6 Julai 2009 - 11 Julai 2009.
Ini SS aku minggu ni. Seperti yang kau tahu, aku baru deposit USD100. Alhamdulillah, baki baru aku sekarang adalah USD179.86.
Floating -USD7.25 gara-gara langgar pantang masuk order pada hari Jumaat. Tak banyak aku nak cerita di sini. Seperti yang kau tahu, aku hanya guna Stoch dan kemahiran membaca candlestick terutama jika bentuknya adalah Bullish atau Bearish Engulfing dan Doji. Support dan resistant line serta tahu lukis trendline juga boleh membantu untuk kau mengagak arah market ke mana.
Lot aku gunakan minggu ni masih 0.5 lot hanya pada permulaan. Dan bila ianya floating sehingga 120 pip, aku akan masuk order yang sama dengan 1 lot setiap order.
Hanya jika baki aku cecah USD200 baru aku gunakan lot 1 dan bila floating, lot 2. Aku fikir mudah aku nak kira jika aku tetapkan begitu.
Target aku bulan ini untuk mencapai USD800+ sebab aku nak keluarkan USD500 atas sebab-sebab yang aku tak mampu nak katakan di sini.
Baru-baru ni aku berminat dengan teknik CSR 100. Cita-cita untuk mengalahkan GBPJPY masih aku pendam. Dendam beb. Haha... Teknik CSR 100 aku fikir sesuai untuk kalahkan GBPJPY tapi tak boleh kata. Aku masih belum cuba.
Aku ucap selamat ya kepada kau orang...