Followers

Gamers

Monday, May 16, 2011

Tangguh

Aku bukannya punya firasat tinggi atau yang sewaktu dengannya. Tapi, baru-baru ini ada benda yang aku fikir menarik untuk dikongsi...

Kalau kau fikir menarik la...

Baru-baru ini blogger tak boleh buka, bukan? Dan ketahuilah, masa inilah idea datang mencurah-curah sehingga mampu memenuhi satu entri. Heh... hei... ingat senang nak menulis satu entri. Tapi bila fikir balik, tak pula aku mahu menulis ketika blogger masih elok... hm...

Beberapa lepas internet rumah tiada. Dan sebelum internet itu tiada, aku duduk santai tidak berbuat apa. Hanya ketika internet tiada, barulah aku fikir banyak benda aku nak buat sekarang. Kemaskini blog, forex( ya, aku baru mula balik) dan lain-lain. Tapi bila fikir balik, tak pula aku mahu membuat semua itu ketika internet masih ada...

Petang semalam, tiba-tiba semangat nak buat kerja. Namun, tak pasal-pasal ada lak orang buat aku temper, hilang semua mood aku sehingga nak duduk depan pc pun dah naik menyampah. Alih-alih aku tidur. Tapi bila fikir balik, hm... ini tak boleh... sebab semangat kan... datang tiba-tiba... apa daya...

Aku pernah buat mengeluh dahulu, mengatakan yang aku selalu berada di masa yang salah dan tempat yang salah. Boleh aku implikasikan semua keadaan di atas dengan penyataan ini.

Aku rasa boleh... lagipun ni blog aku. Huhu...

Cuma aku fikir, kali ini skalanya agak besar. Dulu sekadar kena marah aku masih mampu tahan. Mungkin kerana aku dah separa kebal, skalanya menjadi besar.

Aku akui, perangai menangguh kerja itu yang menjadikan aku terjebak dengan semua ini. Kejap, bukan semua ini disebabkan aku menangguh kerja.

Oh ooo...

Huhu... bear with me... Aku kerap begini. Asal ada persoalan timbul dan aku menulis, mesti... aku jumpa penyelesaiannya ketika aku menulis.

Ajaib... atau benda aneh... (oh, aku rindu penulisan Sharifah Hadli...)

Orang selalu fikir itu takdir, dan takdir yang aku katakan adalah seperti berpegang pada sesuatu 'hakikat' yang aku fikir agak khurafat juga. Dalam kes aku, berada di masa yang salah dan tempat yang salah. Tetapi, asal aku berubah... aku fikir takdir aku juga akan berubah.

Ya, takdir... Qada dan Qadar itu milik Allah... Tetapi kita juga kena usaha...

Terima kasih kerana membaca... kerana tersedar ini, aku fikir... ada banyak pula benda aku harus selesaikan... selamat...! Aku ucap selamat!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...