Tahun ke 4 pengajian dalam bidang kejuruteraan. Tahun di mana kau akan mula fikir macam mana nak dapat kerja nanti. Tahun di mana kau akan kata, "sikit lagi, sikit lagi...". Dan tahun di mana kau tak mampu lagi untuk kata, yang kau mahu berputus asa.
Malam ini aku berjaga. Menyiapkan projek yang selambak. Ambil 5 hari untuk siapkan 3 projek. Hanya jika maklumat dan penyediaan sebelum siapkan laporannya kau buat awal, baru kau mampu buat begitu.
Ya, padan muka aku sebab tangguh kerja.
Tapi semester ini adalah semester yang bagi aku, paling aku rasa panjang. Sebab, sepanjang aku melalui semester ini, hati aku sukar tenang. Marah, takut dan sedih. Aku lihat banyak perkara dan aku rasa banyak perkara semester ini.
Hari ini aku cuba siapkan satu projek. Dan aku boleh kata, ia adalah projek yang paling sukar setakat ini aku cuba kendalikan. Hanya projek biasa, perlu present dan hantar report. Tapi aku tahu punca di mana datang kesukaran itu.
Kerana ia mengusik salah satu kelemahan aku. Apa itu? haha, tak macho la aku cakap pasal kelemahan sendiri.
Aku mudah takut, tahu. Hanya jika aku menjadi tidak tahu. Dahulu aku takut lipas kerana aku dikelirukan dengan tangannya yang tajam yang mampu buat kau luka. Oh aku silap. Itu cara tipu budak dan aku termakan. Tapi tak sekarang. Aku tak lagi lari apabila melihat lipas, hanya kerana satu hari apabila aku tak sengaja membunuh lipas seperti membunuh nyamuk. Aku tahu aku lebih kuat dari lipas.
Itu cerita lama. Apa yang penting sekarang, aku sedang takut. Kerana projek ini betul membuat aku lemah. Aku hanya ia cepat siap dan hantar. Dan ucap 'Bon Voyage' kepadanya. Bila la boleh siap ni.
Aku sekarang down giler. Mula rasa tak bermaya. Tiap kali lihat perancangan projek ni, mula rasa loya, nak muntah. Rasa takut, rasa sial sikit dan rasa nak balik rumah mak aku, nak tidur. Pendek kata rasa nak melarikan diri.
Tapi ini tahun empat. Tahun yang terakhir. Tahun yang sudah terlambat mahu lihat ke belakang. Doa aku, hilangkan ketakutan ini. Cari kelemahan projek ini. Dan selesaikan satu persatu. Aku tahu aku boleh, aku tahu aku terpilih masuk di UTM ni kerana punya kepala yang insane bijak. Walaupun masanya singkat, aku tahu. Aku boleh buat.
Apa jadinya aku bila benar menjadi jurutera esok. Menjadi jurutera ini adalah sukar, tau! jadi pasang tali pinggang keledar belakang.