Followers

Gamers

Thursday, April 23, 2009

Ini bukan cinta, ini adalah cerita tentang kasih sayang seorang kanak-kanak kepada kanak-kanak lain...

Assalamualaikum, Amy, Bob, jom main...

Tuan Sharifah Sa'adiah. Aku percaya itu nama dia. Dia ada adik. Aku fikir, hm... Tuan Sharifah Suhaibah. Dan dia pun ada adik lelaki yang aku tak ingat nama. Sorry la... Aku just ingat nama perempuan cantik aje. Maafkan aku ok.

Kenal masa aku kecil. Sejak aku tabika aku fikir. Apa yang aku ingat tentang dia... Dia yang membawa aku ke dalam dunia permainan kanak-kanak perempuan. Kau sebut sahaja, batu seremban, lompat tali, main ting-ting dan sebagainya. Sehinggakan masa aku kecil, aku adalah jaguh atau hero rumah flat dalam sukan kanak-kanak itu.

Atlet kecil, jika ada olimpik untuk permainan-permainan seperti itu, itu emas sudah lama gua bawak balik. Masa tu apa barang layan bola sepak, wah haha... aku rasa aku je lelaki kat dunia ni yang mampu berkata begitu.

Hm, last sekali aku dengar dia pindah Sabah... Lost connection.

Pagi ini aku bangun dari tidur kerana terdengar dia memanggil aku. Mengajak aku bermain. Aku sedikit terhibur dan panggilan itu masih lagi teriang di telinga aku. Itu kenangan yang manis, kenangan yang baik untuk di kenang. Dan aku gembira aku masih boleh ingat kenangan-kenangan dia.

Kalau dia baca ini, aku hanya mahu kata, hm... Pagi ini aku ingat kau, dan aku harap sebab aku ingat kau ini adalah kerana kau tengah ingat kat aku. 

Ya, betapa childishnya aku... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...