Followers

Gamers

Friday, April 8, 2011

Amarah!

Dahulu semasa aku kecil, asal aku marah, aku akan teriak, menangis. Budak kecil, masa itu apa pun aku tak tahu.

Dan begitu senang aku meluahkan apa yang terpendam dalam hati.

Dan bila aku masuk sekolah, dan juga kolej. Bilamana aku marah, aku akan tumbuk... dinding. Dan kau tahu, sakitnya tangan apabila buku bertemu dengan konkrit. Kawan-kawan aku tahu ini.

Dan jika kau biasa mengikuti blog sebelum ini. Kau tahu, evolusi melepaskan amarah aku terjadi di sini. Tiada lagi tangan yang berdarah dan tulang yang terseliuh. Dan bertapa harmoni hidup aku selepas melepaskannya (amarah)...

"sekuat-kuat lelaki adalah lelaki yang mampu menahan amarahnya..."

Aku dengar ini, namun tidak pasti di mana. Namun aku percaya ada benarnya kenyataan itu. Dan ketika itulah, aku tahan segala marahku. Tiada lagi meninggi suara, tiada lagi kata-kata kesat di sini juga di luar.

Aku pendam dan jika aku luahkan sekalipun, aku percaya aku tidak menyakiti orang lain. Dari dalam, atau dari luarnya.

Dan itu yang membuatkan aku redha. Dari pemarah, menjadi pengampun. Tidak pelikkan aku memaafkan semua kesalahan dia. Kerana aku tahu, mesti ada yang salah dahulu yang membuatkan aku sekarang...

Asalnya aku menulis ini untuk menerangkan yang aku sedang marah. Perasaan yang terpendam aku mahu luahkan di sini. Seperti dahulu .Namun ketika sampai di sini, amarah itu hilang.

Aneh cara minda berfikir. Aneh cara nafsu berfungsi. Aku tidak marah lagi.

Huhu.. maaf, aku fikir aku seperti membuang masa, menulis ini, membiarkan kau membaca dan membiarkan diri aku dipengaruh oleh amarah ini. Aku minta maaf...

Peace... dan aku ucap salam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...