Followers

Gamers

Thursday, July 9, 2009

Angau...

Mata penat melirik monitor. Memandang graf-graf lilin mencari peluang. Kau tahu bukan aku sedang berada dalam alam trader.

Bukan mahu buat duit lebih sangat pun, cukuplah kiranya aku mampu bayar ptptn nanti, tanggung kehidupan aku sekeluarga, dapat beli rumah dan buat belanja kahwin aku sok. Thee hehe...

Tiba-tiba mood aku agak tak keruhan. Mungkin kerana salah masuk order dalam forex ni tadi. Hm.. aku tak fikir begitu kerana sekarang aku masih berada di tahap selamat. Modal aku masih lagi banyak.

Aku pandang ke luar, melihat langit. Aku rasa nyaman. Kedengaran lagu Reef - Kamu di corong speaker PC aku. Dan aku tahu kenapa aku tidak keruhan.

Aku letak tangan di dada. Tanya hati. Aku tahu...

Aku sedang rindukan si dia.

Seminggu sebelum aku ke sini, kami banyak menghabiskan masa bersama-sama. Berjalan-jalan dan makan bersama. Tengok wayang dan berkaraoke. Seperti pasangan remaja lain, kami punya masa gembira kami bersama.

Rasanya aku kerap senyum sendiri sekarang. Memandang langit di luar yang kian gelap, aku senyum seorang diri. Asal aku seorang diri, aku akan mengelamun, mengingati si dia. Angau...

Aku tutup mata, memujuk hati untuk bekerja semula. Paksa hati untuk melihat graf-graf lilin itu semula. Jika aku berjaya dengan ini suatu hari nanti, aku mampu buka mata untuk lihat si dia ada di hadapanku, ada di sisi ku.

Aku buka mata, graf lilin ini tidak menghampakan. Aku senyum. Dalam hati aku berkata, permulaannya sudah mula.

Aku ucap sayang kepada si dia dan ucap selamat untuk kau di luar sana. Oh ya, kalau main forex tu rajin-rajin la ym aku ya... Boleh berkongsi minat... Huhu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...