Followers

Gamers

Thursday, April 24, 2014

Penempatan pilihan

Hm, katanya catuan air di Selangor bakal dihentikan awal bulan depan. Berita baik untuk aku memandangkan aku memang nak sangat balik Selangor. Marah orang Melaka habiskan air dorang.

Ya, aku masih di Melaka. Negeri Melaka ni best sebenarnya. Walaupun ada pembangunan yang pesat, aku masih boleh rasa macam duduk di kampung. Rasa tenang dan rasa ramah.

Kehidupan kat Selangor berbeza sedikit. Bukan teruk cuma kurangnya rasa tenang di sana. Mungkin kurang pokok tempat aku tinggal agaknya. Tapi itu tak bermakna aku rasa nak tinggalkan Selangor dan duduk di Melaka.

Ada banyak benda yang aku suka di Selangor. Antaranya Selangor dekat dengan KL. Naik komuter dan aku good to go. Aku taknak duduk KL memandangkan taraf hidupnya tinggi. Selangor agak so-so. Boleh tahan la.

Aku suka duduk dalam kawasan yang dekat dengan kedai atau perusahaan. Senang bila aku mahu mencari sesuatu, aku hanya pergi dan mencari. Selangor bagi aku macam pusat untuk aku mencari benda yang aku mahu.

Satu lagi sebab banyak kenalan aku duduk di Selangor. Jadi kalau ada projek ke, perlukan bantuan ke senang untuk aku bergerak. Lagipun Si Dia duduk Selangor. Huhu...

Aku pernah terfikir untuk keluar Selangor. Hidup di negeri lain. Johor mungkin pilihan ke dua aku. Alasannya sama, aku suka duduk dekat dengan kedai. Masa aku duduk di universiti dahulu, aku ada orang tolong carikan benda di Singapura untuk dijual di Malaysia.

Walaubagaimanapun aku tak suka duduk di pusat bandar. Duduk di pinggir bandar lebih baik memandangkan aku boleh jimat, tengok pada taraf hidup. Janji dekat dengan bandar aku ok.

Utara? Aku tak tahu. Utara agak hardcore bagi aku memandangkan budaya di sana banyak berbeza. Orang utara amat peramah. Cuma cara komunikasi tu (loghat) buat aku rasa janggal sedikit. Jangan salah sangka, bukan aku tak suka, cuma sukar bagi aku. Tapi kalau ada orang utara nak bercakap dengan aku, aku layankan sahaja.

Luar negara? Oh, aku suka. Aku teringin nak duduk di Jepun. Nak lihat budaya orang di sana. Lihat betapa rajin dan kreatif mereka di sana. For some reason, aku tak berapa suka belah Eropah. Beri aku rasa macam kecil. Amerika? Yeah, why not. Tapi macam biasa, aku tak suka hidup di tengah bandar. Aku hanya suka kemudahannya sahaja.

Tapi jujur, aku tak pernah ke Jepun, Eropah atau Amerika. Mungkin pandangan aku bakal berubah bila aku ke sana.

Walaubagaimanapun, aku harap bulan depan krisis air di Selangor pulih. Susah nak buat kerja bila banyak bahan yang aku gunakan untuk kerja ada dalam desktop kat rumah aku di Selangor. Dan bila semuanya berjalan lancar, aku perlu keluar mencari kerja.

Ya, aku tak kerja. Hanya buat kerja-kerja pelik yang orang tak panggil real-job. Lagipun Real Job ini sebahagian dari plan B aku. Menggunakan degree aku untuk kerja. Tapi sebelum itu aku perlukan masa untuk bersedia dengan benda lain memandangkan kerja dengan orang lain bakal mengambil paling kurang 8 jam, 5-6 hari setiap minggu dalam hidup aku.

Dan itu... tak baik untuk aku memandangkan aku sentiasa ada agenda atau fokus lain. Ya, kerja sahaja memang tak boleh kaya. Aku bersyukur aku ada ilmu lain yang bakal membuat aku sibuk bila aku cuti dari bekerja kelak.

Dan ini kegilaan yang aku maksudkan. Aku ada 2 tahun dari sekarang sebelum... well... itu untuk post akan datang...

Buat masa sekarang, Selangor... aku hanya nak air.... Aku ucap selamat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...