Followers

Gamers

Saturday, May 7, 2011

Sumber ilham...

Aku ingat nak mencarut... tapi... hurm... itu bukan aku...

Baru-baru ini aku paksa diri aku untuk menulis semula. Seperti dahulu. Diari, entri untuk blog, dan artikel dalam pelbagai perkara.

Malangnya... aku gagal. Kenapa? Hm...

Aku menulis di sini bukan hanya untuk kau orang datang membaca. Bukan hanya kerana nuffnang atau google adsense bayar aku kelak. Tapi untuk rujukan aku kelak.

Kalau kau orang biasa dengan blog aku, kau orang tahu aku juga menulis diari. Ya, aku berani katakan aku memang menulis diari, menulis setiap apa yang berlaku kepada aku hanya untuk aku di masa hadapan.

Orang kata, menulis diari adalah untuk orang yang tiada sosial. Yakah? Mungkin, kerana salah satu peranan diari adalah untuk mengenang kisah lama. Benar, aku tak nafikan itu. Tapi itu jika kau hanya menulis kisah cinta kau sahaja. Diari tak semestinya berkenaan dengan perasaan. Boleh juga kau tulis berkaitan dengan apa yang kau lihat dan rasa.

Atau itu yang kau orang kata journal? Hm... entah...

Bagi aku, semua ini tak lebih dari catatan untuk masa hadapan. Hanya jika kau betul merujuknya di masa hadapan.

Berbalik kepada kegagalan aku menulis baru-baru ini. Entri lepas aku ada mengatakan tentang hilangnya sumber ilham atau language cool dia adalah "muse". Benarkah kerana ini?

Mari kita kaji apa yang dikatakan sumber ilham atau muse ini. Benda pertama yang terlintas mestilah pasangan kita. Ya, mereka...!? ops... si dia adalah salah satu muse kita. Kenapa, mari kita lihat lagu yang bagaimana yang mencorak industri musik kita. Dan ia takkan jauh dari elemen cinta. Ya, cinta antara lelaki dan perempuan. Dan bukankah itu sumber ilham yang kuat.

Aku hilang satu baru-baru ini, di saat aku yakin merebut si dia semula. Aku tak mahu cerita panjang. Aku fikir ini juga salah satu sebab yang kuat untuk aku kurang menulis baru-baru ini.

Benda ke 2 muse bagi aku adalah Allah. Keagungan Dia, Kehebatan Dia dan Kebesaran Dia. Tentu kau orang perasan ada entri aku yang mempunyai unsur-unsur berdakwah. Ya, aku dapat sumber ilham aku dari Dia. Lagipun bila fikir balik, tentunya semua ini dari dia. Huhu...

Hanya bila betul mengingati Dia, aku fikir, aku masih mahu untuk terus hidup. Dan bercakap benda-benda yang disenangi-Nya. Lagipun memang tanggungjawab setiap muslim untuk saling ingat-mengingati. Dan aku tidak lagi merasa Dia hilang dalam hidup aku.

Benda ke 3 muse bagi aku adalah famili...!? dalam bahasa melayu adalah keluarga. Aku manusia biasa, hati barangkali terjejas dengan sekeliling dan setiap ketika itu aku selalu lupa, keluarga... sebenarnya satu-satu manusia yang paling rapat dengan aku. Selagi mereka hidup, dalam dunia dan dalam hati aku, aku fikir, aku tak hilang dalam hidup aku.

Tapi sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula keluarga. Huhu... kau faham kan?

Hm.. ada lagi ke, ya... ada... Kawan-kawan. Aku ada bercerita pasal bola kan? Ya, itu datang dari mereka. Kalau tiada mereka, barangkali sampai bila pun aku tak tengok bola.

Tu je buat masa ni. Aku hilang satu, tapi aku ada 3 lagi. Tapi seberapa kuat 3 ini di dalam hati untuk aku terus menulis? Aku tak tau. Aku menulis dengan fakta, dengan keikhlasan, dengan perasaan. Dan itu pentingnya sumber ilham ini sentiasa ada bersamaku.

Bersama, memberi aku rasa yang mereka ada. Dan baru ketika itu aku mampu menulis.

Kadang sukar nak faham kan? Huhu.. aku tahu...

Its ok. Aku taknak kau pening2 lagi. Cukup aku membebel di sini. Aku ucap selamat...!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...