privés tous les étés
Dans la grande salle aux immenses baies vitrées
Un été enchanté
C'était bien la nos plus belles années
Qu'aucun souci ne pouvait altérer

Tokyo et Paris
Paris et Tokyo
Et puis toujours la musique
Tokyo et Paris
Paris et Tokyo
Et puis toujours la musique, musique, musique,
À Paris nous étudierons
En bonne harmonie.......

---
Tokyo and Paris,
Paris and Tokyo,
There will always be music.
And, in Paris, we will study
In good harmony.

We've known each other since childhood.
We would go to the piano lessons next door,
In front of the marketplace.
We would play in the park square
Hopscotch and dodgeball.
Then, it was snack time.

It was the best years of our lives,
Unaffected by concern.
Tokyo and Paris,
Paris and Tokyo,
There will always be music.
And, in Paris, we will study
Together.

We've always liked ourselves
Full of anxiety before our auditions.
At the end of the day,
We would have our private concerts
In a large room filled with pictures.
It was a delightful summer.
It was the best years of our lives,
Unaffected by concern.

Tokyo and Paris,
Paris and Tokyo,
There will always be music.
Tokyo and Paris,
Paris and Tokyo,
There will always be music, music, music,
And in Paris, we will study
In good harmony.

Tuesday, March 17, 2009

Rhapsody in late night

Tak, masih dalam bahasa ibunda.

Kuaci, Pepsi, Maggi dan roti. Kombinasi snek malam kalau kau mahu tahu. Dan kombinasi ini lahir dari ketidakboleh tiduran aku di waktu malam. Aku tahu ia tidak sihat. Aku tahu aku makan banyak. Dan aku tahu ia akan menganggu kitar hidup aku sebagai manusia. Aku juga tahu akibat dia, itu kaki-kiri-kena-potong dengan lu-kena-kimia.

Tapi apa boleh aku buat.

Salahkan Maxis. Kenapa bila dah tengah pagi buta baru internet laju selambak. Itu dah cukup buat aku bermotivasi bangun pagi mematakan panda putih untuk memuat turun koleksi anime, lagu dan cerita-cerita separa lucu yang ada dalam internet.

Ya aku tahu kau dah tak suka aku sebab tinggalkan blog ini. Aku pasrah (ya betul la ni)

Oh, baru-baru ini aku punya hobi baru. Berjalan malam. Bukan, kau silap. Bukan mengigau berjalan malam-malam. Ini berjalan malam. Macam senaman waktu petang. Tapi aku buat waktu malam, err.. pagi. Dalam pukul 3 pagi.

Ke mana kau tanya. Hanya ke kedai Azah (24 jam). Membeli snek malam dan perjalanan pergi balik memakan masa hampir 20 minit. Dan terima kasih kepada anime Nodame Cantabile, musik klasik hasil karya Mozart dan Beethoven membuat aku mahu merasa di buai angin malam.

Itu efek kuat, muzik dan aku perlukan suasana untuk menikmatinya. Dan dari situ lahir hobi atau habit aneh ini. Oh, playlistnya kau tanya.


Kesukaan aku buat masa ini,
  • Beethoven - Symphony No. 7 - 1st Movement (Nodame Orchestra Version)
  • Mozart - Oboe Concerto - 1st Movement
  • Mozart - Die Zauberflöte - Queen of the night's Aria (song)
  • Beethoven - Violin Sonata No. 5 Opus 24 "Spring" - 1st Movement
  • Mozart - Piano Sonata in D+ for Two K.448 - 1st Movement
Haha, aku tak la grand sangat melayan orkestra ni. Aku dengar semua jenis lagu. Dan sekarang sampai giliran muzik klasik. Layankan saja.

Berjalan malam, menghayati muzik klasik, cuba mengtafsir setiap not lagu yang cuba di sampaikan. Aku fikir ia terapi yang baik untuk aku. Terapi supaya aku boleh tidur dengan baik.

Aku harap, aku boleh tidur malam semula. Secara normal maksud aku. Oh ya, aku sudah pulih dari mimpi aneh yang aku ceritakan lepas. Barangkali betul, muzik klasik ini betul satu terapi yang sihat untuk aku.

Hm, dah pagi. Nampaknya masa tidur aku dah sampai, selamat malam untuk aku dan selamat pagi untuk kau. Aku benar ucap selamat ya.

Wednesday, March 11, 2009

Mimpi klimaks...


Baru-baru ini aku bukan mengelamun, tapi kerap bermimpi yang bertemakan kapel. Aku jadi takut.

Kalau mimpi aku bawak kereta coupe aku tak heran, sebab dah tentunya itu membawa maksud Audi R8 akan bakal menjadi milik aku. Haha, tapi ini lain.

