Followers

Gamers

Monday, April 6, 2009

Nota lagi ke kaki...

Dia kata
Kau nak nasi mie?
Longgokan nota-nota ringkas di atas meja sedikit buat aku rasa pening. Esok aku punya dua ujian, petang dan malam serta satu perbentangan. Kalau kau rasa kasihan kepada aku, lupakan. Kerana ini biasa bagi seorang pelajar universiti, aku fikir...

Aku pandang satu persatu. Sambil mendengar alunan lagu dari Beethoven. Ya, barangkali aku mula menjadi terlalu suka kepada lagu-lagu klasik ini. Setiap hari mesti satu lagu aku harus dengar baru aku rasa lengkap satu hari. 

Beethoven - Symphony No. 7 in A major, Op. 92 Second Movement. 

Masih lagu sama. Lagu sedih aku boleh kata. Seperti bermula dari bawah. Tiada apa-apa tapi perlahan, naik. Berjalan, dan perlahan, usaha untuk sampai satu matlamat. Walaupun banyak halangan, walaupun kerap terjatuh. Tetap bangun dan perlahan cuba sampai ke matlamat. 

Dan apabila sampai. Akan ada tangis gembira. Dan dari situ kau tahu, segalanya yang telah diusahakan berbaloi. Cerita sembilan minit tujuh saat. 

Aku mengarut? Kau dengar dan bagitau aku apa kau rasa. Atau kau sudah dibiasakan dengan musik-musik sekarang ni dan tak mampu mendengar seperti apa yang aku dengar. Budak-budak zaman sekarang. Isk2... 

Buat la apa yang kau nak. Tak salah pun.

Aku pandang nota lagi, aku jadi tertekan. Maka aku lapar. Sangat lapar sampai seorang kawan aku dapat mengesan gelombang kelaparan aku. Katanya ada nasi terlebih beli. Pantang orang bagi (jual sebenarnya) aku sapu. 

Burp. Kenyang itu bagus tapi aku masih lapar. Kebanyakkan seluar aku dah tahap boleh buat sedekah dekat rumah anak-anak yatim. Dah tak padan dengan saiz aku. Bagi aku 2 bulan, aku tahu hanya kain pelekat je yang mampu aku sarung untuk ganti semua seluar aku. Marabahaya.

Aku ngantuk. Kau tahu aku perlu disorongkan bantal. Tapi aku masih tak mahu tidur. Dan tu sebab aku merepek kat sini. Terima kasih kerana sudi membaca. 

Aku mahu sambung baca nota ya. Aku ucap selamat kepada kau dan doakan aku agar tidak mampu tidur sehingga habis semester ni. Kau faham maksud aku. Selamat ya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...