"ada bidadari turun dari langit... mendengar lagu hati berdoa.. "
Ini kata-kata aku kepada si dia... ya, aku ada chat dengan dia baru-baru ini. Bukan menuntut hati yang pergi, tetapi hanya meminta maaf dan mendoakan semoga bahagia sentiasa...
Ayat dia atas adalah ayat bendera putih. Ya, aku pernah kata bukan. Aku tidak akan berpaling ke belakang lagi. Dan biar ia mati sampai di sini.
Jiwang...
Walaubagaimanapun, aku serius tentang bidadari turun dari langit ini. Aku tahu kau akan kata aku gila, dan aku peduli apa. Aku tetap mahu tunggu dia turun. Selepas ini, jika aku bercerita menggunakan ungkapan "si dia", aku maksudkan bidadari dari syurga.
Ingat cerita dua bidadari yang pernah aku ceritakan dahulu. Dan aku pernah kata, jika mahu memiliki mereka, aku harus memiliki syurga. Oh, itu terlalu agung... Bukan daya aku. Dan aku ingat aku pernah berkata, jika aku mahukan mereka, aku harus mampu mendaki syurga. Ya, itu kurang sedikit agungnya...
Mendaki syurga bukan mudah. Aku sendiri harus menjadi syurga itu sendiri. Bila difikirkan semula, menunggu bidadari turun dari langit seperti betul-betul berputus asa tentang segalanya. Aku tak sepatutnya menjadi segila itu.
Bidadari syurga. Harus bagaimana hebatnya mereka...
---
Sifat-sifat bidadari syurga spt disebut dalam al-Quran adalah :
Pertama: eyelid
“Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jelita matanya.” 48 : as-Saffat
Bidadari tidak menggerakkan kelopaknya dan tidak mengangkat kepalanya untuk lelaki bukan suaminya.”
Kedua: Umur yang sama diantara mereka.
Firman Allah swt:
“Dan pada sisi mereka (ada bidadari-bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya.” 52 : surah Sod
Mereka berumur 33 tahun seperti disebut dalam hadis riwayat imam Ahmad.
Ketiga: Baik akhlak dan cantik rupa.
Firman Allah SWT:
“Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.” 70: surah ar-rahman
Keempat: payu dara yang solid dan mantap.
Firman Allah swt:
“Dan ahli syurga mendapat gadis-gadis yang memiliki buah dada yang tegang dan sebaya umur mereka.” 33 an-Naba
Kelima: Sentiasa Anak dara.
Firman Allah swt:
“Dan kami jadikan mereka (bidadari-bidadari) yang perawan.”
36 : Surah al-Waqiah
walaupun beberapa kali berjimak oleh suami-suami bidadari, mereka masih ada dara .”
Keenam: Servis baik kepada pasangannya.
Firman Allah swt:
“Bidadari-bidadari yang bagus layanan dan kasih sayangnya serta sebaya umur mereka.” 37 : Al-Waqiah
Ketujuh: Tubuh mereka suci dan bersih
Firman Allah swt:
“Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya .” 25 : al-Baqarah
Kesucian bidadari adalah suci(bebas) dari semua perkara yang ada pada wanita dunia seperti haid, nifas, kencing, berak, ludah, kahak, mazi, mani dan perkara yang seumpama dengannya yang dianggap kotor, jijik, najis.
Nabi saw bersabda:
“ Peluh-peluh ahli syurga adalah haruman kasturi.” sahih Bukhari dan Muslim
---
Terbaik!
Aku pernah dengar, ketua bidadari adalah pasangan kita sendiri di syurga. Dan perasankah kau orang entri aku baru-baru ini juga ada berkaitan dengan perempuan. Perihal, pakaian dan perwatakan mereka. Ya, bukan memilih, aku harap aku mampu memperbanyakkan wanita solehah ini, agar aku tidak putus asa untuknya. Orang kata, wanita solehah susah nak cari sekarang.
Haha... macam hebat...
Lagipun aku fikir, aku pun belum cukup soleh. Kalau tidak, masakan aku masih tidak bertemu dengan si dia. Ops... haha... sudah declare si dia adalah ketua bidadari...
Ya wanita-wanita di luar sana, hendaklah kamu menjaga diri, menjaga perihal orang sekeliling kamu. Jangan biar orang macam aku berputus asa bertemu dengan kamu. Dan aku akan terus mengejar kamu di dalam hati, dengan amalanku, dengan perbuatanku. Dan semoga aku sempat melihat dan sampai kepada kamu. Dan apabila sampai kelak, sama-sama... kita daki syurga yang kita impikan, yang dijanjikan untuk kita...
Huhu...
Dari menunggu, baik kita kejar... Ya, menunggu dari luar, mengejar dari dalam. Aku fikir ini amat sesuai dengan aku sekarang. Aku ucap selamat...
Sumber
http://supervain.com/2010/11/01/ciri-ciri-bidadari-syurga/