Bulan Mei tiba lagi. Hm...
Kalau aku mahu katakan tahun ke berapa hidup aku yang paling teruk. Ia adalah sekarang, di saat ketika aku berumur 24 tahun.
Dan tahun ini, bukan sesuatu yang terbaik dari aku untuk aku.
Banyak benda berlaku sepanjang setahun berumur 24 tahun ini. Habis U, PKLN, forex dan lain-lain.
Banyak benda yang aku nak cerita kat sini, tapi bila fikir balik... Rasanya seperti malas pulak nak cerita. Rasanya kalau aku terus bercerita, ianya seperti mengaibkan diri sendiri pulak.
Takkan nak buka pekung di dada kot. Oh.. dada aku bersih sahaja.. huhu..
Tapi umur 24 ini adalah tahun murung aku. Tak banyak pencapaian yang aku dapat buat pada tahun ini. Hanya banyak muncul sifat-sifat negatif dalam diri.
Namun, aku tidak mahu putus asa. Aku cuma mahu semangat aku kembali. Seperti masa sekolah dahulu, seperti di kolej dahulu, seperti di... Tak... aku kat UTM tak sehebat aku kat kolej n sekolah dulu. Huhu...
Aku perlu semangat baru. Banyak benda dalam diri aku semakin hilang. Aku berdoa, agar suatu hari nanti, semangat itu datang semula..
Agar aku kuat bangkit, kembali mencabar dunia...
Buat masa ini, aku tak tahu... Aku minta maaf... aku fikir aku kehilangan sumber ilham aku... "muse"
Dan kau si mulut busuk. Tolong... aku tahu barangkali dengan keadaan aku sekarang kau sedang gembira... aku tahu... aku melihatnya sekarang...
Tapi ingat, akan tiba masa aku bangkit semula... dan ketika itu berjagalah lidah kau... Semoga Tuhan masih menyayangi kau lagi...
Aku perlu tidur aku fikir... selamat ya...!