Kalau orang yang menjadi kapel aku itu orang yang sama takpelah jugak. Senang aku nak aim. Haha... tapi ini tidak. Rambang. Bukan orang yang sama. Dan orangnya juga bukan terdiri dari orang yang rapat dengan aku.

Minggu lepas aku mimpi aku kapel dengan Ayu (bukan nama sebenar). Dalam mimpi tu, aku masih lagi student dan dia dah kerja. Lovely tak dia kau tanya. Ya dia lovely sampai kau terjaga dengan bateri telefon kau tercabut. Walaupun ada sikit konflik berlaku dalam mimpi aku. Hehe... Lagipun, aku bukan kenal sangat dia pun. Kenal pun dalam friendster je. Hish...

Dua hari lepas aku mimpi aku kapel dengan perempuan.. hm... macam mana nak describe. Kau pernah tengok cerita Chocolate/Fury kan. Ala cerita perempuan thai bertomoi belasah orang tu. Ya, perempuan seperti itu. Ada masalah mental kalau aku boleh kata. Lagi sekali kau tanya dia lovely ke tak? Ya, sampai kau nak terberak pun dia nak ikut sebab takut terpisah dengan kau.

Ini tidak sihat. Mimpi ini tidak sihat. Ya betul, dari sudut positif kau akan kata ini bukti aku lelaki sihat. Tapi bagi aku ini tidak sihat. Sepertinya menyuruh aku mencari cinta yang hilang(eceh...). Seperti mahu aku merana dan tersiksa kerana realiti cinta (dah macam drama melayu pulak).

Yang selebihnya ada bini orang, awek skuter, orang bunian dan err.. hehe...

Walaupun perempuannya adalah rambang, aku percaya ini petanda. Aku tak pasti baik atau buruk. Tapi kalau melibatkan perempuan, aku fikir lagi banyak buruk dari baik. Macam biasa, no offence, kau boleh kutuk aku.

Ya, mimpi tu best. Mimpi perempuan kan. Tapi dalam kes aku, ini lain. Mungkin kerana aku agak realist, banyak konflik berlaku dalam mimpi aku, seperti bergaduh dengan mak aku pasal perempuan, terjun bangunan sebab cinta di tolak dan masuk mulut naga sebab kasut kaca si dia tertinggal kat dalam.

Aku merasa sengal, dan penat. Kerana ia terlalu kerap. Kalau aku detailkan, barangkali aku boleh buat novel, cerpen pendek. Kau hebat? boleh tolong tafsir mimpi aku? Tolong ya...

Tuesday, March 10, 2009

Kenapa saya suka makan kuaci...

Hari ini ada orang berkata kepada aku. Kenapa entri aku selalu terkeluar tajuk. Tak ada center line. Pendek kata, tulis main hentam, tiada asas, takde matlamat dan... Kau, sini kau... Kurang ajar... (censored...)

Baiklah, aku mulakan dengan asas balik ok. Demi pembaca blog aku. Kali ini aku cerita berlandaskan tajuk, ada matlamat dan tiada ruang censored lagi ok. Betul la, bapak aku selalu cakap, bila sesuatu dah rumit, kita mula semula dengan asas. Kita buat ujian.

Tajuk entri saya hari ini adalah

Kenapa saya suka makan kuaci.

Kenapa saya suka makan kuaci. Sebab kuaci tu best... ok dah... takde masa nak layan kau... selamat ya...

Monday, March 9, 2009

Aku jahat, baru aku ada power...

Salam dan selamat kepada kau semua. Ya betul aku agak lama tidak update. Pandai pun, aku tak sibuk, aku malas.

Semester ini adalah semester yang paling malas yang pernah berlaku dekat aku. Akan tetapi, bukan semester yang teruk. Itu semester lepas. Kau tak faham? sebab kau tak tahu aku adalah mahasiswa (poyo!) di sebuah IPTA terkenal. Muahaha...

Jadi, aku buat to-do-list. Menyenaraikan beberapa perkara aku patut buat sebelum semester ini selesai. Ada sebulan dan ada 6 perkara semuanya. Dan kesemuanya adalah projek. Err.. study tu pandai-pandai la kan... hehe...

Betul, banyak tapi aku bukan buat muka mat kool, tapi aku kool. Sebab aku tahu, selain projek sarjana muda, 5 projek lain akan selesai dalam satu hari satu malam setiap satu. Hebat? tak, itu tak hebat. Kerja last-minute dan kerja menangguh, mana ada hebat.

Lagipun ini projek berkumpulan, dan maklumat juga dah ada dalam cakera keras dan dalam internet, kau nak takut apa. Ini malam kalau kau mahu kau boleh selesaikan. Kalau kau nak la kan.

