Followers

Gamers

Tuesday, April 26, 2011

Dia gadis berbaju merah

Aku baru ulang tayang cerita The Arrival kat youtube. Tak pernah dengar? Ia adalah dokumentari berkisahkan tentang Ketibaan dajjal, asas-asasnya dan dunia masa kini.

Melihatnya semula, ada insaf dalam diri. Aku tertarik apabila ia mengungkap kisah perempuan berbaju merah dengan menyatakan ianya adalah simbolik kepada nikmat dunia. Aku pernah terfikir jika tiada Allah mahu menjadikan Hawa, harus bagaimana dunia kita berputar.

Mungkin aman, mungkin tidak. Adakah simbolik perempuan berbaju merah itu adalah tepat? Pada pendapat aku ianya adalah tepat.

Pernah dengar ungkapan “Perempuan adalah perhiasan dunia, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah”. Dan fikir jika seburuk-buruk perhiasan dunia, harus bagaimana rupanya.

Macam lagu pulak entri aku hari ini.

Mungkin kau orang tidak sedar, betapa perempuan mempunyai pengaruh yang lebih hebat dari lelaki berkenaan dengan dunia ini. Dan hanya mereka yang melihat dan berfikir setuju dengan ini.

Kau mahu bukti, kau boleh lihat di televisyen. Bilamana adanya iklan, kira berapa jumlah lelaki dan jumlah perempuan yang ada di sana. Dan berapa banyak antara mereka yang berbaju, dan tidak berbaju. Fahami metafora aku gunakan di sini.

Dan kenapa gunakan perempuan lebih, mudah... kerana baik lelaki, mahupun perempuan... kita masing-masing lebih senang melihat perempuan. Dan itu benar apabila dikatakan perempuan adalah perhiasan dunia.

Aku pecinta wanita. Aku suka memandang. Baik seksa, atau yang suci. Kedua-duanya tidak pernah menjadi basi bagi mata aku. Tapi adakah mereka senang dengan pandanganku.

Harus di ingat, seperti entri aku yang lepas, aku pernah katakan, minda lelaki teramatlah mudah. Dan hebat mana pun mereka, dan siapa pun mereka, tetap akan kalah pada perempuan di sisi mereka. Dan sehebat mana kau kurangkan dan tambahkan kain pada tubuh badan kau, tidak pernah mereka rasa jemu untuk memandang.

Dan seharusnya kau harus faham kenapa, kau perempuan harus menutup aurat, menyimpannya kepada yang lebih berhak.

Namun aku tidak nafikan, lelaki juga ada jahatnya. Banyak keputusan dalam dunia, lelaki yang menentukannya. Tapi benarkah? Atau di bawah pengaruh perempuan itu sendiri.

Aku tidak katakan perempuan jahat. Aku juga jumpa ramai perempuan yang baik. Aku pernah cerita bukan tentang 2 bidadari, simata cantik, dan ramai lagi.

Dan mereka semua, yang menjadikan aku sekarang. Menjadi lebih kasih kepada mereka. Ya, aku memang pecinta wanita... huhu...

Pernah aku fikir jika sebelum Allah mencipta Hawa, nampakkah Dia semua ini, apa yang akan berlaku kepada dunia ini. Dan bila difikirkan kembali, ya. Aku faham. Kaum hawa perlu ada. Bukan hanya kerana mereka mampu melahirkan, tetapi tanpa mereka, aku fikir dunia ini tak ubah seperti komputer aku sekarang.

Ia akan menjadi bosan. Dan Nabi Adam AS ada merasakannya. Allah memang Maha Pengasih.

Aku membebel lagi. Huhu... Kau faham sajalah bilamana aku berceloteh tentang perempuan. Seperti entri yang lepas-lepas juga, aku sekali lagi mahu menyeru kepada semua perempuan di luar sana agar menjaga diri. Dan janganlah kau menjadi Perempuan Berbaju Merah itu semata-mata.

Benarkan kata “Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.” Benarkan kata, “Syurga di bawah tapak kaki ibu” dan ingat, syurga... hanya syurga matlamat yang nyata untuk kita.

Aku akan sentiasa di sini. Menikmatinya. Aku akan tahan diri aku jika tersiksa. Dan benarkan aku menjeling jika aku merasa suci terhadapnya. Aku minta maaf sekiranya kau tidak selesa, kerana bagi aku, kau adalah sebaik-baik kejadian Allah.

Dan aku minta maaf sekali lagi jika entri ini ada melukakan hati sesiapa. Aku tiada niat buruk. Ini hanya pendapat aku.

Aku ucap selamat ya...!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...