Followers

Gamers

Friday, April 29, 2011

Mandi, makan dan tidur bola...

Kalau aku dulu...

"Eh... bukan ke Real Madrid dengan Barcelona. dah lawan dulu... Real menang.. ni napa lawan lagi ni..."

Ya, itu aku dahulu. Sebelum aku tahu wujudnya liga dalam permainan bola sepak ini. Ada EPL, UEFA dan lain-lain liga. Sekarang, aku dah tak macam dulu lagi.

Sudah mula mengambil tahu.

Semua ini bermula bilamana aku semakin tepu duduk rumah bermain forex. So, aku perlukan kawan-kawan untuk meluahkan rasa tepu itu, bagi sikit-sikit kat mereka semua. Muahaha...

Aku dapati agak sukar untuk aku bergaul hanya kerana topik untuk berbual itu agak terhad bagi aku. Aku tidak bersukan, tidak bermain bola, ada baca sikit-sikit berita. Dan kau perlu faham, duduk sahaja depan komputer walaupun ianya penuh dengan informasi, tak bermakna kau mampu ketahui sepenuhnya.

Aku cuba mencari topik yang aku fikir mungkin boleh jadi satu topik yang memang amat berkesan pada bila-bila masa sahaja aku cuba untuk bergaul dengan mereka.

Fesyen... yuks...
Politik... ya, politik itu kotor...
Forex... boleh tapi bukan kesemua mereka...
Bisnes... hm.. tak semua mereka punya minat ini.
Hal- hal semasa... lebih kurang politik jugak..
Sukan... jap... perlu diperincikan lagi...
Bola sepak...

Ok.. bola sepak. Masing-masing ada pasukan kegemaran masing-masing. Dan masing-masing mampu berbalah, err.. berborak maksud aku.

Huhu... Jadi topiknya bola. Untuk pengetahuan kau orang, selama aku hidup, ada beberapa kali aku cuba masuk dunia bola ni... namun tak pernah menjadi. Memang tak kena gaya aku. Bergayakah aku...?

Namun kali ini aku cuba sekali lagi. Pasukan pilihan. Manchester United, oh.. ini memang dari dulu tak pernah tukar. Sejak aku mula kenal bola sampai sekarang. Pengaruh adik aku ni.

Aku cuba baca sikit-sikit pasal MU, tengok cara dia bermain, amik tau sikit-sikit peraturan bola yang aku terlepas pandang (serius, aku baru tau offside tu apa) dan macam-macam lagi.

Sehingga aku mampu berbalah... err... berborak dengan mereka. Dan dari situ, apa topik pun aku mampu masuk dalam dunia mereka, dunia lelaki.

Dan dari seorang yang gemar duduk depan komputer, menjadi seorang yang mampu bersosial sket. Itu penting tahu.

Namun, beberapa hari ini aku fikir aku terlalu jauh masuk ke dalam dunia bola ini. Memandangkan MU menang dengan Schalke 04 2-0, aku fikir peluang untuk MU masuk final liga UEFA adalah cerah.

Dan sekarang, Barcelona pula mendahului 2-0 dengan Real Madrid. Keempat-empat pasukan ini masih punya 1 lagi perlawanan di tempat lawan yang menang. Aku jadi kuatir kerana MU sekarang ada 3 perlawanan penting selama 7 hari ini.

Arsernal, kemudian Schalke 04 dan Chelsea.

Hm... untuk melihat bagaimana Barcelona bermain, aku pun download la perlawanan mereka tempoh hari (ye, aku tertidur, tak sempat nak tengok). Dan agak terkesima dengan corak Barcelona bermain.

Nampak tak....?

Aku risau, aku sanggup download 1GB punya file untuk tengok perlawanan yang dah lepas, aku mula mencongak hari.

Oh... aku fikir aku terlalu dalam untuk ini.

Namun aku gembira, at least aku tahu aku punya kawan-kawan untuk berborak disamping boleh membuat ketepuan dan kebosanan yang ada dalam diri aku.

Tapi... adakah aku telah terjun terlalu dalam untuk topik bola ini... Hm...

Takpelah.. malas aku nak fikir, yang penting aku nak tengok apa MU boleh buat kat Emirates Stadium nanti...

Aku ucap selamat k...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...