Aku mula ok. Hm... Dia kata...
Kau nak pergi mana mie...?
Kalau rajin selak entri aku yang lepas-lepas. Aku pernah kata aku punya hobi baru, berjalan malam. Ingat kan? Baru-baru ni aku tak buat dah. Sebab sibuk, aku mula mampu untuk tidur malam semula. Menjadi normal menjadi biasa. Syukur.
Tapi aku mula punya hobi baru. Sama, tetapi kali ini cuacanya petang. Dalam pukul 6 petang dan jarak perjalanan lebih jauh. Berjalan petang sambil menikmati musik, aku rasa itu adalah di antara masa bertenang aku.
Playlistnya kau tanya. Masih lagi lagu klasik. Masih lagi okestra. Haha... Aku tak tahu kenapa aku rasa menarik. Sekarang lagu aku aku selalu ulang main, komposer Beethoven, Symphony No. 7 in A major, Op. 92 Second Movement.
Kalau kau tanya jarak perjalanan aku. Hm, habis jugak la satu symphony, 4 movement, maksudnya 42 minit perjalanan. Selamba.
Aku pernah kata, dalam hidup aku jarang punya masa yang tenang. Aku anggap ini sebagai terapi. Terapi untuk bebaskan diri dari masalah dunia. Kau boleh cuba kalau kau mahu.
Berjalan, melihat suasana. Melihat apabenda la bebudak U ni buat petang-petang macam ini. Hm, rasa suasana lain. Sebab aku jenis homey, aku rasa ini sesuatu yang sihat yang aku mampu buat.
Aku ucap terima kasih kepada dunia kerana beri aku hidup, menikmati dunia, menikmati musik.
Keluar kejap, meluaskan suasana. Mana tau jumpa awek cun nanti. Haha...
Hm... dasar lelaki... Hehe...