Semalam dan kemarin aku menung. Tak buat apa. Hanya menung. Melihat masa depan yang... err... tak pasti.
Terfikir nak jadi apa lepas keluar UTM ni. For sure, ramai orang akan angkat tangan dan kata, Suhaimi akan jadi engineer. Aku sengih seorang diri. Serius, jurutera dah turun tangga ke tiga dalam carta kerjaya masa depan aku.
So apa aku nak jadi. Trader? yup, itu no satu. No dua aku nak buka kedai yang aku sendiri tak tau nak jual apa, jadi kuli, jadi bos. Tu aku namakan impian hidup.
Apa lagi aku fikir, pandang siling, lihat kipas berpusing-pusing. Masuk sms. Oh, si dia. Soalan cepumas, dah makan belum. Belum, aku belum makan.
Baru-baru ini aku kurang makan. Seluar yang dulunya ketat aku dah boleh pakai. Setiap hari berdiri depan cermin melihat tumbesaran perut yang dah bantut. Aku kurus semula. Makan pun selalunya tak habis. Baru setengah pinggan aku dah rasa cam ketat pinggang. Makan tak kenyang eh. Huhu...
Sambil balas mesej, aku terfikirkan si dia. Si dia juga masa depan aku. Aku senyum sendiri. Haha... kau fahamkan apa yang aku sedang fikir.
Aku bangun, melihat meja semak dengan kertas, makanan dan peralatan komputer. Meja ini tak pernah tidak sibuk dengan barang-barang kepunyaan aku. Oh, aku takkan kemaskan. Aku suka ia semak. Nampak macam aku rajin. Thee hehe..
Tak banyak yang berubah kat sini. Cuma aku perasan aku mula jarang berblog. Mungkin kerana persekitaran aku rasakan sama. Jadi tak banyak aku nak cerita. Ni pun sekadar teringat blog ni dah bersawang. Maaf kalau aku hampakan kau. Serius, aku ketandusan idea nak tulis apa.
Aku sambung baring, main sms, dan senyum seorang diri. Barangkali aku patut bangkit, kemas meja dan buat sesuatu. Selamat ya...