Jumaat lepas buka pili air tiba-tiba... angin je yang keluar. Panik satu rumah jadi keesokkan harinya satu rumah aku ke penempatan sementara di Melaka. Rumah adik aku.
Air kat sini banyak lagi, jadi maaf orang Melaka. Tumpang mandi kat tempat orang.
Ironinya, rumah adik aku takde internet. Jadi aku subs la internet mobile celcom seminggu RM18. Laju? boleh la untuk layan game kat tablet, baca manga dan update blog. Cuma...
Aku tak dapat main Warframe...
Ya, aku tak nafi. Serius ketagih game ni. Setiap hari mesti nak main. Dan dah seminggu aku duduk Melaka ni, tangan rasa ringan nak belasah orang. Mengigil2 satu badan. Tidur jadi tak lena. Hidup jadi tak bermakna...
Parah...
Dan aku baru check website dan forum, ada update besar untuk Warframe. Aku jadi makin seriau. Banyak update, fixed bug dan Warframe baru. Ditambah pula satu weapon prime yang bakal buat grinding itu aktiviti mesti buat bila aku main Warframe.
Ada orang kata dengan aku, ianya benda yang baik bila aku berjauhan dengan Warframe buat seketika. Mungkin betul sebab aku terlalu ketagih barangkali. Aku suka main game. Ia bawa aku ke dunia tanpa had imaginasi aku.
Aku pergi banyak tempat kat dunia ni tapi tak sikit pun tergerak hati aku untuk kata... ah... ini cantik... aku nak pergi lagi sini. Nope...
Dulu aku selalu fikir aku dan kau takde bezanya. Kita manusia. Sama sahaja. Tapi sekarang bila lihat cara aku lihat sesuatu, citarasa dan pengalaman aku buat aku fikir... Ya, banyak manusia pelik kat luar sana.
Termasuk aku.
Aku selesa duduk depan skrin kecil ni bermain game dari keluar melancong kat luar sana. Bagi aku, melancong kat dunia imaginasi ciptaan manusia ini lebih menarik. Aku bukan tak keluar rumah. Bila aku keluar, dan aku lihat cermin...
Aku lihat seorang manusia yang tidak nampak ada interest dengan tempat-tempat yang aku pergi.
Mengingatkan aku ketika aku bersama kelab rekreasi UTM, naik gunung Stong, Kelantan. Bila sampai puncak aku hanya... meh.... Lain pulak halnya bila aku daki tempat tertinggi dalam game. Mata aku terbeliak mempersona. Amat...
Aku perlu diselamatkan... aku fikir... Nah...
Sebab aku dari kecil memang macam ni. But please... Ia bukan sebab aku tak hargai ciptaan Allah, kat dunia ni benda yang betul-betul boleh tarik perhatian aku selain game adalah perempuan. Ya, perhiasan terbaik dunia. Other than that... well...
Tapi aku tak nafi, tak panjang lagi langkah aku. Aku yakin ada tempat kat luar sana yang mampu buat aku ternganga. Terima kasih kepada ekonomi negara kita yang aku rasakan agak-agak stabil, aku memilih untuk buang duit aku ke bil internet dan kelengkapan komputer aku.
Huh...
So, bila agaknya aku dapat balik Selangor. Tangan dah mengigil dah ni. Hm... ketagihan ni tak baik kan? Haha....