Terima kasih untuk segalanya sepanjang kita kenal, sepanjang kita mula hidup baru. Banyak yang dah kita buat bersama. Memori tu selalu ada di hati saya. Kerana ia adalah diantara yang terindah untuk saya, untuk kita berdua. Semoga memori ini hanya bukan untuk dikenang sahaja.
Dan aku tahu kau mesti kata macam haram aku tulis surat cinta kat sini. Haha... kalau kau faham kenapa blog ini wujud, kau akan berhenti menggomel..
Ini cerita cinta yang lama. Revisit. Renew. Renovate. Re apa lagi la... Aku tahu apa kau orang fikir. Dan aku macam nak peduli la pulak apa yang kau orang mampu fikir.
Masa depan kami sukar, aku tahu tu. Nak pulak aku yang start buat hal dulu. Dan bersyukur, hal dulu dah tak jadi masalah antara kami. Ia hanya masalah kepada orang di sekeliling kami.
Perempuan baik, perempuan baik. Bila macam ni, memang kita akan buta. Kita akan nampak baik semuanya. Sejarah aku dan si dia lama. Walaupun si dia tak bersama aku dulu, still... Kau boleh nampak aku still kata si dia baik. Boleh tak kita kira si dia memang perempuan baik. Boleh kan?
Aku di kejutkan dengan angka 80 ribu. Angka yang menjadi matlamat antara aku dan si dia. Peh... Mula-mula memang rasa macam tak sempat, tapi lama-lama fikir aku senyum...
Sebab masa depan. Kau takkan tahu jadi apa. Terlalu banyak pembolehubah. Harga boleh berubah. Gaya boleh berubah. Dan aku harap, hati takkan pernah berubah.
Satu benda yang aku amat takut. Hati yang berubah. Macam haram. Aku tak kata si dia. Aku kata diri aku sendiri. Aku tak haram aku akan ada perangai macam haram ni lagi..
Cik abang, dewasa sket.. kau dah tua...
Doakan kebahagiaan aku... dan aku ucap selamat kepada kau orang semua...