Salam dan selamat kepada kau semua. Ya betul aku agak lama tidak update. Pandai pun, aku tak sibuk, aku malas.
Semester ini adalah semester yang paling malas yang pernah berlaku dekat aku. Akan tetapi, bukan semester yang teruk. Itu semester lepas. Kau tak faham? sebab kau tak tahu aku adalah mahasiswa (poyo!) di sebuah IPTA terkenal. Muahaha...
Jadi, aku buat to-do-list. Menyenaraikan beberapa perkara aku patut buat sebelum semester ini selesai. Ada sebulan dan ada 6 perkara semuanya. Dan kesemuanya adalah projek. Err.. study tu pandai-pandai la kan... hehe...
Betul, banyak tapi aku bukan buat muka mat kool, tapi aku kool. Sebab aku tahu, selain projek sarjana muda, 5 projek lain akan selesai dalam satu hari satu malam setiap satu. Hebat? tak, itu tak hebat. Kerja last-minute dan kerja menangguh, mana ada hebat.
Lagipun ini projek berkumpulan, dan maklumat juga dah ada dalam cakera keras dan dalam internet, kau nak takut apa. Ini malam kalau kau mahu kau boleh selesaikan. Kalau kau nak la kan.
Aku terfikir, kenapa mesti last-minute. Kenapa mesti saat akhir baru nak siapkan semua. Sebab nak rasa thrill buat kerja, nak rasa teruja. Itu alasan bodoh. Satu je alasan dia, malas.
Ya betul, aku pemalas. Aku bagi kau itu. Sesuatu benda yang aku tak minat, aku rela memalaskan diri dari melakukannya. Itu logik bukan, walaupun itu sebenarnya tanggungjawab kau.
Tapi, kalau aku mampu siapkan dalam satu hari, kenapa tak siapkan awal. Tiba-tiba rajin la pulak nak siapkan bila dah dekat dateline. Ha, itu tak pelik. Itu namanya desakan.
Manusia unik, bila terdesak, kau takkan pernah sangka kemampuan sebenar yang ada pada kau mula menyerlah. Kau boleh berjaga walhal kau seorang kaki tidur. Kau boleh berlapar walhal kau seorang pelahap.
Rasa terdesak itu satu kuasa. Satu pemangkin untuk kau tidak putus asa, terus berusaha mencapai apa kau hajati atau memenuhi keperluan kau. No wonder, sebuah keluarga miskin yang mempunyai anak ramai yang kecil mampu hidup dalam dunia serba duit ni. Tanggungjawab juga mampu menghasilkan kuasa desakan.
Namun dalam banyak jenis kuasa, aku paling kagum jika ianya datang dari dendam. No offence, kau boleh kritik aku. Aku pernah merasainya, dan aku pernah terjerumus di dalam kekuatan kuasa itu. Ia mampu jadikan kau super-manusia.
Tidah takut, tidak gentar. Kau akan lakukan semuanya, segalanya dan tiada satupun yang akan menganggu fokus kau. Kau takkan kalah dan kau tak mahu kalah. Dan kau tetap hidup walaupun kau telah kehilangan nyawa (dah macam cerita hantu pulak).
Aku rindukan kuasa itu. Kau, taknak tolong aku. Cari pasal dengan aku. Boleh aku berdendam. Ya betul, dendam itu memakan diri, sebab akhirnya kau akan penat. Tapi bagi aku, selagi matlamatnya tercapai, apa cara pun mungkin kan.
Tak larat nak merepek dah. Nak cuba sambung kerja. Barangkali betul kata dia, hati aku tidak sebersih dahulu. Sebab itu kuasa-kuasa kejahatan mula membelenggu aku.
Haha... jangan dekat aku... aku gigit nanti...