Followers

Gamers

Thursday, May 21, 2009

Down n Up...

Nampaknya minggu ni aku tak mendatangkan hasil. Aku tidur, bangun, makan, main game dan tidur balik. Seperti sadis, seperti aku yang lama.

Aku cepat down. Ni semua gara-gara pc rosak. Tiba-tiba tak nak hidup. BIOS stuck. Macam petanda perlunya motherboard baru. Dan nasib baik, rumah ni punya 2 pc. Walaupun 'feel'nya tak sama, asal aku masih boleh ber'internet', aku fikir... aku tak mati lagi.

Macam aku kata, aku cepat down. Hanya kerana satu pc rosak, aku akan down dan ambil masa yang lama untuk hidup semula. Simptom-simptom yang boleh kau orang perhatikan bila aku down adalah aku mula malas. Mula lalai. Dan mula hilang fokus.

Aku cepat down. Namun ada beberapa cara yang boleh buat aku hidup semula. Tapi yang paling efisen, adalah berjumpa dengan orang yang mampu menghidupkan aku semula. Namun, dalam tempoh sepanjang cuti macam ni, aku rasa hanya dua orang yang mampu hidupkan aku semula. 

Pensyarah psm aku, dan ex aku.

Pensyarah aku yang ini banyak bercakap. Banyak cakapannya mampu mempengaruhi aku. Kalau guna metafora, dia ibarat tukul dan aku pakunya. Tak banyak tukul yang mampu mengerakkan ke'down'an aku ni tapi dia istimewa. 

Aku perhatikan, selepas jumpa dia, aku mesti semangat nak buat apa sahaja yang aku perlu dan mahu buat. Dan itu, betul... itu buat aku hidup. Tapi, kalau bila fikirkan balik, kalau aku sentiasa mendengar cakapan dia, barangkali... jika aku tidak cukup sedar, apa yang dia suruh aku buat, aku akan buat. Tanpa berfikir... panjang...

Pray hard he not bad guy, k...

My ex. Oh, ini cerita masa depan. Aku kata dia mampu menghidupkan aku semula, bermakna dia adalah sumber semangat aku. Walaupun aku cepat down, aku juga cepat up, bukan high... aku bukan junkies. Dan itu mengambarkan betapa aku feksible dengan keadaan sekeliling. Hanya bezanya mungkin aku sedang negatif atau positif.

Tak banyak yang aku nak cerita tentang ex aku kat sini sebab aku ada banyak kali cerita pasal dia di entri lain. Betul kan? 

But, pity me... Buat masa ni aku hanya ada 2 orang ini untuk tempoh masa sekarang, orang putih kata in my timeframe. Dan buat masa sekarang, sebelum sabtu. Aku fikir, aku hanya bermalas-malas sahaja.

Oh kau orang. Blog ini hidup sebab kau orang... terima kasih ya...

Dan aku ucap selamat, kepada mereka berdua dan kau orang juga.... selamat ya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...