Followers

Gamers

Thursday, April 28, 2011

Khayalan menyala!

Dunia hanyalah khayalan semata-mata, hanya akhirat adalah yang nyata.

Aku terkesima sekejap. Masih menonton The Arrivals. Namun jika direnungkan dengan mendalam. Benar katanya. Aku mungkin hidup 70 tahun mengikut statistik. Dan itu juga belum pasti. Tetapi di Akhirat, aku hidup selamanya.

Dan mengenang ini membuat aku bertambah yakin tentang kenyataan di atas.

Aku tak mahu cerita tentang akhirat, tentang nikmat syurga, tentang azab neraka. Kau pasti bosan. Kerana bagi aku, mungkin bagi kau, ianya seperti cerita dongeng. Kerana kita manusia, terlalu percaya dengan apa kita bau, kita lihat dan kita rasa.

Betapa ceteknya ilmu dan pemikiran kita.

Aku kata seperti di atas bukan kerana aku tidak percaya. Aku percaya. Tapi kepercayaan itu kadang-kadang gagal di terjemahkan dengan perbuatan kita. Percaya, namun masih melakukan dosa. Harus bagaimana ya?

Huhu...

Kita pernah mendengar, manusia, tidak pernah akan puas. Kau setuju bukan? Namun aku tak fikir ada yang pernah betul membenarkannya. Kadang aku terfikir, kenapa ya, walaupun berhabis duit membeli itu dan ini, masih juga tidak puas.

Dan bila kenyataan di atas sekali itu di ambil kira, benarlah...

Yang apa kita beli itu, hanyalah ilusi semata-mata. Kerana kita terlalu percaya dengan apa kita bau, lihat dan rasa. Dan kalau kau berfikir lebih sedikit, dan mengambil tahu, yang deria... tidak lebih dari sekadar isyarat eletrik yang disalurkan melalui sistem saraf kita dan diterjemahkan oleh otak kita.

Tak lebih dari sekadar arus elektrik.

Dan kau tahu apa hakikat tentang eletrik, ianya hanya bersifat sementara. Ia pergi, dan akan hilang. Aku harap pengetahuan sains kau tidak luput.

Huhu...

Tidak pula aku mahu katakan kita harus menolak dunia. Kau harus tahu satu perkara. Ada manusia di dunia ini yang hidupnya terlalu bergantung kepada sistem dunia, dan malangnya, kerana mungkin terlalu lama, mereka sanggup mati mempertahankannya.

Sistem dunia, sistem kebendaan dan materialistik.

Aku dulu fikir, Nabi Muhammad SAW dahulu tidak mewah hidupnya. Walhal Baginda boleh sahaja jika mahu. Ini kerana Baginda tidak hidup dalam sistem itu. Baginda bebas, dan kerana itu, banyak perkara mampu dilakukan oleh Baginda namun tidak kita.

Bukan sahaja kerana Baginda punya mukjizat atau apa, kerana Baginda bebas. Dan bagi aku, ini adalah kebebasan sebenar.

Aku tak nafi, hidup kita memang terikat dengan wang. Dengan kebendaan. Dengan materialistik. Namun kerana pemikiran inilah yang membuatkan kadang kita buta, yang sebenarnya ilmu, adalah kuasa sebenar.

Ada ilmu, kau mampu melakukan apa sahaja. Dan aku tak perlu cerita panjang tentang betapa penting ilmu perlu ada pada kita.

Aku teringat kata persyarah keusahawanan aku dahulu. Dia kata,”Saya pelik dengan orang kita, ramai yang miskin atau hidupnya susah, walhal menjadi kaya... tidaklah sesukar mana, terutama zaman sekarang...”

Aneh.. namun benar. Aku ingat lagi dokumentari mengisahkan tentang kehidupan Tun Dr Mahathir dimana beliau pernah berkata ketika zaman belajarnya dahulu,”duit tidak sukar untuk saya mencari, apa yang saya perlu buat hanya menulis artikel dan hantarnya di pejabat akhbar..” Kagum... dan sehingga hari ini beliau adalah salah satu idola yang sangat aku kagumi.

Duit sebenarnya tidak sukar dicari. Dia hanya perlukan kerajinan dan kepintaran. Tidak putus asa apabila dilanda kesusahan dan sentiasa memenuhkan ilmu di dada. Dan jika kau masih berasa susah... belajar ini dahulu...

Belajar... untuk merasa cukup. Dan bilamana kau merasa cukup, kau tidak akan berbelanja. Dan sekirannya kau memang merasa tidak cukup, belajarlah untuk menukarkannya kepada bentuk usaha... bukan dalam bentuk membelanjakannya.

Bersyukur... itu kata kuncinya.

Dan sentiasa ingat... Dunia hanya sementara. Seberapa banyak kau membeli sekalipun, ianya hanya sekadar arus eletrik di dalam badan kau. Dan Akhirat la sebenar-benar yang kita harus kejar... Kau pernah dengar kan nikmat di syurga, betapa tidak kau berasa haus hanya meneguk sedikit air di sungainya. Dan itu... adalah kepuasan yang sejati.

Kita hidup tak lama, jadi kejarlah akhirat. Bukan dunia. Namun jangan kau abaikan dunia, kerana dunia ini adalah ujian. Jadilah bijak pandai, agar kau berilmu... Dan dari ilmu kau mampu menolong orang lain dan diri sendiri. Dan itu adalah saham pahala. Kau harus ingat, kita hidup di dunia bukan hanya untuk kita, tetapi juga untuk orang lain.

Dan ini hanya pendapat aku. Hanya menggunakan nas akal aku sahaja. Kau boleh kritik, aku tak pernah peduli. Kerana aku yakin aku berpihak yang benar.

Huhu...

Aku minta maaf, tiba-tiba rasa ketegangan berlaku. Aku tidak berniat mahu menunjuk pandai, hanya sekadar memberi peringatan kepada diri aku, dan jika kau terima, untuk kau orang juga.

Boleh aku ucap selamat... huhu.. aku ucap selamat... dan terima kasih kerana membaca..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...