Kemaruk game Warframe menjadi-jadi. Dah hampir sebulan aku di Melaka. Dan hampir sebulan aku tak buka langsung game aku. Tangan dah gatal. Setiap malam aku tak boleh tidur habiskan masa melihat youtube dan membaca info baru tentang Warframe.
Update 13 adalah update terbesar setakat ini. Dan aku masih belum dapat mencubanya. Ada beberapa senjata baru, mod baru dan warframe baru. Hydroid bertemakan lanun dan air. Amat menarik cuma aku ragui kehebatannya untuk end game.
Aku ada satu blog yang aku buat khas untuk Warframe. Baru ada 3 posts namun ianya menunjukkan potensi bakal menerima ramai pengunjung kelak. Aku hanya perlu menulis penulisan yang berinformasi dan berkualiti. Perlukan masa untuk aku mencuba sendiri dan pengalaman bermain itu aku tukarkan dalam bentuk perkataan dalam blog.
Dan sebab itu aku perlu bermain.
Ini projek baru aku dan memandangkan aku amat suka akan game Warframe, aku fikir ada baik aku menulis tentangnya. Tapi untuk menulis aku perlu bermain. Dan sekarang aku di Melaka, membantutkan lagi usaha aku untuk menulis.
Rasa bersalah pulak bila menulis benda yang agak-agak betul. Aku sentiasa semak real time in game sebelum aku terbitkan post aku. Aku mesti cuba dahulu baru aku tulis segala tips dan trik yang aku guna dalam game. Sebab jika satu hari nanti aku dikritik, aku boleh membalas balik. Tapi kalau aku memang salah, its ok. Janji aku dapat manfaat darinya.
Aku suka komuniti di Internet. Sebabkan semua mereka boleh jadi "tidak dikenali", mereka bersifat terbuka bila menyatakan sesuatu. Aku senang open-minded bila orang kritik dalam internet. Dunia bukan maya pun aku open-minded tapi tak se-open kat internet.
Open-open pun aku perlukan limit juga. Huhu..
Walaubagaimanapun, aku tahu aku perlu letak URL blog warframe aku di sini. Tapi aku fikir aku lebih suka jika komuniti Warframe sendiri yang jumpa blog aku. Ramai orang mungkin tak tahu, komuniti game sebenarnya amat besar di dunia maya. Dan aku senang dengan penglibatan aku dalam komuniti ni.
Cuma di Malaysia aku rasa macam slow sedikit. Aku taknak komen lebih. Aku faham budaya orang Malaysia macam mana. Kebanyakkan kita fikir game hanya buang masa. Jadi tiada kejutan jika tak ramai orang Malaysia yang melibatkan diri dalam komuniti game ini.
Lagipun siapa aku untuk mengkritik. Penglibatan aku dalam komuniti game ini pun atas nick aku, bukan nama sebenar. Baik rasanya kalau aku asingkan penglibatan aku dalam dunia maya dengan dunia realiti. Komuniti dalam internet bagi aku lebih serius bila berdebat berbanding dunia sebenar.
Keyboard warrior...
Ok la... sebelum aku membebel keluar tajuk. Aku nak ucap selamat. Its fun writing. Jumpa lagi..