Aku terfikir, kenapa mesti last-minute. Kenapa mesti saat akhir baru nak siapkan semua. Sebab nak rasa thrill buat kerja, nak rasa teruja. Itu alasan bodoh. Satu je alasan dia, malas.

Ya betul, aku pemalas. Aku bagi kau itu. Sesuatu benda yang aku tak minat, aku rela memalaskan diri dari melakukannya. Itu logik bukan, walaupun itu sebenarnya tanggungjawab kau.

Tapi, kalau aku mampu siapkan dalam satu hari, kenapa tak siapkan awal. Tiba-tiba rajin la pulak nak siapkan bila dah dekat dateline. Ha, itu tak pelik. Itu namanya desakan.

Manusia unik, bila terdesak, kau takkan pernah sangka kemampuan sebenar yang ada pada kau mula menyerlah. Kau boleh berjaga walhal kau seorang kaki tidur. Kau boleh berlapar walhal kau seorang pelahap.

Rasa terdesak itu satu kuasa. Satu pemangkin untuk kau tidak putus asa, terus berusaha mencapai apa kau hajati atau memenuhi keperluan kau. No wonder, sebuah keluarga miskin yang mempunyai anak ramai yang kecil mampu hidup dalam dunia serba duit ni. Tanggungjawab juga mampu menghasilkan kuasa desakan.

Namun dalam banyak jenis kuasa, aku paling kagum jika ianya datang dari dendam. No offence, kau boleh kritik aku. Aku pernah merasainya, dan aku pernah terjerumus di dalam kekuatan kuasa itu. Ia mampu jadikan kau super-manusia.

Tidah takut, tidak gentar. Kau akan lakukan semuanya, segalanya dan tiada satupun yang akan menganggu fokus kau. Kau takkan kalah dan kau tak mahu kalah. Dan kau tetap hidup walaupun kau telah kehilangan nyawa (dah macam cerita hantu pulak).

Aku rindukan kuasa itu. Kau, taknak tolong aku. Cari pasal dengan aku. Boleh aku berdendam. Ya betul, dendam itu memakan diri, sebab akhirnya kau akan penat. Tapi bagi aku, selagi matlamatnya tercapai, apa cara pun mungkin kan.

Tak larat nak merepek dah. Nak cuba sambung kerja. Barangkali betul kata dia, hati aku tidak sebersih dahulu. Sebab itu kuasa-kuasa kejahatan mula membelenggu aku.

Haha... jangan dekat aku... aku gigit nanti...

Sunday, March 1, 2009

Salam untuk benda aneh

Wei, kau tak salah blog. Aku baru tukar template.

Maka tugas kau sekarang adalah mengundi, laju ke tak bila nak masuk blog aku. Boleh? bagus. Ya betul, kanan kau. Pilih yang mana ko rasa serasi dengan fikiran kau dan tekan vote. Boleh komen kat sini kalau ada cadangan... Ya cadangan sahaja.

Kau tanya kenapa aku tukar? Hm, aku rasa tak best dah blog aku ni, jadi aku tukar. Tapi bila dah tukar, aku rasa sama je macam yang lama. Hampeh.

Lagipun, lagi laju nak loading kalau blog aku ni kurang benda.


Kau kenal Syarifah Hadli. Ya, penulis benda aneh. Aku suka blog dia. Tapi sekarang blog dia dah kena kunci. Bermakna kalau aku nak baca, aku kena ada kad jemputan.

Best ke blog dia kau tanya. Hm... Ada satu penulisan dia yang aku suka baca berkali-kali. Tentang hidup masa depan dia, hidup di atas rumah apek jual kopi ke apa. Hidup biasa, sederhana. Duit cukup hanya untuk keperluan hidup. Jauh mengejar dunia.

Kau betul, itu hidup yang mustahil. Kerana kita banyak kemahuan. Bila baca entri itu, hm... aku terfikir akan tujuan hidup aku.

Aku tak minta hidup lama. Cukup sekadar hidupku sentiasa senang dan gembira. Dan jika ianya pendek, aku harap hidup aku selepas itu lebih gembira. Ya, kau ingat pun lagu sepohon kayu daunnya rimbun.

Barangkali itu hidup yang aku mahukan. Jauh dari dunia. Hidup sepertimana yang aku nak.

Walaubagaimanapun, jika kau kenal dia, atau jika tuan punya blog benda aneh terbaca ini, aku perlukan jemputan kau. Kau boleh tolong aku kan.

Lagipun kau pernah kata aku peminat tegar kau. Haha... Ok ok la, aku mengaku aku peminat tegar... blog dan penulisan kau. Ok? Just give me the invitation... Ish...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...